Monday, February 18, 2013

Penangan citer I Miss U di TV9



Assalamualaikum,

 Siapa peminat cerita korea? Hah angkat tangan, alololo macam le aku nampak siapa yang angkat tangan tu tapi tak pe kiranya aku ada ramai geng hantu citer  korea kat malaysia ni. Sejak di landa penangan Winter Sonata banyak Korea drama  yang best telah ditayangkan di Malaysia. Malahan stesyen 8TV selalu menyiarkan drama korea pada pukul 8.30 sehingga 9.30 mlm. Sekarang ni sedang ditayangkan City Hunter lakonan Lee Min Hoo. Best juga. Tapi yang tak bestnya bila ditayangkan di 8TV dia dah alihbahasa ke bahasa cina hah tang tu yang tak best sebab tak boleh nak dengar bahasa korea. huhuhu

 Dan baru-baru ni TV 9 pula ada slot Saranghae pada setiap Hari Ahad pukul 10 mlm selama 2 jam tayangan. Ni kiranya filem lah sebab sekali tayang dah habis bukan slot setengah jam sahaja tayangannya. Member aku ramai juga yang hantu citer korea ni malahan suka download kat internet. Diaorang tak suka dok melangut menanti tayangan kat Tv sebab nak tahu cepat ceritanya bagaimana, hah jadi  tu lah kerjanya download kat internet. Aku pulak suka tenguk kat tv dan tak suka sangat sekali hadap dah habis walaupun hati menguja ja nak tahu bagaimana episod seterusnya. Boleh pulak lagu tu ek. Ala ikut masing-masing punya suka lah. Sebabtu masa terjebak edisi download mendownload ni ambik le juga tapi menengoknya huh hampeh last-last tunggu ditayangkan kat tv je lah. hahahaha padahal malas nak tenguk kat screen pc yang cinonit tu. Last-last bila external drive tu nak pakai terpaksalah buang cerita yang dah di download tu.

 Ok selain Slot Saranghae terbaru Slot Chamsarang pula akan menayangkan drama bersiri yang diberi nama ‘I Miss You’, pada setiap Isnin dan Selasa, 9.30 malam, bermula 28 Januari. Drama yang dibintangi pelakon popular Korea seperti Park Yoo-chun, Yoon Eun-hye, Yoo Seung-ho dan Jang Mi-in Ae, masih lagi disiarkan di Korea pastinya membuatkan anda terpaku di depan tv!


Drama bersiri yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang kehidupan Lee Soo-yeon (Yoon Eun-hye), yang sering dipukul oleh bapanya yang kaki mabuk. Suatu hari, bapa Lee Soo-yeon telah ditangkap kerana membunuh. Sejak itu, dia menjadi bahan ejekan dan diganggu oleh rakan-rakan sekolahnya. Lee Soo-yeon berasa amat tertekan dengan kehidupannya sehinggalah dia bertemu dengan Han Jung-woo (Park Yoo-chun) yang sentiasa menjadi penyelamatnya ketika diganggu. Tanpa disedari, mereka telah saling jatuh cinta.
Han Jung-woo merupakan anak kepada seorang ketua kongsi gelap yang berpengaruh dan mempunyai ramai musuh. Suatu hari, Han Jung-woo dan Lee Soo-yeon telah diculik oleh ibu kepada Hyung-joon. Penculikan itu adalah bermotifkan dendam. Ibu Hyung-joon merupakan perempuan simpanan kepada datuk Han Jung-woo. Kematian datuk Han Jung-woo telah menyebabkan bapanya berebutkan harta peninggalan mendiang. Namun kelicikan ibu Hyung-joon, telah membuatkan dia berjaya memindahkan sebahagian besar wang kepada dalam akaun Swiss.
Ibu Hyung-joon merancang untuk untuk meninggalkan Korea dan sebab itulah dia merancang menculik Han Jung-woo. Penculikan tersebut telah menybabkan Han Jung-woo terpisah dengan Lee Soo-yeo dan Han Jung-woo menyangkakan kekasihnya telah mati.
14 tahun berlalu dan kini Han Jung-woo telah menjadi detektif siasatan jenayah. Hasrat Han Jung-woo hanyalah satu, iaitu mencari Lee Soo-yeon. Dia yakin kekasihnya itu tidak mati. Firasatnya tepat kerana Lee Soo-yeon kini telah menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal. Tanpa diduga, Lee Soo-yeon kini bercinta dengan Hyung-joon. Semasa ke luar negara, Hyung-joon telah melanjutkan pelajaran hasil duit yang diambil oleh ibunya daripada keluarga Han Jung-woo. Kini, Hyung-joon merupakan seorang yang kaya dan berjaya dalam hidup.
Sekian lama berada di luar negara, akhirnya Hyung-joon pulang ke tanahair. Namun, kepulangan Hyung-joon hanyalah untuk membalas dendam terhadap keluarga Han Jung-woo kerana bapa Han Jung-woo telah membunuh ibunya akibat daripada perebutan harta. Untuk mengelak daripada dikesan, Hyung-joon telah menyamar sebagai Harry Borrison.
Berjayakan Hyung-joon dengan misinya? Dapatkah Han Jung-soo mencari kekasih hatinya Lee Soo-yeon? Semuanya akan terjawab di dalam Chamsarang ‘I Miss you’ .
Opss nak cerita kalau siapa pernah tenguk cerita Love sad Song yang dimainkan oleh Kwon Sang woo, pelakon Yoo Seong Hoo tu merupakan pelakon yang memainkan watak sebagai Kwon Sang woo semasa kecil . Masa tu dia comel ja la ni dah besar remaja dah tapi tetap hensem. Macam juga pelakon Moon Geun Young yang berlakon sebagai Song Hye Kyo semasa kecil dalam Autumn in my heart. Sekarang ni dah besar dah memegang watak utama pelakon wanita seperti cerita Cinderella's sister.

  Jom jom meh kita layan cerita ni. Best woooo katanya sedih punya. huhuhu laku lah kedai tisu. Lagu-lagu dia pun best syahdu je bila part Hero teringat heroin yang terpisah tu. 
Kredit to TV9 website. lain kali tayang cerita lagi best ya.


2 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam,

    Semuga Allah memberkati dan merahmati tuan sekeluarga. Amin

    ReplyDelete