Tuesday, June 9, 2015

Bertapa seminggu di Hotel Seri Costa Melaka


Assalamulaikum,

Cuti sekolah kali ni memang asyik je terkejar-kejar dari minggu lepas balik muar kerana ada jemputan orang kampung lepas tu balik KL sebab Ahadnya  ada jemputan jiran rumah akak aku, lepas tu Isninnya pula kena attend bengkel pula di Melaka, Lepas seminggu bertapa di Melaka ni pula balik hari Jumaat ke KL. Hari sabtunya mungkin nak pergi jemputan lagi kat Tangga Batu, Melaka. Huh masak sungguh aku  seminggu ni  berulang-alik KL-Muar-KL-Melaka-KL-Melaka-KL. 

Dan sekarang tada..... tengah poning buat kojo coding di Hotel Seri Costa Melaka. Start petang isnin sampai ke malam. Hari ini hari ketiga masih lagi tak habis 1 file yang diberi.  Aduhaiiiii mata sudah pejam celik pejam celik cari coding.  Air kopi dah 2 cawan aku bantai. Tapi kojo tak habis lagi weiiiii  



Hotel ini sebenarnya memang di tengah bandar Melaka. Berhampiran dengan Mahkota Parade. Kalau nak meronda bandar melaka huh memang sonang je jalan kaki sebab dekat je semua tu. Dah lah parking memang susah wooo... tapi masa hari Isnin tu nasib baik setelah berpusing 1 hotel ada kereta nak keluar hah memang rezeki lah tu dapat tepi Hotel. Besok kena ambil kopon parking kalau tak huh kena saman. Pukul 8 lagi Majlis bandaran Melaka dah check kereta ada kopon atau tidak. Nasib baik pihak hotel sediakan kopon jadi kena minta setiap pagi. Hari pendaftaran hari tu dia dah bagi untuk 2 hari kopon.


 Hotel ni pada aku oklah  sebab dekat dengan bandar cuma bila baru-baru masuk bilik... perabot macam dah lama je... tapi yang aku bengang tu sebab tuala dah lah koyak macam tak di tukar je. Tapi sebab masa tu dah sibuk ke bengkel... huh sabar je tunggu besoknya barulah di tukar baru. Oleh kerana kelam-kelibut aku terlupa nak bawa sterika kecil travel yang aku selalu bawa. Entah mana aku sorokkan tak nampak pulak jadi ingatkan kat hotel boleh lah pinjam sterika tapi tempat menyeterika baju di tingkat 2 huwaaaaa malasnya nak keluar bilik.

 So baju hentam saje...nasib tak berkedut sangat... tudung pun bantai je....kibas banyak kali supaya tegang hahahahahhaa dasar malas nak keluar bilik hanya kerana nak iron baju... so kita tenguk lah hari seterusnya macamana.... Selamat bercuti-cuti Malaysia.

   Ops.... semuga orang Sabah sabar menghadapi ujian yang sedang berlaku. Semuga pencarian mencari orang yang hilang dijumpai semula dan mangsa yang terperangkap selamatlah hendaknya. Aku tak pasti adakah yang di pergunungan tu dah turun atau belum sebab sempat jenguk berita sekejap-sekejap masih lagi pencarian dijalankan. Semuga Malaysia sentiasa aman dari segala bencana. Orang Sabah muga tetap tabah menjalani kehidupan daripada segala bencana yang tidak kita ingini. Semuga kawan-kawan aku kat Sabah selamat sejahtera hendaknya. Aamin

7 comments:

  1. ASSALAM..BERCUTI SAMBIL BERKERJA YA...HOTEL TENGAH BANDAR SENANG NK KESANA SINI...MELAKE KECIK JER SEHARI HABIS PUSING TU..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam. Sis PI... hahahaha ya lah bercutilah sangat. Setiap petang habis kul 5.30 masuk bilik boomm terbongkang sampai magrib... malam pula habis je pukul 11 mlm masuk bilik boom terbongkang... hahahahaha mana dan nak jenjalan... penat sangat otak buat kerja...

    ReplyDelete
  3. betul2 busy tu ... nak buat camna . kursus biasanya jadual mmg padat ...

    ReplyDelete
  4. Slm.. Kibas2 tudung kasi tegang ek? Teknik jugak tu... Boleh praktikkan.. Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
  5. Qaseh.... saya yang menurut perintah...

    SS... hahahaha teknik ala-ala citer P. Ramlee nasib baik tak letak bawah tilam hehehehe

    ReplyDelete
  6. Esok kami nak g betapa jgak.. ada kolam tak? Nak brendam bg tumbuh sisik mas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala... tak pasti pulak ada kolam ke tidak... susah sangat pi terjun sebelah pantai tu hah hehehehe

      Delete