Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya dan juga mengenang Tragedi MH17 setahun berlalu



Assalamualaikum,

Hari ini umat Islam di Malaysia telah menyambut 1 syawal setelah lebih 29 hari berpuasa. Sedihnya hati meninggalkan Ramadan semuga ada umur yang panjang untuk berjumpa di tahun hadapan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Maaf zahir dan batin diatas segala kesalahan. Ampun dan maaf juga ku pohon dari kalian semua.

Dan tarikh hari ini juga merupakan hari kelahiran ku. Alhamdulillah syukur diatas limpah kurnia Mu Allah yang melanjutkan lagi usia ku menikmati rahmat dan kurniaan Mu yang tidak terhingga. Syukur selalu atas limpah kurnia Mu yang tidak terhingga. Semua Allah memberikan ku kesihatan yang baik dan kehidupan yang penuh keberkatan dan kerahmatan. Aameen.

Dan tarikh ini juga pada tahun yang lepas satu tragedi yang menyayat hati telah berlaku kepada pesawat MAS MH 17.  Bila cerita tentang MH 17 ni,  airmata aku begitu murah sekali. Nak cerita tentang tragedi tersebut dari mula lagi tapi aku tak leh tahan mutiara airmata mesti bergenang. Dan pada hari  22hb Ogos 2014 pula merupakan Hari berkabung bagi rakyat malaysia, bagi memberi penghormatan kepada mayat mangsa yang dapat dikenalpasti identitinya dan dikebumikan di Malaysia. Ianya adalah penghormatan khas kepulangan 20 keranda yang di bawa pulang dan ini merupakan kumpulan pertama yang dapat di kenalpasti dan mendapat kelulusan oleh pihak Belanda untuk dibawa pulang.   


Seramai 298 mangsa dan rakyat malaysia merupakan 43 orang termasuk anak kapal. Yang terkesan sekali sekeluarga dari Serawak yang juga merupakan saudara kawan aku kat Serawak yang sepatutnya pulang terus ke malaysia setelah berkhidmat di sana. Balik untuk menyambut hari raya namun Qadha dan Qadar Allah yang menentukan segalanya. 


Mengimbau kenangan semasa kejadian ianya berlaku, semasa tu kan bulan ramadan dan pada malam tu setelah penat menjalani ibadah puasa, aku relaks sekejap setelah menjawab message di Fb yang ucapkan selamat ulang tahun sambil tu menunggu nak tenguk solat terawikh dari Mekah di TV9 dan oleh kerana lama lagi tengukle tv3 dulu lepas tu eh terlelap lah pulak..  Sedar-sedar dari tidur tenguk  tv eh macam dejavu pulak sebab Datuk Kapten Nik Huzlan dengan pembaca tv 3 Izwan Azir keluar di screen tv. Eh ni pasal MH 370 ke apa maklumle mamai lagi terbangun dari tidur ke aku yang ngigau tapi bila nampak tulisan dibawah screen Ya Allah kapalterbang MAS pula di tembak. Pesawat yang juga membawa rakyat  Malaysia yang nak balik Malaysia untuk menyambut Hari raya bersama keluarga tapi ah terlalu sedih bila mengenangkannya.  

Apa pun sekarang tarikh 17 Julai 2014 akan tersemat sebagai tarikh tragedi yang tidak akan dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia...   terutamanya buat ahli keluarga yang terlibat... walau bagaimana pun sedih juga buat MH 370 yang sampai sekarang tidak tahu lagi khabar berita.... MH 17 sekurangnya ada kubur dan tanda untuk di kunjungi tapi MH 370... masih lagi dalam pencarian.

Al fatihah buat warga Islam MH 17 dan semuga Allah memberi petunjuk apa sebenarnya yang terjadi pada MH 370. Dan semuga rakyat Malaysia terhindar dari segala bencana dan juga tragedi di masa akan datang. Semuga Allah melindungi semua rakyat Malaysia tidak kira dimana mereka berada. Aameen.


4 comments:

  1. Salam SS. Selamat Hari raya juga. Terima kasih. Happy birth bersama walaupun tarikh lain2 tetap anak Julai kan.

    ReplyDelete
  2. salam idilfitri happy birthday notie...mengenang tragedi mh17 memang mengalir air mata kesedihan..

    ReplyDelete
  3. Salam PI... kan sedih kita, sedih lagi keluarga yang menanggung. Apa pun Al Fatihah buat orang Islam yang terlibat.

    ReplyDelete