Tuesday, September 8, 2015

Rombongan meminang P3 Brunei Bhg 2 (Cottage Fairytale)


Assalamualaikum,

Setelah rumah di jejaki, salam pun di beri. Dah peluk bagai aku pun kata "surprise". Apa lagi kak TulipK pun munculkan diri. Sebenarnya sebelum sampai aku kata nak bawa seseorang yang begitu ingin nak jumpa kak mon. Bila dah muncul memang le kakmon terperanjat. Sebab tak sangka dapat jumpa depan mata. Bila dah salam peluk bagai aku pun bagi oleh-oleh dari Malaysia. Si Ryn pula kesian sungguh kerana menunggu rombongan kami dari pukul 3. Rupanya hari Jumaat Brunei cuti. Tapi hari Sabtu kerja dan Hari Ahad cuti lagi. Oh macam tu ye. Sebab tu agenda meminang akan dijalankan pada waktu malam Ahad sebab hari Sabtu orang Brunei kerja. Sampai je kita orang pun terus ke pondok belakang. Tada... comel kan cottage di atas tu. Itu yang membuat aku tak sabar nak datang ke rumah kakmon.

Akhirnya aku dapat juga tenguk depan mata. Selalu tenguk kat FB je kalau kakmon update status time dia berjimba-jimba kat cottage tu. Dulu masa datang takde lagi pondok fairy tale ni. Kiranya pondok ni masih baru lagi. Selalu dia update masa pembikinan cottage ni. 

. Suasana dah magrib jadi memang cerah sekejap je. Tapi aku cepat-cepat naik buaian. hahahaha. Takut juga almaklumlah kang putus pulak tali. Tapi kata kakmon boleh menampung 120 kilo. hahahaha. Jadi boleh lah aku berbuai-buai. Sebab dari malaysia lagi aku nak naik buaian tersebut.  Tu yang kalau boleh nak sampai hari siang juga. 


Buai ku laju... kena nyanyi ala-ala citer bawang merah bawang putih ni. Kalau bawang merah otomatik buaian ni berbuai... nanti anak raja terus terpegun dengar suara bawang merah. Dalam citer tu kalau tak salah aruah Mustapha Maarof jadi anak raja. hahaha ni entah anak raja mana yang nak muncul ni. Magrib-magrib pulak tu. Kang Raja Kapor pulak menjelma. Haiyakkkk cabut. 

Ruangan depan yang comel. Pagar tepi tu bentuk love tau. Hasil kerja tangan adik kak mon.  

Ruangan dalam yang begitu nyaman. Semua rombongan cik bedah pun WOW... Deko ala-ala English cottage gitu. 

Langsir pun hasil tangan kak mon. Tangan kak mon ni memang kreatif sungguh. Pandai masak, pandai menjahit, pandai mendeko. Kiranya tangan ajaib tu. Ting jadi sekian, ting jadi macam ni. 

Tenguk tu peti doraemon zaman dolu-dolu di jadikan meja kopi. Siapa pernah pakai beg kotak macam tu time sekolah. Aku pernah pakai tapi takde lah besar gadang macam peti meja tu. Pakai time sekolah rendah kalau tak salah. 

Nak tau apa yang bergantungan tu. Semua tu adalah mug. Bila buat macam tu alahaiiii comel je.


Ada dapur untuk masak. Siap dengan singki sekali. Walaupun pondok kecil tapi siap serba-serbi tau. Periuk belanga warna coklat tu berisi kuah kari. Kak nong akak aku dah berkenan, siap suruh tanya mana nak dapat. Comel tu macam 1 set dengan dapurnya. 


Hah tenguk tu oven besar tu. Ni agaknya tempat kakmon bakar ayam percik dia. Selalu dia tayang ayam panggang dia yang di jual dengan nasi beriani masala. Tenguk gambar je dah kecur.

Kita orang di jamu dengan Nasi Beriani. Yang dalam bekas kaca tu acar. Sedap sangat acarnya. Bila kenyang sedawa nasi beriani. hehehehe

Sedang menikmati mee kari Taitong. Mee Taitong tu aku ingat boleh buat mee goreng je rupanya boleh makan dengan kari. Mee tu ala-ala macam mee spageti. Kena rebus dan tos baru leh di masak. 

Yang di depan menikmati nasi beriani. Air sirap dia pun wangi dan manis. Bergelas-gelas aku tuang sebab sedap sangat. Habis jamah nasi beriani cuba pula mee kari. Fuh walah sedap.

Ni akak aku tengah usik anak saudara aku julie sebab cupcake dia sedap sangat dan dia tengah diet. Cream dia campur dengan cheese. Dan didalamnya ada lemon. Memang sedap.

Tu nampak cupcake tu. Karipap dia pun sedap. 

Teko kecil pun boleh di jadi deko kan. Kak mon memang minat dengan deko-deko ala-ala English House. Tu sebab pondok comel ni dibina bagaikan macam muzium je. Teko, mug, pinggan mangkuk, semua di pamir sambil boleh digunakan mana yang boleh di pakai. Scrap book atau gambar pula Ryn yang suka buat. 

Nampak tak mesin jahit kecil tu. Memang cute tau. 

Ni Kak tulipK dengan Kak mon yang bertudung merah aka tuan rumah. 

Ni Si Ryn Adik Kak mon.

Gambar tu merupakan gambar pengantin dengan kek pengantin yang kak mon gubah. Cantik tau. Selalu kalau dapat kuih dari Kak mon aku selalu rasa sayang nak makan sebab cantik sangat. Tapi akhirnya terpaksa ngap juga, takan nak bior sampai berkulatkan. Dan rasanya semuanya sedap seperti muka luarannya yang cantik.

Pingan mangkuk dan teko bersusun cantik. 

Rombongan meminang Puteri bersama Kak mon dan Ryn.


Hiasan lampu atas kepala ni nak tau apa yang berjuntai tu. Rupanya mug. Kreatif kan. Atas para penuh dengan teko. Selagi boleh di hias memang kak mon isi semua pingan mangkuk dia. Dah macam muzium pinggan mangkuk je kata dia.  

Rombongan kami balik ke apartment dengan rasa kenyang dan gembira dapat melihat dan merasa masakan kak mon. Helmy sempat wassap gambar didalam cottage tu dalam wassap family. Berdesup-desup anak buah aku mengomen. Ada yang kata rugi tak join. Ada yang mengusik lah sedang nak beli tiket itu jam juga nak pi Brunei. Hish hish anak-anak buah aku yang ramai tu memang ada je ulahnya.  

Sebelum balik sempat lagi dapat cupcake satu bekas. Anak saudara aku Anis sukalah sebab dia yang banyak makan cupcake tu. Tapi memang sedap cream dia. Kat apartment sambung lagi makan cupcake tu. Sedap hingga menjilat cream.

7 comments:

  1. comelnya cottage tu..suka, suka..kreatif betul kak mon..

    saya pun pernah guna beg kotak masa sekolah rendah...huh, nostalgia betul..

    ReplyDelete
  2. cantiknya cottage mon tu...luar biasa hiasannya.

    ReplyDelete
  3. saya membayangkan betapa rajinnya kak mon mnegelap habuk ... saya juga peminat english deko . pantang nampak barangan yg bermotifkan bunga , memang memandang sampai juling biji mata ... mmg cantik cottagenya ... alhamdulillah , hari pertama yg langkah kanan tu ...

    ReplyDelete
  4. Nohas... memang comel. Ni pun sikit je belum ambil gambar menyeluruh sekeliling cottage tu. Tangan kakmon tu memang kreatif.

    Beg kotak tu... huhu nostalgia kan. Entah berapa kali lah rosak di tengahnya sebab bawa barang sumbat banyak2 sampaikan kunci pun tergeliat.

    Sis PI... tak terucap dengan kata-kata bila memandang.

    ReplyDelete
  5. Qaseh... hahahaha memang rajin tu nak mengelap bagai. Suka melihat teko-teko yang cantik corak bunga dia. Susah sekarang nak dapat teko antik macam tu.

    ReplyDelete
  6. JM takut kang bergegor pokok hahahahaha. Kalau tumbang habis le cottage kak mon yang comel tu. Kang masuk news kat Brunei lah pulak org Malaysia tumbangkan pokok huhuhuhu. Dijauhkan leeeee

    ReplyDelete