Monday, August 22, 2016

Teaser - Cerita hujung minggu




Assalamualaikum, 

Lama dah tak update blog. Asyik kena pergi Mimos je nak cerita pun takdak mood. Tapi hari minggu semalam ni memang best. Dari melaka sehingga ke Port Dickson jenjalan saje. Kunun-kununnya nak cari asam pedas tapi semuanya ke laut sebab acara santai kan. Apa pun memang enjoy bila dapat berjalan dengan geng. Rasa ringan je kepala tanpa fikir pasal kerja dan masalah dunia.  

Ok aku tayang sikit je dulu ya nanti kalau idea merapu sampai aku cerita lah lagi.... hehehehe saje je nak bako sesiapa yang jenguk rumah aku ni.

Mula-mula kita orang singgah kat Free port A farmosa outlet di melaka.  Tergoda semuanya sampai korek lah mana yang ada fulusnya almaklumle lepas raya, semuanya dah kering poket.  Mana taknya kalau offer Hush puppies sampai 70%, Carlo Rino 50 %, semua jadi rabun mata sekejap. Offer Merdeka  sampai 31hb Ogos ni. Sesiapa yang balik Johor hah boleh singgah. Tu lalu kat depan je baru 2-3 outlet, belum lagi ke belakang. Luas sebenarnya tempat tu. Tapi takut terjebak lebih teruk kita orang semua serender....cepat-cepat balik. Hahahaha.



Mau tak rambang mata tenguk....


Singgah kat oriental fruit kat Sg Udang nampak macam-macam buah-buahan. Kan sedang musim buah kat melaka. Geram je nampak rambutan sedang merah menyala di setiap rumah kampung di sepanjang jalan di Melaka.


Menikmati pemandangan matahari terbenam di Port Sukai Kuala Linggi melaka.

Bersantai di tepian pantai dengan alunan ombak memukul pantai bagaikan irama dan muzik yang mengiringi alam. Chewah.... melankolik lah pulak.

Posing depan rumah Balqis....best resort ni , memang rasa balik kampung je dengan suasana yang nyaman di tepi pantai gitu. 


Akhirnya sebelum balik ke KL sempat lah menghirup kuah asam pedas Nogori Sembilan. Walaupun dah nak habis tapi alhamdulillah ada rezeki kami dapatlah juga kami berempat merasanya. 

Adakah misi mencari Asam pedas berjaya? Kalau ikutkan memang le tak berjaya tapi janji dapat makan asam pedas jadilah.   

8 comments:

  1. Akan ku jejak jugak free port afamosa tu... He he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergiler tengah ada sale merdeka sampai 31hb ogos ni... rambang mata poket pecah hahahahaha

      Delete
  2. Rumah balqis tu unik... Mcm umah kena tindih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib kah tak kemek kena hempap. Tapi rumah yang lain lagi cantik...rumah tradisional

      Delete
  3. seronoknya bercuti ke Melaka mkn durian n asam pedas sedaptu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Makan durian tak payah pergi melaka kak kat Kl pun melambak. Sesekali jalan memang seronok apa lagi kalau dengan geng.

      Delete
  4. Subhanallah, cantiknya sunset tu...remang2 senja..belum pernah lg ke Freeport, menarik bangunannya...pergh, giler2 punya sale sampai 70% discount..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan macam poscard je. Orang kata Freeport A Formosa tu tak best macam kat JPO tapi bila tenguk diskaun mencanak macam tu huh memang juling lah mata.

      Delete