Sunday, September 24, 2017

Ke Ipoh moh kita edisi ke 2 - Acara makan-makan pula



Assalamualaikum,

Dah seronok berjimba di Taman  Rekrasi Burung Lang,  kita orang ikut sue pi carik makan pula.  Selalu sue update kat FB kalau balik ipoh, mesti makan satay Endut lah dan macam-macam lagi agenda JJCM. Buat orang tergoda je tenguk. Jadi apa lagi moh le kita rasa Satay Endut.   



Tempat yang di tuju ialah Medan Selera Dato Tahwil  Azar atau nama femesnya taman kanak-kanak. Eijay asyik je kata taman kanak-kanak tapi kita orang tak nampak pun taman kanak-kanak.  

 Masa sampai ni dah petang. Sue kata adik dia dah berniaga jadi boleh lah rasa satay Endut. Endut ni kalau   orang muo kata buah hati sebab tu selalu usik 'hah ko pi berendut ya'  kalau sapa-sapa geng pi dating. .



                Hah tu dia penuh meja. Macam-macam ado.  Selain dari satay Endut, sup mamak Gerai Darus tu pun femes kat situ. Apa lagi order je apa mahu makan.


Tu signage gerai Satay endut dan Sup mamak gerai Darus. Macam-macam sup ada tapi kita orang makan sup ayam je. 


     Tada......... satay Endut yang kata Sue agak femes di Ipoh. Resepi  turun temurun dari aruah bapa Sue  dan kini adiknya pula yang mewarisi jualan satay tersebut. Satay ayam dan daging.


        Depan Rin mee kicap, depan aku sup mamak dan yong taufu. Pertama kali rasa mee kicap. Sedap sebab taugeh dia rangup. Bila makan krup krap emmmm sedap. Sup mamak tu pun sedap. Sup dengan daging ayam dia yang lembut tak payah ada apa-apa pun lawannya seperti mee ke meehoon ke cuma menghirup sup dia je dah sedap. Cuma pada aku kalau boleh buang sikit minyak ayam dia kalau tak lagi sedap. Kalau hujan ni hirup panas-panas emmmmm sedap.

                      Ais kacang dia pun sodap. hah tenguk ni kecur kan. Sebenornya rin yang order aku tumpang sekaki rasa. Ya lah kalau dah macam-macam atas meja takan semua nak order yang sama. Layan jus epal pun dah sodap. Lepas tu perabiskan sup mamak dan satay pun dah konyang.

  Ni sue kata air jagung tapi bila sampai dah macam abc. emm sedap juga lain dari yang air jagung biasa kita orang minum.


      Popiah basah entah sapa yang order buat balik. Sebab masing-masing dah kekenyangan belasah sup mamak dan satay endut, jadi yang popiah ni kita orang bungkus bawa balik. Tapi sedap nak habak kat hang. Tak pasti pulak kedainya yang mana satu. Sue yang tapaukan.

Dah kenyang semuanya, kak uda kata jom singgah kedai kasut sekejap sebab kasut dia dah ternganga. Jadi berhentilah kat kedai kasut. Kununnya nak cari seliparlah.

Dok belek sana sanun aku pulak yang sampai terbeli 2 pasang sebab rupanya kasut aku pun dah ada hura-hura nak ternganga juga tapaknya. hehehehe Kak uda cari selipar , aku yang rembat kasut sampai 2...hehehehehe dah jumpa yang berkenan baik rembat siap-siap kang nanges bucu katil kang.


Selesai urusan di kedai kasut nak pi mana pulak ya. Kaknoor sempat berwasap dengan Eila apa yang berlaku kat rumah pengantin malam tu. Kata eila macam-macam nak buat, jadi kita orang pun terus ke rumah pengantin kunun-kununnya nak tenguk apa yang berlaku sekali hah ko terus rewang sekali.
Alang-alang dah sampai kan terus lah ke rumah pengantin...ni kalau balik ke rumah sue emmm mesti dah malas nak keluar balik ,jadi terus lah pi rewang rumah pengantin.

Tu nanti aku sambung lagi.......tunggu...

2 comments:

  1. Endut tu... kekasih... ha ha ha... tak pon dating... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu istilah orang johor punya bahasa. Amboi-amboi berendut sakan

      Delete