Thursday, September 9, 2021

Hari ke 5 di UK - Petticoat Lane Market

          
                                           Cerita sebelumnya di Trafalqar Square

Hah berkurun cerita london tak habis2 lagi. Kena gembur balik ni gambar-gambar lama. Rupanya banyak hari kat London aku tak habiskan cerita. Kalau rajin nanti aku bongkar balik file gambar ya. Rasa sayang pulak tak up cerita London walaupun tahun 2010 aku pergi. Takpe ya. Insya Allah kena rajin kan semula ni up cerita yang tak habis. hahahahaha 



 Assalamualaikum. 

Hari ke 5 merupakan Hari Ahad. Dan seperti biasa bila pukul 7 pagi, harum semerbak bau  roti  memenuhi ruang udara Hotel. Sedap dan lembut roti Croissant dia. Kat bilik je dah bau harum roti tu buat aku lapor je. Dah le pagi-pagi sejuk udara nyaman saje bila buka tingkap. Dan setiap hari juga sarapan yang sama. Segelas fresh oren dengan yogurt. Juga kadang sebiji epal atau sebiiji pear. hehehehe. Sarapan yang sehat. Layan croissant tu berdouble-double. Tapi memang sedap le croissant tu.... lembut bak hang.... Aku yang sebelum ni hanya biasa makan roti sapu jem je tapi sejak dapat makan fresh croiisant kuar dari oven terjatuh cinta pulak....kalau boleh nak hari-hari sebab sedap sangat.

 Hari ni kami akan keluar lagi untuk shopping di Sunday Market. Kata Kak Kam sunday market dia selalunya murah dan kali ni kami akan pergi ke Petticot Lane. Yes jom kita shopping. 


Bunga-bungaan di tepi jalan berhampiran dengan Baker Street stesyen. Geram tenguk bunga tu semua

Mulakan perjalanan dengan menaiki underground tube dari Baker Street Stesyen. Tak ingat pula keluar kat stesyen mana. Sedar-sedar keluar dari stesyen tu terus Kak kam ajak naik bas. Kadang-kadang pada hari minggu terdapat stesyen yang di tutup untuk di baikpulih. Jadi pada masa tu kena tenguk lah jadual train sampai mana. Lepas tu kena pastikan bas  yang kita nak naik. Kena pastikan stesyen mana yang beroperasi dan kena tukar kepada bas yang lalu di tempat berhampiran.

Akhirnya nampak papantanda jalan ke Petticot lane. Jalan sikit dan sampai ke gerai jualan. Aku geram sungguh melihat bunga-bungaan yang dengan mudah berkembang cantik hanya di tepi-tepi jendela ja ditanam. Hish kalau lah kat malaysia bunga mudah di tanam macam tu, huh mau keliling rumah aku tanam bunga. Gerrrrrram. Ni kalau sampah sarap tu dibersihkan lagi nampak cantik je dengan bunga berkembangan macam tu. Hish memang geram sungguh ni.


Antara gerai yang terdapat. Seronok tenguk gambar apron tu. Tapi banyak jual baju-baju dan juga jaket serta kot. Ada yang cantik-cantik juga. Tapi sebab dress kan kalau aku beli emm nak pakai time bilanya dik non oii. Ke parti huh ada juga kena kejor akak aku... dah apa keno adik aku pakai dress sambil tayang betis bunting gajah.... hohohoho  

  
  Jualan alat mekap yang murah-murah. Masa ni kak kam yang dok ralit memilih manakala aku hanya memandang je sebab tak minat nak beli dan tak biasa memakai alat solek. Cuma selalu hanya secalit lipstik je aku tepek kat bibir buat penyeri wajah. hehehe. Sekali bila balik ke hotel dok bermesagge dengan member dalam fb tertanya lah member kat Malaysia yang biasa pakai benda tu semua samada nak beli blusher or gincu or lip liner ke sebab murah.  Member apa lagi seronok sebab murah dan suruh belikan apa-apa lah alat mekap. Sekali masa pergi kali ke 2 huwaaaa hujan masa tu dan gerai mekap tu tak ada. Alahaiii frust aku. Tenguk lah tu lip Gloss Sally Hanson hanya 1.50 pound. 1 pound masa tu dalam duit RM lebeh kurang Rm 5 ja. 

Mana taknya kak kam beli banyak2. Entah tak perasan pulak aku dia rembat apa. Apa pun takdo rezeki lah eyda oiiiii. Kalau tahu beli lah lipstick tu banyak-banyak kan. Aku punya peel kalau lipstick tu tak habis takdenya nak beli baru kecuali kalau spare lipstick hilang hah baru mengagau beli lipstick baru. Tu pun kadang susah nak dapat warna yang aku suka.   


Ni gerai orang turki. Bila dia tahu kita orang islam huh murahlah dia bagi. Masa ni beli sikit ja. Kali ke dua memang aku beli banyak sampaikan dapat free 2 helai tshirt. Hahahahahaha. Seronok orang turki tu melayan aku memborong tshirt. Aku yang pening nak beli berapa banyak. hish hish hish. Sebab tempat tu je yang murah dan lagi orang Islam kan. Tapi memang seronok lah memborong tshirt kat sini. Sixe besar banyak dan kain dia tebal. Bila dah sampai malaysia apasal le aku tak beli tshirt dia yang lengan panjang tu kalau tak boleh le bawak jenjalan. huhuhu Masa ni beli sikit je sebab ada lagi seminggu kat UK. Tapi napalah aku tak ajak kak kam bawa ke tempat car boot sale. huhuhu kalau dia tahu tempatnya  mesti lagi syiok kan. 


Dah habis memborong kita orang pun melilau kat tempat berhampiran. Nak cari makan tengahari pulak.

Suka tenguk reka bentuk bangunan di sini. Unik.

Nampak Mc D, apa lagilah beli makanan tengahari di sini je. Lepas tu lepak kat luar melihat orang sekeliling. Sesekali angin bertiup rasa sejuk. 

Ada port depan Mc -D tu jadi kita orang pun lepak sambil makan fish n chips. 


Lepas tu entah mana lah kak kam bawa aku berjalan.  


                         Suka tenguk building structure dia.  Aku bab senibina ni memang le hancus jadi tak tau nak komen lagu mana hanya cuci mata je yang aku tau. hehehehe



Balik nya kita orang naik bas 2 tingkat. hahahaha jakun ko,  naik je terus pi cari tempat depan yang takde pemandu. Memangle takdak pemandu sebab pemandu kat bawah tu. hahahaha


         Hari minggu suasana yang begitu damai takdak jem bagai...... Nyaman je berjalan keliling london.


        Hah tak nampak ke depan sekali ko. Oleh kerana ada orang lain jadi sorok-sorok le ambil gambar depan cermin bas.

       Stesyen King' Cross. Kalau hari kerja memang ramai umat berkejaran di sekeliling stesyen tersebut.


Yang ni aku tak pasti kat area mana.  Selesai menyelusuri keliling london akhirnya kita orang pun balik ke hotel. 

Besok  hari Isnin bermula hari yang baru. 

22 comments:

  1. Seronoknya dapat ronda2 badar London kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak...cekali-cekali time cuti hujung minggu.

      Delete
  2. wahhh cantiknya! Kota London ni dekat tepi jalan banyak betul dijual bunga. Macam Pasar Seni, KL tu. McD dia pun dekat dalam bangunan cantik. Bestnya tengok kecuali part sampah tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan dia memang cantik . Yang seronok sebab banyak bunge-bunga berkembang.

      Delete
  3. Entah kenapa kaki ini susah betul nak jejak London hihihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah ada rezeki amie nanti. Saya pun tengah berangan pi Europe dimana area yang meliputi London, Paris dengan Amrsterdam. Tapi kena bukak tabung gajah dulu sebab lokasi tersebut semuanya mahal-mahal duitnya. hehehehe Mudahan Allah makbulkan impian saya. Aamiin

      Delete
    2. Hahahaaa.... bukan tabung gajah lagi ni... kena buka tabung dinasour pulak kihkihkih.

      Delete
    3. kan tabung dinausour pi europe tabung gajah pi scandinavia, tabung ikan paus pi NZ... wah bestnya

      Delete
  4. Tu dia, travel 10 tahun lalu pun ingat. Saya pun banyak citer travel tergantung tapi tulah tak terupdate. Dah lupa. London memang selalu mendung dan hujan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memori terindah kadang ingat kadang lupa. Ahakss. Masa tu dah nak masuk Autumn jadi cuacanya mula sejuk. Tu yang kadang hujan dan glommy je. Jalan pun tak best bila hujan.

      Delete
  5. Salam, memang geram tengok bunga-bunga segar bugar tu, cuaca sana sesuai, indah sangat London, macam nak duk sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Seronok memang seronok tapi lama-lama rindu Malaysia. Sesekali pi sana ok lah tapi nak dok sana huwaaaaa rindu orang di malaysia. hehehehe

      Delete
  6. Seronok bersiar-siar tengok bangunan-bangunan dia..
    aduh.. cantik-cantik bunga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha tenguk kat wall paper atas tu hah meroyan tak kalau tenguk rimbunan bunga berkembang. Bangunan dia pun unik kan.

      Delete
  7. Subahanallah..puan ..amazing..Syukur nikmat berziarah di Negara orang ya

    ReplyDelete
  8. sonoknuer jalan2 tuuh.. wak x smpi lagu london.. londang melaka adalaa.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak lagi best dah sampai Doha lagi. londang melaka pun best wak dokek jo tak payah naik tikar terobang

      Delete
  9. great article with an interesting story
    thank you for sharing

    kampus sehat

    ReplyDelete
  10. This is a very good post! Just keep updating much useful information

    ReplyDelete