Sunday, January 28, 2018

Umrah 2017 - di Airport Madinah




Assalamualaikum,

Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke Madinah, berjalan lancar. Ada sekali tu tak ingat dah lalu mana, cuaca buruk pula. Tak dapat lah nak request air panas. Tapi nasib baik tak lama.  Penerbangan mengambil masa 8 jam. Dari KLIA pukul 1.05 pm dan sampai Madinah dalam pukul 5.15 petang.  Ya Allah syukurnya dah dapat jejak Madinah. Dapat berjumpa dan memberi salam pada Rasulullah dahulu. Dalam hati ni dug dag dug dag walaupun rasa  gembira tapi masih lagi fikir yang bukan-bukan. 

Sebelum sampai tarikh pergi, ada kawan yang tanya kenapa turun Madinah dulu baru ke Mekah. Bukankah yang wajib dulu baru yang sunat. Ialah kan tujuan perjalanan nak membuat umrah. Sudah tentu ke Mekah dahulu baru ke Madinah menziarahi Rasulullah. Bila ada orang tanya macam tu kat aku, aku tak dapat jawab sebab ianya bergantung kepada pakage yang kita ambil. Mungkin kalau nak buat yang afdal dulu turun di Jeddah lah dahulu. Buat umrah dahulu baru ke Madinah. 

Tapi kata Encik Din, ok juga turun di Madinah. Selain daripada solat di Masjid Nabawi dan berjumpa dengan Rasulullah SAW dahulu, kita slow-slow menyesuaikan diri dengan Bumi Barakah dahulu sebelum membuat umrah. Sekurang-kurangnya mental dan fizikal sudah bersedia untuk membuat ibadah di Mekah nanti. Kalau sampai Jeddah dahulu, sebelum naik flight dah kena berihram dahulu sebelum niat di Miqat Qarnul Manazil. Sampai Jeddah terus masuk Mekah dan terus buat umrah. Sebenarnya ada pro dan kontra antara keduanya.  Tapi terpulang lah pada individu masing-masing nak yang macamana.        



Bila tenguk kapalterbang perlahan-lahan mencari tempat parkingnya, Ya Allah dalam hati bersyukur sangat sebab dapat jejak kaki juga ke Madinah. Rasa hati didalam memang dah macam-macam rasanya.


        Kapalterbang kita orang hampir 400 lebih, jadi memang ramai lah. Group orang Indonesia memang ada macam-macam warna sedondon. Seronok pulak tenguk mereka berduyun-duyun sekumpulan berjalan bersama-sama. Ramai sungguh warga Indonesia menunaikan umrah.


                                             Yang ni pula group Indonesia yang lelaki.  Berkain batik.


        Alhamdulillah akhirnya aku dah sampai di Madinah. Syukur Ya Allah atas limpah kurnia Mu yang menjemput aku ke rumah Mu.


 Orang lain semuanya laju, terus ke kaunter imigresen Madinah supaya dapat cepat cop pasport tapi aku je yang jalan slow-slow. Apa lagi bila tenguk semuanya full kaunter, orang dah panjang beratur, dalam hati berdoa lah semuga ada kaunter baru di buka.  Entah macamana ada pula kaunter perempuan di hujung belah kanan di buka. Bila nampak peluang tu aku dan yang lain yang di hujung-hujung ni terus lah menyerbu. Jadi yang kemudian rasanya ada harapan cepat lah sikit kan. Aku tenguk Kak Jal dan yang lain dah tersekat dalam kaunter yang penuh tu. Kak Ijah dan Jaki lah yang untung sebab Kak Ijah duduk di kerusi roda jadi di check special sikit. Cepat siap. Jadi kalau ada yang rasa bawa orang berkerusi roda merupakan satu bebanan,  jangan fikir macam tu. Allah akan mempermudahkan urusan sesiapa sahaja yang berkerusi roda termasuk orang yang menolak kerusi tersebut. Kak ijah jadi contohnya. Malahan dalam group kami ada 2 orang perempuan buta adik beradik. Anak perempuannya di tengah-tengah  manakala lengan di kiri dan dikanannya maknya dan makciknya. Ya Allah mudah sungguh segala ibadah mereka.  


Tenguk tu semua kaunter penuh. Dan pada masa kita orang sampai ni tak lama kemudian azan Magrib pun berkumandang. Semua petugas imigresen walau bagaimana penuh orang ke, terus menyahut seruan Allah untuk solat. Tapi mereka bergilir-gilir lah. Bagus sungguh bila tenguk bertukar ganti staff pergi untuk solat magrib. Tapi menunggu untuk mendapat cop mereka Ya Allah memang menduga kesabaran kita. Masa ni doa banyak-banyak lah semuga Allah mempermudahkan urusan di kaunter. Bayangkan dari pukul 5.15 petang, hampir 3 jam juga lah menunggu sehingga group kami selesai.

Yang kita orang bengang tu, tiba-tiba ada flight kemudian dari kami, rasanya dari India sebab tiba-tiba kami lihat sekumpulan anak beranak serta mak serta bapak datang menyerbu kaunter hujung ni. Dan tiba-tiba ada pula pegawai imigresen tu suruh buka laluan untuk family tersebut yang tiba-tiba muncul akhir tapi dapat special layanan.  Memang nampak sangat perbezaaan layanan. Walaupun kita orang bengang tapi ya sabar,  di bumi Barakah ni kena banyak-banyak sabar. 

Bila sampai turn aku, pegawai imigresen tu baru je selesai solat, sambil tangan dengan handphone sambil dia mengamit aku ke depan kaunter. Jari dia pantas menekan keypad phone sambil entah apa dia buat tiba-tiba handphone dia terlepas. Dia panggil kawannya tolong coverkan sementara dia setelkan handphone dia. Aku sabar je lah depan kaunter nak cop pasport ni. Selalunya thumps print je kan tapi kali ni ke 10 jari tangan kena letak atas kaunter emm memang gaya old schooll sungguh. Bayangkan le zaman sekolah dulu letak 10 jari atas meja, cikgu nak check kuku panjang ke tak bersih. Hah kalau kuku panjang atau kotor kena titik dengan kayu pembaris. Hah macam tu lah gayanya. Kamera bertenggek kat penjuru ambil gambar kita. Senyum nanti dia klik button kat tepi meja. Tak cantik ke tak terang ke tak tau aku macamana rupa gambar dalam kamera tu hah senyum lah lagi. Bila di fikir memang kelakar juga bila cop pasport kat kaunter imigeresen Madinah ni tapi nak buat macamana hadap je lah. Rasa macam lebih changgih di malaysia lah pulak. 


Turun je dari kaunter imigresen terus ke tempat beg. Wah seronok dan cantik ja beg bersusun menunggu tuannya ambil. Kaunter imigeresen tu rasanya di tingkat 2 dan beg di tingkat 1. Bila sampai tempat beg....wah banyaknya beg bersusun. Jaki dan Kak ijah sedang menunggu geng yang lain selesai. Oleh kerana group kita orang masih sangkut lagi kat kaunter imigeresen jadi lama juga lah duduk kat situ. 

Jaki dah cari nama beg group kita orang dan di susun kat tepi. Jadi bila tuannya sampai tak payah lagi tercari-cari beg yang begitu banyak dan sama warnanya.  


     Suasana di tempat  ambil beg. Bila beg banyak-banyak bersusun jadi cantik pulak.Patutlah kena bawa beg yang di bagi oleh KUJDT supaya mudah nak mencari dan cantik ja bila tersusun. Kalau tercicir orang KUJDT boleh tolong tengukkan sebab beg tu depa yang sediakan.


         Ni group lain warna hijau kecoklatan. Nampak tingkat atas tu...hah tu kaunter imigeresennya. Yang belah kanan tu lupa samada tangga atau escalator.

                      Yang ni cantik warna merah dan biru. Dari jauh lagi dah nampak beg.

Rupanya masih ramai lagi yang belum selesai di kaunter imigresen. Aku ingat aku yang last sebab malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai , tak masuk lah kaunter yang sesak dengan group kami serta orang Indonesia tadi. Rezeki aku bila dibuka kaunter baru jadi terus ja masuk line tersebut jadi cepatlah sebab depan aku tak ramai orang menunggu giliran.. Rupanya yang lain yang lebih dahulu kelam-kabut terjah kaunter jadi kemudian, aku yang last jadi lebih dulu siap. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan aku. Jadi bila sampai Madinah dan Mekah kalau boleh, doalah banyak-banyak kepada Allah. Sebab katanya doa kita mudah makbul di tanah yang penuh Barakah ini , apa bila menjadi tetamu Allah. Jadi bersabar dan berdoalah banyak-banyak semuga Allah mempermudahkan urusan kita. Kalau ada dugaan cubalah bersabar dan redho. Insha Allah segalanya jadi mudah.

           Nasib baik anak buah aku yang lelaki ada, Jaki, Yeye dan Azli , jadi mereka lah yang tolong angkat beg. Dah jumpa beg ahli keluarga, dah sisihkan, susun diatas troli. Masa ni beg semuanya seorang satu, belum lagi beranak pinak ya. hehehehe Aku kununnya taknak lah shopping sangat dan kununnya cukuplah 1 beg besar dan 1 beg kabin pergi dan balik tapi rupanya.....hehehehe kena beli beg juga untuk barang yang di beli. Kunun je tak nak shopping sangat tapi emmm tak boleh pakai punya idea, tetap beg beranak pinak juga. hehehehehe


                                                    Ahli group mencari beg masing-masing.


      Masa ni tengah tunggu Kak Jal. Group keluarga kami semuanya dah ada tiggal Kak Jal je yang masih sangkut kat kaunter.



     Jadi bila nampak Kak Jal je,  terus kita orang ikut Jaki dan Azli yang menolak troli beg kita orang. Masa kat kastam, orang perempuan ada bilik tertutup dan di check oleh pegawai perempuan. Lepas tu masa scan beg, kelam - kabut juga sebab banyak beg yang bersusun di atas troli tadi nak kena scan. Apa lagi dengan orang lain yang menunggu di belakang. Cuak sebab takut orang lain terambil beg kita orang atau tercicir. Rupanya Pak Arshad berseorangan scan beg sampai 3. Kesian pula. Masa tu tak tahu kalau dia berseorangan. Masa kat Mekah baru tahu sebab dia sebilik dengan Bang Berahim, Azli dan Bob. Malam pertama di Mekah dah sesat. Kesian. Lepas dari tu terus kenal Pak Arshad tu. Terus femes Pak Arshad.

      Berbondong-bondong semuanya jalan mencari Bas Epal dan Bas Pisang. Siapa yang pakai nametag epal naik bas epal dan begitu juga yang nametag pisang naik bas Pisang. Depan bas dia letakkan gambar buah tersebut untuk mengenalpasti bas yang kita boleh naik.


 Akhirnya jumpa lah bas Epal. Barulah tahu kenapa kami di kelaskan geng epal dan geng pisang. Ianya memudahkan bagi pihak kami mencari bas masing-masing. Oleh kerana keluarga aku yang paling ramai emm memang suara kita orang je lah terutamanya suara Jaki dan Abahnya. Abang ipar aku pulak maklumlah dah berapa kali ke Mekah dan Madinah,  jadi suara dia je lah yang kedengaran bercerita dalam bahasa jawa. Entah siapa lah yang rajin melayan ceritanya.  Agaknya anak Kak endon kut sebab Bob baru pertama kali pergi.

 Sedang menunggu semua naik bas sebelum bertolak ke Hotel tiba-tiba encik Rahman yang tukang check jumlah orang dalam setiap bas dapat call. Call tu rupanya daripada petugas KUJDT di airport....ada beg tercicir. Siapa Jalilah. Beg dia masih ada dalam airport tempat ambil beg. Tapi aku tenguk Kak jal dah syiok je duduk sebelah Kak Hanim..... Lorrrr..... Kak Jal dah ada ni.

 Rupanya Jaki tak naikkan sekali beg Kak Jal atas troli sehinggalah pasti Kak jal dah habis check pasport. Manakala Kak Jal bila dah siap dan tenguk kita orang sedang menunggu terus ja ikut sama-sama untuk keluar dari airport. Jadi begnya masih tegak berdiri menunggu tuannya ambil tapi rupanya tuannya dah naik bas dah. Nasib baik ada petugas KUJDT yang belum keluar lagi dan sedang check takut ada yang tercicir di dalam airport. Kalau tak emmm kena beli baju barulah Kak Jal. Seronok dah sampai Madinah sampai lupa beg.  

 Dalam bas adalah encik Din bagi taklimat sikit lepas tu dengar sirah Rasulullah dari Ustad Khairul Fahmi, Mutawif KUJDT. Perjalanan mengambil masa beberapa minit sebelum sampai hotel. Kita orang akan makan dulu lepas tu checkin bilik. Lepas tu turun semula menunggu semua sebelum taklimat di bagi lagi. Malam ni kiranya sessi pengenalan kawasan berhampiran dengan hotel dan juga sessi bawa ke Masjid Nabawi


     Turun escalator tu adalah dewan makan. Ada caterer yang sediakan makanan untuk kita orang. Rupanya macam tu style makan kat hotel Madinah serta Mekah. Ada caterer tertentu yang sediakan makanan sepanjang kita tinggal di hotel tersebut.   Kebanyakannya tuannya orang Indonesia jadi makanan dia boleh tahanlah. Masa kat Madinah makanan dia sedap-sedap belaka.

Ni lah bilik kita orang. Oleh kerana Kak Ijah dan Kak Jal dah jumpa Ain petugas KUJDT masa di JB lagi, check nama kita orang jadi dapatlah kami ber4 satu bilik. Rupanya masa di check nama aku dan Kak Jal terpisah bilik lain. Bila dah adjust nama alhamdulillah kami dapat bersama. Jadi seronoklah bila dapat 1 bilik. Kak Ijah dan Kak Nong dah pernah mengerjakan Haji jadi banyak ilmu yang aku dan Kak Jal dapat. Kadang kelakor , kadang sedih bersama-sama. Apa pun memang seronok bila dapat beribadah bersama kakak sendiri. Ukhwah adik beradik kami jadi makin kukuh.  

  Bilik air kami luas juga. Kak Nong bawa tali, malam tu sessi merentang tali antara benua untuk menyidai baju. Mula-mula ok lagi sidai baju basah tapi bila part jubah nak di basuh kita orang terpaksa cari dobi. Perkhidmatan dobi ada disediakan di bahagaian kaunter pendaftaran di bawah. Bilik kami tingkat 2 depan lif, memang mudah bila berebut-rebut nak ke masjid. Bila orang ramai lif jadi lambat.

Dah kenyang makan malam, dah tenguk bilik dah letak beg, kita orang sedia untuk ke Masjid Nabawi. Posing dulu depan lobi hotel. Tengah semangat nak ke masjid ni. Hari pertama Kak ijah kuat lagi jalan, jadi dia bawa je kerusi lipat tu sebagai tongkat berjalan. Tapi hari seterusnya Kak ijah naik kerusi roda je. Kita orang bergilir-gilir bawa. Kalau Jaki dan yeye lambat, Kak jal dan Kak nong serta aku bergilir-gilir menolaknya. Kadang Kak Hanim pun tolong juga. 

                Lobi hotel dia luas, sementara menunggu ahli jemaah yang lain turun, kita orang lepak dulu.


                                Ni lah hotel kami sepanjang 5 hari di Madinah.

14 comments:

  1. PUAS HATI BACA N3 NOTIE XJEMU RJN MENULISNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis mana ada rajin ni pun jenuh lah nak menulis cerita yang dah 2 bulan tempohnya. Saya cuba sikit-sikit cerita untuk kenang-kenangan saya. Apa pun terima kasih sudi jengah saya.

      Delete
  2. semoga my parents nnt pun akan smpi sana. ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Semuga Raydah juga mendapat jemputanNya.

      Delete
  3. Kalu SS laa kan... Mesti macam Ah kak jugak... Fikir yang bukan bukan... Kalu SS... Mende yang SS fikir.. Ya Allah banyaknya dosa aku... Kadang orang fikir bila dah banyak dosa mesti dpt balasan cash kat mekah tu nanti kan? Takutkan balasan tu... Tapi perspective tu yang perlu di ubah... Memang kita pegi tempat suci sebab nak cuci dosa kita pun kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai hamba Allah kalau tak rasa banyak dosa emm tak tahulah nak cakap macamana. Apa lagi bila kita baca cerita orang lain yang dapat balasan di sana lagilah takut tapi sebab niat kita nak cuci dosa dan nak menambahkan pahala...doa je banyak-banyak. Insya Allah, Allah lebih tahu yang terbaik buat hambaNya.

      Delete
  4. Pada SS laa... Kalu tak ada masalah keuzuran dan running time.. Elok terus ke Mekah kot... Tapi... Kalu rasa nak santai... Nak hilangkan debaran awal... Madinah dulu jadi pilihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ke Mekah dahulu atau ke Madinah dahulu sebenarnya kita boleh pilih sendiri nak macamana. Oleh kerana akak tak ada pengalaman jadi ikut je lah pakage yang disediakan yang di syorkan oleh anak saudara Abang ipar akak. Tapi bila dah tahu dan dah ada pengalaman macam ni rasanya biarlah ke Mekah dahulu sebelum ke Madinah. Selesaikan yang wajib baru buat yang sunat. Tapi rasanya bagi yang pertama kali biarlah kita sesuaikan diri dahulu jumpa kekasih Allah dahulu. Sesuaikan diri dahulu di Madinah sebelum menempuh cabaran di Mekah.

      Delete
  5. Kadang yang kita rasa menyusahkan tu yang paling senang kat sanakan... hebat kuasa allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa Allah memang hebat. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur dan redha dalam apa juga yang berlaku. Bersihkan dalam hati semuga kita jadi hamba yang sentiasa di redhai. Jika kita sentiasa memudahkan urusan orang lain Insya Allah, Allah memudahkan urusan kita. Apa pun doa banyak2.

      Delete
  6. Bas epal dgn pisang ek.. Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Ikutkan nampak je besar tapi bila 4 beg bagak masuk terus jadi sempit.....hehehehe Apa lagi bila beranak pinak terus tak cukup luas... hehehehe

      Delete