Thursday, April 19, 2018

Stesyen Train Padang Besar sungguh menyedihkan.



Assalamualaikum,

Cuti sekolah bulan Mac yang lalu, aku ikut Kak Jal pi Hadyai. Kiranya ni trip warga emas aka cikgu mengaji aka pertama kali naik ETS. hehehehe Kali ni naik dari stesyen Gemas ke Padang Besar. 

Tapi yang aku nak citer ni ialah pasal stesyen keretapi Padang Besar yang sungguh menyedihkan sekali. Dah la stesyen nampak baru tapi emmm camne nak citer ya.

Kita orang naik ETS dari pukul 9 malam dari Gemas. Dan sampai di stesyen Padang Besar perhentian terakhir pada pukul 5 pagi.

Sampai je stesyen kita orang terus cari toilet. Maklumlah lama perjalanan tu. Macam-macam rasa ada. Nak buang air kecil lah nak rasa buang air besar lah, nak cuci muka lah, rasa macam nak mandi lah, nak gosok gigilah, nak ambil air sembahyang nak solat lah. Sekali rupanya.... air nan ado ko. Aduhaiiiiii susah sungguh. Lepas tu kena naik 1 tingkat lagi tapi bila tenguk lif khas untuk OKU dan di kunci lifnya. Terpaksa lah semua slow-slow naik tangga. 

Tapi yang buat kita orang bengang sebab rupanya dah seminggu air tak ada. Ya Allah memang semua bengang. Nasib baik lah cafe buka pagi subuh sapiee tu. Kalau tutup juga ada juga yang mengamuk pagi-pagi subuh tu. Jangan sampai hulk hogan koyak baju dek sebab jadi orang hijau sudah le. 

Napa lah tak repair jika air dah seminggu tak ada. Bayang kan lah kalau para pelancong singgah dari Thai nak masuk Malaysia ke atau sebaliknya.  Tak ke naya je. 

Cuba jenguk toilet yang lain, nampak toilet staff....lagi teruk kalau aku tulis nanti,  ada yang loya tekak jadi faham-faham sendiri. Kita orang beli air Mineral botol besar sebagai penganti air yang tak ada. Jadi solat subuh guna lah air Mineral tersebut. Buang air pun macam tu juga. Nasib baik tak de rasa nak buang air besar kalau tak huh memang haru le menahan diri. Kalau kena cirit birit lagi le kacau dunia. 


     Selesai solat semua pun serbu cafe untuk sarapan sementara menunggu pukul 7 pagi untuk seberang sempadan. Nampak je stesyen gah dan baru tapi keperluan asas tidak di jaga. Dah le tak ada lif untuk penumpang, kena guna tangga. Bayangkan kalau warga Emas yang nak shopping kat Padang besar, beli periuk, beli toto, pinggan mangkuk, macamana lah nak angkut kalau kena turun naik tangga.

Bila kata ETS boleh sampai Padang Besar ramai orang jadi excited nak pergi. Nak rasa naik ETS, sambil membeli belah di Padang besar. Tapi banyak keperluan yang memudahkan orang ramai kurang. At least adalah excalator ke lif ke. Ni turun tangga naik tangga ko. Lif pulak kecik lepas tu untuk OKU. Emm nampak sangat masa bina stesyen tu tak fikir kemudahan orang ramai.
 

                                                            Sarapan sambil menyembang.                                          


                     Banyak train datang dan pergi tapi  air kat toilet tak ado...huh hampeh sungguh lah.


        Kak Jal sempat posing kat signage padang besar , ingatkan tunggu van kat sini rupanya kena seberang sanun.


                                      Kena lalu jambatan merentasi  jalan keretapi ke seberang sana.


          Nun di sana tu tempat imigresen. Kena cop pasport dan sebelah sana menunggu van kami. Tenguk tu tangga bertingkat-tingkat ko. Jenuh masa balik tour guide kami menolong mengangkat beg naik ke atas. Dengan berat beg dengan beranak-pinak beg  walaupun tak banyak tapi jenuh juga le mengangkatnya. Kalau ada escalator kan senang, tak pun lif ke. Dah le panjang dan jauh jalannya. Memang siksa sungguh ko. Lepas tu ada Datuk dan Datin dalam group kami kata kalau macam tu siksanya naik ETS baik naik flight je. Sekejap je dah sampai dan mudah semuanya.  Travel pun jadi santai dan tak rasa susah. Apa pun ini semua pengalaman lah.


                                                            Welcome tu Hadyai.

8 comments:

  1. MACAM2 MSLH KRITIKAL DLM RJLNAN YA NOTIE

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha biasa le kak tapi yang haru bila tiada air di tempat orang ramai macam tu. Daripada enjoy nak travel memang terus darah naik lah. hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. wak bengang tahap gaban ni....rasa macam apa ja

      Delete
  3. Begitu keadaannya ye. Pernah juga berangan-angan untuk ke sana, tapi setakat ini belum berkesempatan. Tq for sharing. Dapatlah tambah info yang berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie seronok pi hatyai... tapi sebab takde air tu yang sentap sekejap. Mudahan dah ok

      Delete
  4. Aiseh..baru plan nak buat trip ke hatyai ni. nampaknya kena tangguh dulu. masalah gak ni. Harap dapat diatasi dan ada penyelenggaraan yang baik. Bawak nama malaysia gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok pi hatyai....jom lah. Tu lah kan dah namanya sempadan sepatutnya di jaga dengan baik dan sempurna. Rasanya dah ok kut sebab dah berbulan sejak akak balik.

      Delete