Wednesday, September 26, 2018

Cherry Blossom di Putrajaya


 Assalamualaikum,

 Ni sebenarnya kejadian seminggu yang lepas.  Masa tu nak pergi ke Klinik Presint 9 sebab ada check up dan appoitment dengan Doktor. Masa tu lah baru perasan wah banyak pokok tecoma sedang berbunga. Ni area parking tepi jalan kat belakang Parcel E1 dan E2.


Kat roundabout masuk parcel E ada juga nampak beberapa pokok sedang berbunga lebat. Hati aku pun bergembira tenguk bunga mekar di sana sini.

  Masa nak sampai presint 9 wah lagi banyak aku nampak pokok kembang mekar , malahan ada yang aku nampak bunga je penuh di pokok....ada yang warna putih, ada yang warna pink.  wah suasana di putrajaya pun aku rasa macam dah kat obersea lah pulak bila disana sini pokok berkembang mekar. Dengan tiupan angin lagi.....wah hati aku pun jadi berbunga-bunga. hahahaha amboiiii aku pulak yang lebih-lebih.

 Apa yang aku perasan masa awal bulan 9 hari tu memang panas terik sangat. Malahan bila balik pukul 4.30 petang pun,  cahaya matahari masih panas membahang sampaikan bila keluar je kena cepat-cepat cari spek hitam. Ini disebabkan terlalu terik cuaca masa tu.  Bila cuaca panas ia akan menjadi pemangkin lah bagi bunga Tecoma untuk berkembang mekar. Area highway presint 8 banyak pokok tecoma ditanam jadi memang cantik lah. Kat highway tak dan nak ambil gambarnya semasa tengah drive, jadi boleh tenguk jalah di pinggiran highway. Bila dah gugur....wah lagi cantik hamparan warna bunga merah dan warna putih.

 Rasa macam nak cadangkan pada Perbadanan Putrajaya  supaya banyakkan tanam pokok Tecoma ni sepanjang jalan highway di Putrajaya. Selang-selikan warna putih dan warna pink..... hah bila pokok yang sama ditanam sejajar tepi highway bila banyak yang berkembang..memang cantiklah.. kita tak payah pergi korea dan Jepun lah untuk tenguk bunga sakura berkembang.

Lepas tu dalam FB ada nampak orang upload video yang diambil melalui dron, pemandangan dari atas sekeliling Putrajaya. wah memang cantik lah merata-rata bunga Tecoma berkembang.

Sekarang ni bunga dah banyak yang gugur...tinggal saki-baki yang ada di atas pokok...minggu lepas yang banyak berkembang.  Tempuh bunga berkembang pun tak lama,  dalam 2 minggu je habislah bunga-bunga berguguran.


Bunga pohon tecoma atau nama saintifiknya tabebuia rosea kebia­saannya berkembang mekar sekitar Mac saban tahun kerana sifatnya yang memerlukan cuaca panas dan kering untuk meng­galakkan proses pendebungaan.



8 comments:

  1. Replies
    1. Kalau banyak banyak pokoknya mesti lagi cantik kan

      Delete
  2. TECOMA BERBUNGA PENUH POKOK MMG CNTIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak dah rasa macam pi korea dengan jepun ja.

      Delete
  3. Kat Perlis meriah bunga Tekoma ni berbunga dalam bulan Mac-April gitu. Hati pun berbunga-bunga melihatnya :)

    Follower #74

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah utara lagi lah meriah. Pernah outstation area Alor setar dan masa tu tengah musim tekoma.....wah memang cantik merata-rata bunga berkembang. mata yang menenguk pun bling bling hati lagi lah berbunga-bunga. hehehehe. Selamat datang dan terima kasih singgah.

      Delete