Monday, October 8, 2018

Floria 2018




Assalamualaikum,

Ala......konon nak up n3 ni  selepas sakan cuti raya Aidil Adha seminggu. Tapi naik kerja je banyak kerja yang lebih penting jadi sampai lah Floria dah habis  baru nak up cerita. Tapi macam biasa bukannya ada cerita menarik pun aku nak chelotehkan...tapi macam biasa tepek gambor..... hehehehe geram tenguk bunga mekar. Tu pun tak keliling semua tempat tau.

Kisahnya begini. Kak jal dok excited bila dengar Floria nak start pada 25hb Ogos sampai 2 Sept,  jadi masa berkumpul raya haji tu kecoh lah nak pi Putrajaya tenguk bunga.  Kesiankan Kak Limah setelah Abang Selamat meninggal,  macam tak sihat ja dan sedih ...jadi kita orang pun dok pujuk Kak limah pi Putrajaya.  Jadi agenda kita orang pun terus lah penuh sehingga sampai Putrajaya. hehehehe. Sesekali gembirakan akak sendiri apa lah salahnya.  Biarlah kita susah asalkan hati akak kita gembira. Bila tenguk Kak limah, kadang kesian ialah bertahun bersama berdua, akhirnya tinggal seorang. Kalau cerita sikit nanti Kak Limah nangis....jadi fahamlah kan. Tu yang anak-anaknya Meri dan Meria dok bawa Kak Limah ke sana sini. Sekejap dengar dah kat Batu Pahat. Sekejap dengar Meria balik temankan. 


Mula-mula plan bawa Kak Jal dan Kak Limah sekali ke Putrajaya, lepas tu nanti hari Isninnya Kak Ambah hantarkan balik Muar. Sekali bila lebih muatan kereta Kak Ambah bunyi-bunyi pulaknya.....waduh apa-apaan ni buk....perjalanannya masih jauh dong.....hah sudah.   Masuk Putrajaya pula Kak Jal tak pandai sangat jalannya kalau bawa kereta dia. Last choice terpaksa tukar stereng. Tukar kereta Kak jal, semua pun boleh angkut, barang lebih muatan pun takpe....tapi hah ada tapinya....aku tak expert bawa kereta Auto.....huhuhu padahal kereta Auto lah yang paling senang. Aku biasa bawa jenis manual....huhuhuhu apa da..... yang paling susah juga yang aku suka bawa....padahal auto tu lah paling senang bila area KL. huhuhuhuhu.

Akhirnya....Kak Jal bawa separuh jalan...kat Seremban tukar pilot. Jadi tak sampai Seremban, masuk Air Keroh ja aku terus request tukar stereng. Jadi bermula lah misi bawa kereta Auto masuk Putrajaya. hahahahaha.  Tang pecut sedap je lah tapi bila jalan slow dan berhenti huh tersentak-sentak juga lah sebab aku tak pandai adjust minyak dengan brek. Sampaikan masuk Toll Kajang kat Touch n Go aku kena hon kereta belakang sebab tiba-tiba terhenti masa nak  swipe kad. huhuhu ampun ya....nasib kereta plet Johor....tau lah orang kampung masuk bando.   

Petang tu buat lintas langsung je depan Floria nak bagi tunjuk kat akak - akak aku tempat tersebut. Rupanya pembukaan petang Sabtu tu. Cuaca panas berdenting masa tu. Masa lintas langsung depan Floria tu nampaklah banyak abe-abe polis...maklumlah pembukaan kan banyak orang VIP. Jadi kita pergi malam lah ya. Mungkin sejuk sikit dengan cahaya lampu tentu cantik.

Tapi bila dah sampai rumah julie, semua sudah kepenatan. Tuan rumah pulak pergi jemputan kahwin kawannya. Jadi kita lepak lah dulu ya. Makan tengahari dengan bekal yang di bawa dari kampung, lepas tu semua pun zzzzzzzzzz terbongkang kepenatan. Maklumlah semuanya dah berusia.  

Julie dah belikan tiket masuk online. Kalau beli kat kaunter dengan ramai orang lagi tiada diskaun kecuali warga emas. Tapi bila sampai malam, kak jal dan anak beranak dia ja yang pergi. Kak limah mula demam dan tak sihat. So agenda tenguk bunga di tukar kepada esok hari.  Kesian Kak limah, penat agaknya.

Alhamdulillah setelah makan ubat dan tidur , demam Kak limah kebah. Apa lagi bila nak jumpa anak dan cucunya yang ada kat KL. Alang-alang dah sampai Floria , kita orang masuk juga. Kak Ambah malas nak masuk jadi tunggu kat rumah. 


Ok kita layan gambar bunge-bunge ya. Bila tenguk bunge berkembang hati pun menjadi munge-munge juga. hehehehehe




Kak Limah dan Kak jal posing. Mural ni tiap tahun tetap berdiri kukuh.  




Bunga ros kembang mekar....geram je tenguk. 






Terjumpa satu booth menjual tempat menanam bunga atau sayuran telah tersedia air emm apa nama dia ya.... lupa aku tapi senang. Ni bagi orang  yang suka tanam pokok tapi selalu pi travelling, yang selalu tak lekat kat rumah, outstation ja memanjang hah bagus sebab tak risau pokok tak bersiram ke apa ke. Kalau tanam sayur , balik-balik dah ada sayur .......tinggal untuk di petik buat masak. hehehehe mudah kan.

Hah atas tanam pokok kangkung, bawah tanam pokok bunga.....fuh memang terapi minda sungguh ni setelah penat keluar mencari rezeki.



     Ada banyak jenis set, ada yang kecil ada yang besar. Kalau yang kecil, kecillah duitnya kalau besar, besarlah duitnya. Tepuk poket tanya duit. hehehehe





                                                   Orkid ni memang cantik sungguh.


        Ada juga jual baja dan anak pokok. Aku tenguk buah cili aduhaiiii besar dan banyak. Geram je. Terjebak le beli baja untuk pokok hidup subur dan berbuah besar.


               Besar-besar ladanya dan cantik-cantik. Sekali petik boleh masak macam-macam ni.



Bunga kekwa ni dari dulu hingga kini mesti ada. Bila dia susun banyak-banyak dan macam-macam jenis jadi cantik pulaknya.






       Teh bunga.....ni kalau dah habis Floria ni kalau petik semua dan keringkan boleh buah air teh bunga kan.


                Ala kak jal dan Ka Limah ni posing pun macam hendak tak hendak je. Penat berjalan kut.


















     Suka tenguk model rumah kampung ni. berukir-ukir. Kat sini jenuh nak ambil gambar, orang keluar masuk bersilih ganti.


        Ada juga acara menganyam ketupat eh bukan menganyam tikar. Berwarna warni ko...




                               Aku suka tenguk gazebo ni. kalau lah boleh letak kat kampung syioknya.


                    Dia bertingkat kat tengah ada bangku dan boleh bersila keliling bangku tu. Kalau adik beradik aku duduk huh penuh gazebo tu. hehehehe





           Deko sepanjang jalan ni yang paling aku suka time payung. Yang ni tak berapa gempak sangat.

     Floria kali ini aku tenguk macam tak berapa besar sangat dan tak best walaupun katanya dah berumur 10 tahun. Banyak kawasan yang selalunya penuh deko dan company yang ambil bahagian tak banyak. Tu yang bila tenguk kak limah keliling sikit je dan terus ke kedai jualan....aku pun pusing sikit dan terus cari mereka kat kedai jualan.



                    Kedai orkid.... geram je kalau lalu kat kedai orkid ni sebab asyik berbunga lebat ja.




  Selesai di kedai jualan, sambar pokok bidara sepokok bila tenguk Kak Nora kirim julie belikan sepokok. Pokok tu di tut dengan pokok bidara siam katanya. Jadi buah dia macam besar sikit. Huh kalau jadi tumbuh besar nanti mesti best.

  Acara melayan Floria tak sampai beberapa jam sebab kesiankan Kak Limah yang tak larat nak berjalan banyak tempat, dan juga macam tak best ja deko Floria kali ini. Apa pun kita tunggu 2 tahun lagi lah. Tapi sesekali cuci mata tenguk bunga rasa best lah. Apa lagi kalau hamparan bunga berkembang mekar.



20 comments:

  1. menarik..belum pernah ke Floria...buah bidara pernah makan sekali..sedap jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali pergilah...tapi kalau tak minat bunga emmm tak tahulah mungkin tak menarik. Tapi dia best kalau tenguk lanskap yang dibuat di tepi-tepi dekat tasik tu dengan panorama putrajaya sesekali nampak cantik pulak.

      Delete
  2. Seronoknya jalan-jalan sambil tengok bunga dan sayur hidup segar bugar....memang terapi mata sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah orang perempuan...munge-munge di mata dan di hati. hehehehe

      Delete
  3. setiap kali dibuat, tak pernah terdetik nak ke sini.
    macam teringin lah gak. tapi takut lutut tak tahan lelama jalan tu.
    cantik2 nya bunta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjalan memang tak tahan tapi sebab suka munge-munge berkembang, hah redah lah juga. Akak-akak saya peminat bunge tu yang seronok bila pergi ramai-ramai.

      Delete
  4. chantek bungaan floria tu kannns

    ReplyDelete
  5. saya biasa pergi waktu malam, tengok bunga api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi waktu malam sejuk sikit tapi rasa macam tak nampak bunga...haah bunga api cantik waktu malam

      Delete
  6. Cantiknya bunga... Sejuk mata memandang...

    ReplyDelete
  7. Rumah saya dekat je dengan Putrajaya ni tapi tak pernah sampai langsung event ni. Teringin juga nak pegi sbb deko yg bentuk hati tu lebih kurang sama dengan dekat California. InshaAllah next time punya Floria saya heret semua skali pegi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa le selalunya orang yang dekat tak tahu tapi orang yang jauh tahu dulu dan sampai dulu.

      Delete
  8. Saya peminat bunga tapi belum pernah ke floria ni walaupun orang cerita meriah. Kirim salam kat Kak Limah tu ye. Pesan dia jangan sedih2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hish hish rugi tak pergi bukannya senang nak deko bunga keliling taman kat Floria tu. Insya Allah akak sampaikan salam.

      Delete
  9. JM pun pergi tau tapi pergi waktu malam...lampu-lampu lagi lawo huihihih...tapi siang pun lawa gak..bunga sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam pun lawa sebab byk lampu tapi bunga tak nmpk

      Delete
  10. dok scroll byk kali cari gambar kak Notie bersama bunga..x dop hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni macam tak menarik jadi takdele posing sangat lagi pun sekejap ja

      Delete