Thursday, February 14, 2019

Jeju 2018 - Hari ke 3 Bhg 5 (tempat daun warna warni)








Assalamualaikum,

  Setelah kecewa sebab kat mount Halasan daun dah gugur awal, entah mana wawa bawa kami semua. Masing-masing macam kecewa ja dan senyap semuanya. Tapi bila sampai kawasan ni semua mula wah wah wah. Wawa pun senyum je sebab bila pusing warna merah bila pusing warna kuning. Semua pun wawawawa. Dalam van mula semua kecuh sebab melihat pemandangan cantik daun warna warni. 




               Jadi seronok pula bila tenguk masih ada daun-daun merah.



   Lepas tu wawa masuk satu jalan. Jalan tu kecil je muat untuk 1 kenderaan. Tapi rasanya macam tempat pelancong juga sebab banyak juga kenderaan yang ikut kami masuk jalan tersebut. Dah rasa ngeri sebab jalan kecil dengan van besar gabak.

Mula-mula ok je perjalanan sebab bila berselisih dengan kenderaan yang keluar, wawa boleh lagi himpit ke tepi. Tapi bila nak sampai tempat yang wawa nak bawa tu mula lah kami nampak banyak kereta park tepi jalan. Wah macam mana nak masuk ni.

Lepas tu ada pulak satu driver yang gaya samseng, nak potong van kita orang padahal wawa berhenti ke tepi sebab nak bagi laluan 1 kereta nak keluar dari depan kita orang. Yang kereta belakang van,  punya bangang dia pulak nak potong hah memang tersepit le. Ke depan tak boleh, ke belakang pulak banyak kereta dah berderet. Menjerit-jerit kita orang dalam van sebab  jalan dah sempit dengan kereta kiri kanan parking hah memang geram lah kereta yang nak potong van kita orang ni. Akhirnya dia mengalah terpaksa mengundur ke belakang bagi kereta tu keluar.  Nasib baik tempat yang kita nak pergi tu dah tak jauh. Bila jadi adegan gempak macam tu barulah 1 van semua bersuara. hehehehe. Ada hikmahnya juga adegan pemandu samseng tu.

Rupanya ada satu lokasi yang ada pokok warna warni dengan daun merah dan kuning.  Memang cantik lah. Bila sampai je semua pun wawawawa panjang dan cepat-cepat turun. Dah tak sabar melihat daun merah kuning.







Ni lah kawasan yang masih banyak lagi pokok daun warna merah dan kuning.

 Orang korea pun ramai yang datang. Lupa pulak nak tanya wawa...tempat ini apa namanya. Sebab tak termasuk dalam itinary namanya. 

                                      Tenguk tu pokok daun merah....cantik warnanya


                                         Si Anne sedang posing dibawah daun merah.



                                                    Macam-macam gaya





                                              Masih ada juga pokok yang berwarna warni.


 Sebelah tempat yang kami park van ini ada lagi satu jalan ke bawah dimana ada pokok2 yang berwarna-warni. Jadi ikut lah wawa jalan slow-slow jalan tersebut.






       Jalan tu sebenarnya jauh juga ke bawah tapi aku jalan separuh ja. Tak tahu ada apa hujungnya. dah menurun kita mendaki balik semula lah.









Jalan sikit je lepas tu balik semula tempat asal. Sebab sunyi dan orang tak ramai melalui jalan ni.


 Wawa berposing dengan daun merah. Daun ni menjadi pujaan hati sebab warnanya yang merah mak ngah.



                                              Cantik pulak gaya wawa pose dalam daun merah ni.



                                         Lepas tu group bergambar beramai-ramai.

                                                      Macam-macam gaya posing.








      Dah puas posing dengan daun warna warni, semua dah puas hati jomlah kita pulang. Sebelum masuk van bergambar bersama Dr Yasmin yang sweet terlebih gula.

14 comments:

  1. Memang kena tabah memandu di Jeju . Diorang banyak kereta besar-besar. Cantiknya daun warna-warni. Masa saya ke Jepun dulu pun tak berkesempatan dapat warna ceria macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu tenguk samseng jalanan dalam tv je bila kena macam ni...seriau. Dah le tepi tebing, silap haribulan jatuh gaung huhuhu di jauhkan lah.

      Delete
  2. x dpt tgk daun warna warni semua senyap je ek hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah dah datang jauh-jauh nak tenguk daun warna -warni mestilah keciwa kalau tak dapat posing buat kenangan. Bukannya kat malaysia ado.

      Delete
  3. kih kih kih..pemdau kereta tu nak terberak kot..tu x menyabo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dia tak menyabo nak terberak bukannya ada tandas dalam hutan tu. Jalan sempit lagi nak merempit pulak adohaiii

      Delete
  4. subhanallah cantiknya pokok pokok ni mcm kat Nami Island..comel nya pic kak Nottie dan pokok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Nami pun cantik kan kalau musim autumn. Huhuhu nah 2,000 won buat beli aiskrim hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. Haah kumbang memang tak suka daun merah kuning ni sebab tu banyak je bunga yang menyeri. hehehehe. Group lagi satu pun akak tenguk kumbang pun sorang je.

      Delete
  6. Baju biru... Daun kuning merah... wahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biru tu menaikkan seri bila menyorok dibalik warna merah.

      Delete
  7. Replies
    1. Tak puas rasanya melihat daun merah kuning.

      Delete