Friday, June 26, 2020

PKPP - Kita jadi Frontliners



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Alhamdulillah sekarang kita sedang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) .  Dan sekarang setelah frontliners yang menjaga kita sepanjang tempuh PKP dan kini tiba masanya kita pula yang menjadi Frontliners.  Setelah masuk fasa yang ke 4 masing-masing terpaksa mengamalkan kehidupan dengan norma baru. Walau bagaimana pun terima kasih juga pada semua rakyat Malaysia yang bersama-sama Kerajaan Malaysia dan pihak  KKM berjuang menentang virus tersebut.


TERIMA KASIH
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menjadikan kita mencapai angka 1 digit kes Covid19 kerana mengamalkan kebiasaan baru (new norms).
Terima kasih juga kepada semua frontliners, terutama petugas kesihatan di hospital dan juga klinik kesihatan awam yang pantas bertindak dalam menanggani pesakit Covid19” ujar YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba dalam siaran Selamat Pagi Malaysia di TV1 , pada hari ke-100 tempoh PKP.
Genap 100 hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP sejak ianya mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 yang lepas.
Kini pada 25 Jun 2020, selepas 100 hari, kedudukan Malaysia sekarang telah jatuh di tempat ke-70 dunia, berbanding pada tangga ke-18 dunia kes Covid19 paling tinggi ketika mula-mula Dr Adham Baba mengangkat sumpah sebagai Menteri pada 10 Mac lalu. Turun 52 anak tangga.
Sumber KKM FB


Apa pun sebagai warga KKM aku turut berbangga dengan kerjasama semua kita dapat menurunkan kes sehingga 1 digit. Sekarang target kita adalah zero kes selama  28 hari supaya dapat di isytiharkan sebagai zone hijau. Agak-agak kita boleh tak mencapai target tersebut. Apa pun MALAYSIA BOLEH. 


Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
• Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
• Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

o Elak bersalaman / bersentuhan;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan
yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:
• S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
• O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
• P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.



Malaysia telah tersenarai sebagai salah sebuah negara “winning” country beating covid-19 bersama sama Australia, New Zealand, Ireland, Thailand (47 negara )

Kegiatan ekonomi telah dimulakan, aktiviti sosial masyarakat telah dibenarkan, anak anak telah kembali ke sekolah dan rumah ibadat juga telah dibuka.
Sementara itu, negara Indonesia, Filipina, Singapura, India, saudi, US, UK (69 negara) masih lagi bergelut untuk menurunkan bilangan kes harian.
.
Hargai kejayaan ini. Jaga jarak sosial. Jangan sia siakan usaha frontliners. Terima kasih juga pada pertahanan negara yang mengawal sempadan dari dibolosi pendatang.

Sumber Public Health Malaysia


Kalau tenguk pada graf ni kita dah dapat tenguk kes baru semakin sikit demi sedikit dan yang telah discharge pun dah banyak yang sembuh dan keluar daripada hospital.  Semuga seterusnya kosong kes baru dan akhirnya Malaysia di istiharkan bebas daripada virus Covid 19. Mudahan Allah makbulkan doa kita. Aamiin.


Sumber CPRC KKM

Apa pun kita jaga diri kita , kita jaga keluarga kita,  kita jaga negara kita. Syabas rakyat Malaysia. 

16 comments:

  1. FRONTLINER BERKORBAN TENAGA DAN NYAWA DEMI KEMASYHLAHATAN NEGARA MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19 JASA YG TIDAK TERNILAI HARGANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kita pula jadi frontliners...apa pun syabas pada semua.

      Delete
  2. aamiin..Ya Allah Ya Mujib...#kitajagakita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga Allah memperkenankan doa kita semua.

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    Pada 18 Mac 2020 PKP bermula, rasa cemas dan berdebar-debar menanti hasilnya. Syukur, hari ini kita sudah melihat kesan positif di negara kita. Cuma perlu bersabar sedikit dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa situasi kes naik mendadak rasa takut juga. Apa lagi benda yang kita hadapi tidak nampak di mata tapi ianya ada dimana-mana. Tapi setelah beberapa Fasa PKP alhamdulillah kita telah dapat perangi penyakit tersebut. Semuga kuman Covid 19 nyah di bumi malaysia serta dunia. Aamiin

      Delete
  4. Memang frontliner kita yang paling best.. Kita kena bersyukur untuk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang memainkan peranan masing-masing. Jadi syabas pada semua tidak kira frontliners, kerajaan Malaysia, KKm serta rakyat Malaysia yang patuh pada perintah kerajaan bila PKP dilaksanakan.

      Delete
  5. Good job Malaysia, disini masih tidak stabil peningkatan disaat new normal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih abasozora. Semuga Negara Indonesia juga dapat melawan penyakit tersebut. Sama-sama kita berdoa semuga terhapusnya kuman covid 19 ini. Aamiin

      Delete
  6. Aamiin..semoga kita terus kan hidup dengan normal baharu.
    Sama2 kita jaga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bonda doanya. Sama-sama lah kita menjaga diri masing-masing serta keluarga.

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih wak. Semuga Allah memakbulkan doa kita semua.

      Delete
  8. Go go frontliner. Usahamu sangat dihargai.

    ReplyDelete
  9. Hai semua

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
    Saya tidak di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.

    Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

    Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai syarat dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka mampu dimiliki dan cepat dilunaskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
    Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.

    Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
    Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.

    Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

    NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
    EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
    Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
    E-mel Saya: fradesyriritia12@gmail.com

    ReplyDelete