Sunday, October 10, 2021

Dah boleh rentas Negeri....Jom Balik Kampung

 



Asslamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya rakyat Malaysia mencapai 90 peratus yang telah di vaksin...dan semalam PM telah umumkan boleh rentas negeri dan negara....hah apa lagi dah boleh rentas negeri kan. Boleh lah kita balik kampung.... dah rasa macam nak raya lah pulak.



Semalam PM telah umumkan bermula pada hari ini iaitu 11hb Oktober 2020 boleh lah rakyat Malaysia merentas negeri dan juga merentas Negara. Syukur akhirnya boleh balik kampung. Hah apa tunggu lagi. Ni pun aku dah nak apply cuti nak balik kampung. Yeh yeh yeh nak balik kampung. 

Tapi sebenornya kita orang balik minggu depan sebab takut bila bukak sempadan negeri je semua menderu balik kampung. Mesti jalan jem dan orang ramai....jadi kita bagi peluang lah dulu atok-atok dapat jumpa cucu masing-masing. nanti dah seminggu mungkin dah kurang sikit hah baru lah kami balik. Masing-masing dah tak sabor sebenarnya.


Tapi jangan lupa SOP ya. Kita ni dah dalam norma baru....kena ikut SOP...jangan lupa pakai mask jangan lupa penjarakan fizikal.. hah apa lagi jangan lupa cuci tangan. Sebenornya takut juga ni nak balik kampung....bukan apa takut bawa virus...tapi apa pun kita ikut SOP semuga Allah lindungi kami adik beradik, anak saudara, cucu saudara dan semua rakyat Malaysia yang balik kampung di jauhi dari di jangkiti Covid 19 ni. Aamiin.

Yeh yeh balik kampung ooooo balik kampung

Eh rentas negara nanti lah dulu apa-apa hal nak balik kampung dulu.....yeh yeh balik kampung balik kampung....Jom nyanyi ramai-ramai.


18 comments:

  1. seronoknya dapat balik kampung kan lama xjumpa depa semua asyik google meet ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu sis selalu call tak berdepan. Dengar suara je nampak gambar je, tapi tu lah kena hati-hati juga kena jaga SOP juga. Semuga semuanya Allah lindungi hendakNYA. Aamiin

      Delete
  2. kami br blk dr kg sbb jenguk ayah kluar wad. bila PM umum blh rentas negeri rs nk blk lg ke kg tu.hahaha. i tggu bln 11 bu nk blk. jgn plak pkp semula ye..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuga ayah Hanni cepat sembuh. Tenguk anak-anak dapat balik hati orang tua mesti gembirakan. Mudahan bulan 11 tiada kenaikan jangkitan. AAmiin. Kesian nanti semua kena kurung lagi.

      Delete
  3. Setiap kali SS nak jumpa JM or balik kg pon… SS suruh memasing buat swap test dulu… ada gejala memang x jumpa… rtk test 19 henget jek pon kan… baru lah kurang skit was was… yang paling penting nak ke mana mana dah check in cepat2 lah check out… sebab skrg banyak kes lupa check out dlm my sejahtera terus dpt title contact kasual… x masal 10 hari x boleh ke mana 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan manjang je lupa nak check out. Tapi bila ss bagitahu emm kena ingat selalu lah. Kang tak masal je my sejahtera naik warna lain. Dah tak leh kemana-mana

      Delete
  4. Betul berita gembira, nak terjah tapi menyabarkan diri juga sebab risau di tempat awam macam RNR, ramaikan, kecemasaan nak guna, beratur di luar atau dalam tu risau juga. Apapun moga kita dilindungi Allah swt. Aameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kadang rasa excited sangat tapi lepas tu risau takut keluarga terdekat di jangkiti. apa -apa pun kita doa lah Semuga Allah lindungi kita semua dari Kuman Covid 19. Aamiin

      Delete
  5. Selamat pulang ke kampung kak. Saya pun tunggu dulu. Banyak urusan pulak bulan ni. Yang penting jaga SOP ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahkak balik lepas cuti maulud nabi nanti. Sekarang ni sabor dulu bagi can orang lain balik kampung dulu

      Delete
  6. Seronoknya..dah boleh travel..tapi kerja tengah banyak..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tak sabor nak balik kampung. Tapi risau pun ada juga jadi kita jaga-jaga walau dimana kita berada. Semuga kuman semakin terhakis dari muka bumi Malaysia. Aamiin

      Delete
  7. Alhamdulillah.. Tumpang gembira pada yang boleh pulang ke kampung..
    Sha pun akan travel ke Melaka berjumpa abang sulung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah dekat muo tu lajak le kat muo pi tanjung Mas macam-macam ado. Jom jom pi muo

      Delete
  8. Lamanya tak balik kampung. Lebih 2 tahun tak cium tangan Bonda!
    Notie doakan saya dapat balik kampung ye... rindu serindu-rindunya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah mudahan tahun ini juga Amie dapat jumpa Bonda. Bonda pun mesti dah rindu anak-anak dia yang jauh di mata tapi dekat di hati. Ya Allah mudahan amie dapat bertemu bonda dan keluarga serta anak di semenanjung. Aamiin

      Delete
  9. terus terngiang-ngiang lagu Sudirman "Balik Kampung"....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe...radio pun putarkan lagu balik kampung rasa macam balik raya je.

      Delete