Sunday, June 19, 2022

Jamuan Perpisahan Buat Sahabat yang Bersara


 Assalamualaikum,

Jumaat minggu  lepas kita orang geng Rekod Perubatan buat lunch special kat Bora Ombak Putrajaya meraikan Kak Adah yang akan bersara bulan ni. Ikutkan dia pencen bulan 8 tapi ambil awal habiskan cuti yang banyak tu. Jadi orang bersara bukan selalu kan jadi kami pun meraikannya di luar pejabat.

Semua sepakat lunch kat Bora Ombak. Selain daripada itu kita orang buat juga tukar-tukar hadiah. Ala buat suka-suka. Semua pun suka sebab tak pernah buat dan ini adalah pertama kali Unit Rekod Perubatan buat majlis macam ni.

Hari kejadian kami minta izin dengan TP nak keluar awal lunch. Apa lagi lepas lunch ada geng lelaki yang nak pergi solat. Jadi apa lagi dapat izin je hah meh le kita kuar pi lunch.



Aku ni dok le kerja kat putrajaya tapi Bora Ombak pun tak pernah jejak. Yang aku pernah jejak kat Marina Bay sebelahnya masa Kak Zaharah buat majlis kahwin anaknya yang sulong. Bila Mekza yang sama macam aku tak tau tempat hah memang menjajau le nak pi. Nasib baik ada ani yang jadi waze kita orang. Geng belakang yang rekod perubatan  naik kereta Mekza jadi memang le haru biru dalamnya. hehehehe

Tempat dia best tepi tasik....emmm memang mendamaikan.


Ni kat dalam. cantik deko dia. 




Kawasan tempat makan dia luas juga lah. Masa ni belum ramai orang yang datang makan.
  


Hahaha kita orang book 3 meja kat kawasan luar. Ambil meja letakkan hadiah masing-masing dengan no masing-masing di lekatkan atas hadiah.



       Cantik susunan kek comel dia. Tapi aku pun tak ambil sebab dah kenyang makan yang lain.


 Ada ayam panggang dengan 2 rasa iaitu percik dengan black peper.  Ada spageti pun 2 jenis.

Aku ambil kedua-dua jenis spageti serta ayam panggang dengan kedua-dua sos.  Lepas tu tambah dengan sayur ulam-ulaman. Lepas tu nampak soto emmm memang kena cuba le. Yang nasi serta lauk pauk dia member kata sedap. Entah kenapa aku tak rasa sebab dah kenyang melantak western le katakan lepas tu soto lagi.  Hah ayat melantak nampak sangat le aku ni buruk makan kan...hehehe ayat je yang sadis tapi kalau dah kenyang takkan le nak makan lagi sampai perut pecah sebab dah bayar mahal-mahal.....ajeeeeee.


  
          Hah ni sederet 3 meja tempat kita orang. BackGround belakang tu cantik.


 Oleh kerana hari sabtu adalah birthday En Azman dan Pn Nurul kita orang sambut advance le. Mereka sama tarikh cuma lain tahun. Pn Nurul setahun lebih tua dari Encik Azman. 


Semua hepey kenyang perut suka hati.


    Hadiah yang aku punya dapat oleh Pn Nurul. hah malas nak bungkus aku bawa je kotak moptu yang aku  beli kat Go Shop. Bior boss 44 aku rajin mengemop rumah. Askar dia ramai boleh le. hehehe


Aku pulak dapat hadiah dari En Rosli. Selimut dengan beg yang sesuai untuk aku pi travel. En Rusli pun sama letak dalam beg je tak yah nak balut-balut. hehehehe Ada member nak serprise tapi aku hah aku tayang sapa nak hadiah aku. Ramai juga yang nak tapi rezeki Pn Nurul yang dapat.


Tapi yang  Irah (tudung biru) dapat walaupun bendanya kecil tapi gold coin ko 2 gram harga hampir Rm 500 tu. Perghhh rezeki Irah dapat hadiah dari Kak Adah. 

 

Bila dah selesai bertukar-tukar hadiah.....Kak adah dengan murah hatinya beri hadiah pada Pn Nurul. Hah tenguk tu sampai terbeliak mata Pn Nurul dapat cincin emas. hahahahaha


      Encik Azman pun dapat juga gold coin....lupa nak tanya en Azman berapa gram dia dapat . hah sampai terpejam-pejam mata tu dapat hadiah gold coin. Untungnya lah depa dapat cincin emas dengan gold coin. Murah hati sungguh kak Adah. 



Akhirnya sebelum balik sebab orang lelaki nak pi solat  kami bergambar beramai-ramai .

Berakhirlah majlis meraikan Kak Adah yang akan menjadi YB (Yang Bersara) Alahaiiii sedih juga aku bila kak Adah pencen. Berkurang le rakan rekod perubatan yang seorang demi seorang mula menjadi YB. Aku pun dah rasa nak pencen je tapi teringat hutang tak habis bayar lagi huhuhu nangis le tepi bucu katil. eh  

Selamat bersara Kak Adah. Semuga Allah berikan kesihatan yang baik dan sejahtera hendaknya. Eh lupa pulak nak bergambar berdua dengan Kak Adah. Aiseymen 

7 comments:

  1. SELAMAT BERSARA PN ADAH MERIAH MAJLISNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih sis. Alhamdulillah kecil je majlisnya

      Delete
  2. Selamat bersara Puan Adah.
    Tentu rakan -rakan sekerja akan merinduinya.
    Hahaaaa... Notie, saya pun nak habiskan bayar hutang dulu barulah sibuk nak urus pencen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah sebab selalu bergaduh pasal kerja ala bukan bergaduh apa selalu berdebat pasal kerja jadi mesti rindu. Haah amie kalau ikut hati memang nak pencen awal tapi bila teringat hutang mengunung emm mudahan Allah mewahkan rezeki dapat langsaikan sebelum pencen.

      Delete
  3. Dah bersara takut rindu nak kerja pulak nanti. Bagus la tak balut hadiah sebab pembalut nanti buang jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang perempuan selalunya nak cepat pencen dibandingkan dengan orang lelaki. Tu yang laju je mohon pencen awal. Senang sal. Nak kena beli pembungkus lagi lepas tu bila dapat kena koyak jadi jimat duit beli pembungkus tak yah balut. hehehehe

      Delete
  4. Alhamdulillah.. seronok majlis macam ni.. Meraikan dan menghargai..
    Selamat bersara buat Pn. Adah..

    ReplyDelete