Friday, July 15, 2022

Hari Raya Aidil Adha dan Korban 2 ekor Lembu

 


Assalamualaikum,

Hari Raya Aidil Adha baru ni kita orang pakat adik beradik buat korban lagi. Tapi kali ni yang seekor tu dah cukup korum. Ingatkan seekor je rupanya 2. Yang ke 2 ni last minit punya plan. Jaki rupanya dapat keluarkan EPF dia. Jadi entah sapa lah yang cucuk supaya belanja buat korban adik beradik termasuk maknya Kak ijah. Maknanya 4 orang adik beradik campur emaknya, isteri dan anaknya. Hah cukup 7 bahagian.


Beberapa minggu sebelum raya haji pergilah Kak nong dengan adik tenguk lembu yang nak di korban.

Hah ni le lembu yang nak di korban kan. Besarkan. Siap ada bonggol dah macam unta. Tapi unta bonggol 2.


      Akhirnya tumbang lah dia. Tapi oleh kerana sembelih daging korban lambat dibuat sebab Orang lelaki solat Raya dulu jadi kami yang kat Bakri menunggu lama juga.


Kawasan nak melapah daging korban hari Sabtu lagi Adek dah siapkan. Siap buat khemah dan bersihkan bahagian belakang dapur. Awning belakang dapur yang kena hempap pokok dulu kami dah repair. Dah cantik dah belakangnya. 


Sementara menunggu lembu korban sampai sempat lah cari buah rambutan. Ada sepokok yang masak tapi tu pun buah macam tak elok sangat. Buah banyak belah ke jalan raya.


Hah sebahagian buah nun diatas tu.


Pulasan ada juga tapi tak banyak. Habis kena kerowak oleh monyet. Rambutan Gading pun habis di kerjakan. Rambutan pun yang banyak tinggal sepokok je yang lain tak berbuah sangat. 


Oleh kerana buah yang banyak hala ke jalanraya jadi Ijan manjat dan tutuh bahagian atas yang banyak buahnya. Tebang dahan pokok yang berbuah. 

 

Dapat le 3 karung hitam buah rambutan. Jadi lah ada juga rezeki anak cucu cicit Hajah Saifah merasanya.


Kak Ijah makan rambutan sambil menyembang dengan Kak Nong dan Bang Berahim.



Hah dengan panas terik suka le budak-budaknya. Petik buah-buah je masuk karung hitam. Yang dahan-dahannya campak kat sebelah tu. Dah kering boleh bakar.


Adek ada bawa kolam kecil apa lagi bila di pasang je anak Yazed dah tak keruan nak mandi kolam. Belum sempat pasang khemah dah terjun dalam kolam.  


Yang kat belakang pulak Julie dengan Jol sapu sampah dan bersihkan kawasan berhampiran supaya nyamuknya lari. Pokok Jambu Gelas banyak buahnya tapi masih muda lagi. Tu yang jatuh melacak atas tanah sebab bila hujan je dia jatuh walaupun belum masak. Kalau betul-betul masak dan buahnya besar memang sedap buat jeruk atau cecah dengan gula dengan kicap.  

Hah tenguk le tu tak menyabo. Air belum penuh di isi dah menari-nari dalam kolam. Sambil menunggu air penuh tu sempat lagi terbuang air besar dalamnya. Huh habis le air yang belum penuh dah kena buang dek kerana dah kotor. Adududu cucu saudara aku macam-macam peel. Yang ni dengan abangnya kalau bercakap emm speaking aje. Lawan dengan cucu Brunei kak Jal. Dapat balik Malaysia seronok. Atuknya le yang rindu dah 2 tahun tak dapat jumpa anak dan cucu. Anak Kak Jal semuanya balik begitu juga Anak Kak Limah semuanya balik Muar. Tahun ni raya Haji rasanya lebih ramai dari masa Raya Aidil Fitri hari tu. 



Akhirnya lori mengangkut lembu korban pun sampai.


Sampai pakai kereta sorong nak mengangkut ke belakang. Ada tiang kayu untuk sangkut lembu supaya senang melapah dagingnya.



Jol tutup mata lembu takut ada yang kena sawan lembu. 





Limpa, jantung, hati hah apa lagi ye. 


Kerjakan satu bahagian dahulu. Yang satu ekor lagi belah sini belum usik pun. Yang pertama dapat dalam 85 kilo. 


Bertungkus lumus melapah daging. Ni yang trip pertama. Kali ke 2 Jaki panggil kawan-kawannya minta tolong. Sebab yang ke 2 dagingnya lagi besar. 

Azizi suami wani tukang timbang sekilo. Anak dia tukang masuk dalam plastik masuk dalam besen. 

Ada yang melapah ada yang memotong ada yang potong tulang.







Yang pit ambil tulang. Yang si Yeye pulak standby masak sup. Pakai preasure cooker masak daging cepat je lembut. Lepas tu masuk dalam periuk. Hah ko sebesar periuk masak tulang daging. 



Anak cucu cicit tolong menolong mengerjakan daging korban. Seronok pulak bila dah kumpul ramai-ramai. Kak nong dah rasa seronok. Kalau ada rezeki tahun hadapan nak buat lagi. 


Best pulak tenguk suasana macam ni. Kiranya anak beranak je yang uruskan. 







Julie kerjakan lutut kaki lembu. Beriya ko.

Habis je semuanya dan dah dapat kira berapa kilo daging . Yang pertama dalam 85 kilo. seorang dapat 12 kilo lebih satu. Yang ke2 lagi besar hampir 100 kilo. Lupa aku tanya wani dapat berapa seorang. Selesai daging di kira. Tulang-tulang pun di bahagi-bahagikan. 

Kak Limah yang dekat Tanjung Agas le yang paling akhir sampai. Semua anaknya balik tapi sampai tak serentak. Jadi bila dah sampai akhir dapat tolong makan sup je lah. hehehe

Selesai acara melapah sup tulang pun siap. Hah apa lagi jom pekena sup tulang fresh dari ladang. Sedap makan dengan nasi himpit. Makan gitu je pun sodap campur dengan sambal kicap. 

dek dah ramai sangat makan sup sampai aku pun lupa nak ambil gambar apa lagi terhidang sup panas-panas depan mata. Hah apa lagi menghirup le sambil makan daging tulang yang lembut. Yummy.


Satu periuk tapai pulut upah buat Jaki. Kalau tak buat nanti merajuk dia. hehehe



Kuih raya ada, kuih lapis masam manis pun ado. Air mata kucing kaknong buat satu teko. 


Dah selesai mula satu satu kereta beransur pulang, Ni pun sebelum tu dah penuh depan pintu. Tu adek dengan anak-anaknya nak balik Melaka.

Alhamdulillah berakhir gotong royong membuat korban pada tahun ini. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai. Semuga ada rezeki lain tahun pulak. Siapa yang berminat nak buat boleh ambil no. Dapat 7 orang dah dapat 1 ekor. Apa pun syukur diatas limpah kurnia yang Allah beri.

12 comments:

  1. Alhamdulillah
    Selesai menjalani ibadah qurban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah wak selesai qurbannya. Tenguk lembu ni teringat lembu wak yang gelemer nama masing-masing.

      Delete
  2. Meriahnya.. Dah macam raya puasa. Seronok berkumpul ramai-ramai. Gambar tuan tanah yang takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah memang seronok. adalah gambar tuan tanah..sipi-sipi je nampak bongol. ahaksss

      Delete
  3. Seronok...buat korban saudara-mara...sup tulang fresh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging fresh rasa dia sedap dan manis. Alhamdulillah dapat berkumpul ramai-ramai

      Delete
  4. sempena ulangtahun MH17 baru teringat...hepi birthday kak notie

    ReplyDelete
  5. salam raya qurban., wahh berdarah2 lembu tuuh., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah merah tak pe bukan darah putih nanti gempak wak lembu mahsuri hehehe

      Delete
  6. Alhamdulillah. Seronoknya kumpul ramai-ramai kerjakan daging korban. Tahun ni ikut juga korban tapi masuk dalam group keluarga di Selangor.
    Eh, sukanya saya sampai gelak sendiri bila Notie kata kena kerowak! Lama tak dengar perkataan ni. Di LD tak ada gang areng ngomong-mgomong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sesekali sasul pulak cakap jawa....lupa makna dalam melayu

      Delete