Wednesday, November 16, 2022

Bengkel Latihan Pengekodan ICD 11

 

Assalamualaikum,

Lama tak pi outstation. Tiba-tiba nama naik lah pulak kena pi Seromban bengkel ICD 11. Alahaiiiii malas betul dah hujung-hujung tahun ni pi bengkel. Lepas tu ada exam lah pulak.....huhuhu dah lama den tak buat koding banyak lupa lah apa lagi dah ada version yang terkini.


ICD atau International Clasification Of Diseases ni merupakan major  tugas bagi pengamal Rekod Perubatan di dalam KKM terutamanya di Unit Rekod Perubatan di Hospital.  Ianya pengekodan antarabangsa dibawah pemantauan WHO untuk kod bagi penyakit yang pesakit-pesakit masuk wad ataupun mendapat rawatan di fasiliti Kesihatan di KKM. Koding yang digunakan kena ikut WHO supaya boleh membuat perbandingan dengan Negara lain yang mengunakan terms ICD 10 yang sama. 

Ianya akan di update versi terkini setelah 10 tahun apa lagi di zaman sekarang yang banyak penyakit baru yang muncul. Tu sebab setiap 10 tahun WHO akan update ICD ni mengikut peredaran masa. Jadi kalau ada diseases yang terbaru boleh majukan kepada WHO jika terdapat kemuskilan. Atau terjumpa disease baru yang tiada dalam list ICD yang sedang digunakan.

Sepanjang perkhidmatan aku sebagai warga KKM aku dah gunakan ICD 9, 10 dan sekarang ICD 11. Banyak bezanya antara versi ICD 9, 10 dan 11. Perkembangan perubatan yang semakin changgih dan fenomena sekarang dengan covid 19 yang melanda. 

Dulu-dulu kalau buat koding ada 3 vollume ICD 10 yang kita kena guna. Tapi kalau kat rekod ada vollume ke 4 yang digunakan yang dibuat sendiri supaya memudahkan kerja. Maksud aku bukannya ianya buku tak sah tapi lebih kepada nota kod penyakit yang selalu ada dan dijumpai semasa nak buat koding dalam sistem. Ianya memudahkan semasa buat koding. 

Aku ni dah le tak tahu jalan kat seremban, dah tenguk peta emm makan langsat juga nanti jadi tumpang member yang booking kenderaan jabatan. Isunya sebab bengkel mula pagi bukannya check in pukul 12 dan petangnya mula bengkel. Sebab malamnya dah start exam level 1. 

Jadi pagi tu pukul 7.30 pagi dah memulakan perjalanan ke Seremban. Kali ni buat kat Hotel Royal Chulan, Seremban. Start bengkel pukul 8.30 pagi. Jadi kelam kabut juga le pagi tu. Dah le malamnya dah start exam level 1. Aku ni dah le belum pi kursus ICD 11 jadi rasa seram juga le bila teringat ada exam.  


Peserta yang hadir kyusuk mendengar penerangan daripada Dr Erwyn dan Dr Sofi. Selain daripada unit kami yang terdiri dari rekod perubatan dan pegawai perangkaan terdapat juga pegawai rekod daripada hospital lain. 

ICD 11 sekarang tak payah lagi nak bawa buku yang tebal dan berat macam ICD 10. Sekarang semuanya online. Ada laptop dan internet laju hah boleh dah nak koding.

Jadi sepagi tu kiranya penat juga lah kepala otak belajar macam mana nak guna ICD 11 tu. Rehat pukul 10 dan lepas tu sambung lagi sampai waktu lunch.  Oleh kerana check in pukul 3 lepas lunch sambung lagi macamana pula nak menjawap exam level 1. huhuhu start pukul 8 malam. Soalan 50. Diberi masa 2 jam. Agak-agak boleh lulus tak ni. 

Petang tu dalam pukul 4 baru lah masuk bilik. Setelah selesai menuntut ilmu macamana nak jawap soalan. 

Hotel Royal chulan ni kiranya besar juga. Bila malam nampak sunyi. Ada kolam renang depan bilik makan. Aku tak ambil pun gambar hotel. Lupa lah pulak sebab teringat nak exam tu sampai lupa semuanya.  Mungkin malam hanya kami je sebab banyak kawasan yang gelap.

Aku sebilik dengan Aya AMRO dari Hospital Kangar. Bagus aya ni muda-muda dah dapat PHD.  Bila aku usik nak panggil Doktor ke, dia kata tak yah panggil nama dia je. Selain sibuk kerja di hospital rupanya dia jadi agent bawak tourist pi hatyai. Tu yang petang-petang pun busy handle customer dengan agent kat siam. 

Malam tu kita orang cepat je makan malam dan terus je pi bilik masa bengkel siang tadi. Sebelum ni masa bengkel duduk berdua kali ni sebab exam jadi duduk seorang je lah.    

Alhamdulillah pukul 10 selesai lah exam level 1. Huhuhu agak-agak boleh mara ke level 2 tak besok paginya . Mudahan lah dapat pi level 2.

Malam tu walaupun ngantuk huh gigih le juga tenguk file rujukan macamana nak koding. Aya entah ke mana jumpa member lain yang datang awal untuk sit exam level 2 dan 3.  

Pagi-pagi tu lepas sarapan siapa yang tidak dapat message daripada urusetia maksudnya boleh terus ke level ke 2. Rupanya opis aku Rusli dan Suriani yang tidak lepas exam level ke 1. Jadi boleh lah balik. Nasib baik juga Suriani balik awal sebab rupanya petang tu klang hujan. Rumah dia hampir di naiki air.

Aku yang tidak dapat apa-apa message tanya lah mekza. Mekza ni urusetia dan expert coders KKM aka opismate aku. Dah tahu lulus jadi terus lah siap untuk exam level ke 2 pulak.

Macam semalam level 1 soalan sebanyak 50 dan masa yang diberikan selama 2 jam. Kali ni memang susah sikit lah. Almaklumle kita tak buat koding sepeti kawan kat hospital jadi buat lah apa yang kita paham.

Habis level 2 baru lah lega. Jumpa kawan-kawan adik junior yang aku kenal dan lama tak jumpa.    


                                     
                              Ni masa lunch. Sebahagian yang terlibat. Urusetia dan expert coders


Ni exam level ke 3 pula. 

Lepas lunch dan terus check out hotel pukul 12.  Kena tunggu dulu samada lepas level 2 ke tidak. Kalau tidak lepas boleh lah balik. Kalau lepas kena tunggu untuk level 3 pula.

Rupanya ramai yang sangkut  level 2 dan  hanya beberapa kerat yang dapat sampai ke level 3. Yeh jom balik. hehehehe bengang je mekza bila ayu dan aku suka sebab tak lulus level 2. Bukan mudah ye nak lepas level 2. Dapat sampai level 2 pun dah mujur sebab kita jarang buat koding. Kalau warga hospital hah depa terer sebab hari-hari buat koding.

Hanya Dr Nafisah je yang sampai ke level 3. Dalam 14 orang rasanya yang ambil exam level 3. Ada yang ambil lagi sebab pernah ambil exam sebelum ni dan tak puas hati sebab tak lepas. 


Aku dengan Horoni. Dulu kerja di HKL dan sekarang di Hospital Umum, Serawak 


Bersama Radiah, AMRO di hospital Kuala Pilah. 


Bersama Zaizatul AMRO hospital Kajang. Dulu-dulu kalau ada problem selalu call tanya. Lah ni aku dah tak jaga SMRP takde le nak bercalling-calling. 


Bersama Dr Rohaya AMRO hospital Tuanku Fauziah, Kangar

Bersama azizah AMRO hospital Seremban. Ni pertama kali jumpa. Dulu masa aku jaga Rawatan Harian atau Daycare, azizah ni incharge RH. Selalu talipon bila ada masalah dan tak paham. Masa tu tau nama dan tak pernah jumpa. Sekali bila perkenalkan diri dia pun ingat kat aku. Sejak aku jaga Bloodbank takde le orang hospital yang talipon kalau ada masalah sebab aku selalunya contact JKN je kalau data tak tally dan sebagainya.


Sebelum kami balik dan sebelum depa ambil exam level ke 3, kita orang pun bergambar ramai-ramai kat tangga yang dah macam tangga cerita hindustan je. hehehehe nasib baik takde adegan kuch kuch hota hei.

Driver yang kami booking semalamnya ialah 2. Driver 1 yang naik ialah Ammar dengan Irah dan Ayu. Manakala aku pulak dengan Rosli dan Dr Nafisah.

Oleh kerana Rosli dah balik awal tumpang suraini, manakala ayu tumpang Ani, jadi kereta Ammar ada kosong sorang. Manakala driver lagi 1 kena tunggu Dr Nafisah sebab  dia balik lambat. 

Jadi apa lagi lah kita bertiga balik dalam pukul 3 gitu. Gedebak gedebuk dengan Driver dah sesat ke lain tiba-tiba keluar highway lekas hala ke selatan. aduhaiiiii patah balik dan akhirnya jumpa jalan pulang.

Kita orang sampai dalam pukul 4. Yes......orang belum balik kerja lagi. Jadi begitu lah berakhirnya bengkel ICD 11 dengan prestasi aku sampai ke level 2 je. Jadi lah ye. Lain kali belajor lagi. hehehehe 

8 comments:

  1. moga sukses seterusnya Allah permudahkan semua urusan notie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. Tak expert sangat sampai level 2 je.

      Delete
  2. Kursus kat hotel makanan sedapp ;)

    ReplyDelete
  3. Kalau berkursus ni, balik mesti jadi lebih bersemangat kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena praktikkan selalu kalau tak luperrrrrr hehehehe

      Delete
  4. Bestnya. Saya dah lama giler tak dihantar training. Mereput buat kerja staf sokongan. Sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali seronok tapi kalau selalu huwa.....stress banyak kojo nak buek

      Delete