Monday, January 16, 2023

Gemblong salah satu makanan Jawa




 Kuih lama bangsa JAWA

GEMBLONG...
Pulut tanak dan digaul ngan kelapa parut muda skit gula dan garam ..
Ditumbuk sehingga halus
Ditekan dalam dulang
Makanan yang lama dan payah nak dapat sekarang sebab rumit nak buat...
Kredit Resepi : yati che det


Assalamualaikum,

Masa aku pertama kali makan punten amie ada kata gemblong tapi aku kata bukan sebab nama je dah lain punten adalah punten di buat daripada nasi manakala gemblong adalah gemblong dan di buat daripada pulut dan bahan dia pun tak sama. Tapi aku google punten indonesia kata kuih getas lah pulak. hish kuih getas lain gemblong ni lain tau.

Bila citer pasal gemblong terimbau memori aku zaman kakak-kakak aku kahwin. Selalunya kuih ni dibuat masa nak buat majlis kahwin. Kuih untuk dijamukan kepada orang yang rewang dengan tetamu yang datang. Bila citer pasal rewang alahaiiii rindunya nak rewang macam dulu-dulu. Seronok tau itu pada aku lah sebab seronok dapat kumpul ramai-ramai sambil menolong buat kerja samada membuat kuih atau menolong menyediakan bahan-bahan masakan untuk kenduri. Sekarang dah kureng. Semuanya pakai catering je. Sedia duit dah selesai. Tapi kegembiraan merewang tu dah kurang. Hish rindu rindu rindu.

Buat gemblong ni renyah tau. Tapi sedap yak amat. Cecah dengan serunding perghhhh. Orang sekarang mesti tak pernah jumpa sebab dah jarang orang buat gemblong ni. Aduhaiiii nak suruh sapa buatkan ni.

Kalau dulu aku ingat aruah mak aku dengan aruah makcik-makcik aku yng selalu sibuk time nak buat gemblong. Aku ingat-ingat lupa macamana nak buat. Tapi aku ingat pulut di tanak. Bila dah tanak di gaul dengan kelapa parut muda dan garam. Lepas tu di tumbuk dengan pelepah pohon kelapa.



Hah pelepah kelapa tu di buang daunnya. Di bersihkan pangkalnya. Dah bersih dibungkus dengan plastik. Pelepah tu digunakan untuk menumbuk pulut yang di gaul dengan kelapa parut muda dan garam. Hah tumbuk le pulut sampai lumat dan boleh tekan dan ratakan atas dulang.



Hah ni lah dulangnya. Aruah mak aku ada banyak sebab mudah masa kenduri kendara. Dulang air kecil sikit. Ni dulang boleh digunakan macam-macam. Kalau buat nasi ambeng pun pakai dulang ni.

Jadi pulut yang dah di tumbuk tadi di ratakan atas dulang ni. Bawahnya letak plastik supaya mudah memotongnya. Jadi macam kat atas tu. Di potong 4 segi baji.



Hah ni gambar dalam google aku ambil nak tunjukkan camne gemblong tu

Selalunya masa kenduri hah berdulang buat. Dan bila tak habis setelah selesai acara majlis, masih boleh di recyle lagi gemblong tu.




Hah ting jadi lah gemblong goreng. Makan gitu pun sodap. Hah nampak tak bagaimana kreatifnya orang dolu-dolu. Tak habis di gorengnya.

Malahan kalau ada kerak nasi lebihan masak nasi pun boleh jadi makanan tau selain daripada jadi makanan ayam. Kerak nasi di jemur sehingga kering lepas tu di goreng. Lepas goreng tu di tumbuk halus campur dengan gula. emmm kelapa campur ke tak aku dah lupa tapi pernah lah aruah mak aku buat. Dah jadi macam sagun pulak. Apa lagi kami adik beradik berebut-rebut makan.

Dulu-dulu kita orang kan hidup susah jadi apa yang ada aruah mak aku akan recycle balik supaya ianya tidak membazir. Alfatihah buat aruah Hj Abdullah dan Hjh Saifah. Memori zaman daahulu bersama mereka kadang terimbau kembali.

Hah begitu lah kisahnya mengimbau kenangan lalu aku. hehehehe



10 comments:

  1. Aduhai, gemblong!
    Rasanya emak kita jew yang tau buat ni.... kami adik beradik tak ada kemahiran.
    Emak kita buat untuk sarapan pagi.
    Tak perasan pula pernah jumpa atau tidak gemblong sewaktu rewang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah terer lah mak amie buat gemblong untuk sarapan. Jenuh tu nak buat.

      Delete
  2. Punten ke gemblong, dua-dua Sha baru pertama kali dengar.. hehehe.. Menariknya cara pembuatan dia.. boleh digoreng pula bila tak habis.. memang orang dulu-dulu kreatif bab makan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu-dulu memang kreatif sebab tidak mahu membazir. Hidup susah kena guna apa yang ada.

      Delete
  3. Ce kak Notie plak try buat kalau balik kampung nanti. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah rasanya kena ajak kakak2 buat sama kuih ni

      Delete
  4. Replies
    1. Haah wak rasanya dah bertahun tak nampak. Ni pun sebab teringat makan masa dolu-dolu

      Delete