Tuesday, June 13, 2023

Audit Eksa - yang di komen dan tak betul




Assalamualaikum,

   Hah hari tu aku dah citer kan Eksa datang lagi. Hah 7hb jun yang lalu audit dalaman eksa pun datang le kat pejabat aku. Apa lagi semua tempat di beleknya mencari kesalahan, hehehehe tapi berkat mak matron siew yang bagaikan mak di rumah mengawasi keliling pejabat mencari apa lagi yang belum di label dan apa lagi yang belum mengikut teori Eksa.
 


Ni tegurannya..... yang ini wallpaper dinding yang terkoyak 


Tada.....dah repair....hari tu juga setelah di tegur. Kenalah panggil maintenance opis buatkan.


Ni bilik Pn Suzani...bilik tu bagaikan bilik petisejuk sebab aircond dia sejuk sangat. Membeku di dalam saljirasanya. Tu yang dia tutup saluran aircond tu. Tu yang kena tegur



Tada.....dah buang paper yang menutup lubang aircond tu. Kata pn suzani dek sibuk dia lupa nak buang sebelum eksa. Selalunya macam tu dia dah buat. 



Ni bilik Stat 2. Carpet digunakan untuk menutupi kabel. Dan kipas angin tu tak sesuai letak atas kerusi


Dah di perbetulkan dan nampak kemas.


Stiker di letakkan tidak mengikut spek


Hah dah nampak sekata. Kena letak dibawah pemegang kabinet



wayar komputer simpang perenang dan stiker tidak di lekatkan.


Tada.....dah nampak cantik dan seragam


Bunga ni kita orang boleh lupa nak bersihkan. Hah apa lagi kena tegur banyak habuk. aduhaiiii


Kotak go Green ni dapat menang inovasi


Hasil usaha semua staff akhirnya markah opis kita orang paling tinggi. Syabas buat semua terutamanya matron siew sebagai mak dan Pa Hanim sebagai ketua pengemas aka kakak kawasan yang menegur mana yang tidak kemas dan menolong mengemas fail-fail dan lacai-laci staff. Syabbas semua.

Hari Audit Ibu Pejabat pula......audit luaran pulak.....semua sedang mengemas sekeliling ni.  

Opss lupa nak habak kenapa ada ekrok iaitu sorok dalam bonet kereta. Biasa le kalau buat kerja kan kadang ada kudapan atas meja dengan bekas air. Kadang kan ngantuk buat kerja ni. Jadi benda-benda atas meja tu semua kena sorok dalam bonet bagi clear dulu baru keluar balik. hehehehe ala seminggu dua je buat kerja macam serupa tak buat kerja sebab meja bersih sungguh. hehehehe aku punya meja manjang penuh dengan fail dan dokumen kertas conteng-conteng dengan bahan makanan penuh atas meja. Tempat aku tempat makanan kudap-kudapan dan selalu jadi tumpuan member belakang. Tu pasal kena kemas dan sorok dulu. hehehehe 

update terkini



Audit IPKKM untuk Bahagian Perancangan dapat markah tinggi. Wah boleh tahan cemerlang ni. Tahniah semua


10 comments:

  1. Aduh!
    Begitu rupanya perkara-perkara yang hendak diaudit.
    Baru saya tahu.
    Tapi elok jugalah selepas ditegur, terus ditambah baik.
    Tahniah dapat markah paling tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu namanya 5 S dan 6 S tu kita bagi nama sorok dalam bonet. Sekarang nama dah up jadi EKSA.

      Delete
  2. Samalah.. Masa audit meja kena bersih dan cantik mata memandang.. kikiki.. Lepas audit, penuh dengan segala mak nenek fail dan makanan.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha akak ingat kita orang punya selalu buat rupanya kita geng....geng sorok hahaha

      Delete
  3. audit untuk menambaik semua oklah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis tapi kadang tak larat nak istiqomah. hehehe

      Delete
  4. sama sini pon semua jajan sorok dulu..kantoi nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang utama sekali sorok jajan. hehehehe tu jajan buat hilang ngantuk time checking data. hehe

      Delete
  5. Ini audit perlaksanaan perkeliling dan kebersihan ke? Tpi okla depa habaq awal nak mai bukan terjah jer hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu namanya 5 S. Sort (Seiri), Set in Order (Seiton), Shine (Seiso), Standardize (Seiketsu), and Sustain (Shitsuke) ambil idea orangJepun. Tapi dah tambah baik nama jadi EKSA iaitu ekosistem kondusif sektor awam.

      Delete