Monday, October 30, 2023

Trip Turkiye - Meraikan setelah selesai aktiviti

 


Assalamualaikum,

Masa Jeep safari tu selepas menikmati keindahan belon panas naik ke udara di kawasan belon panas naik,  dia bawa kami pusing-pusing kawasan ke tempat lain. Jalan yang kami lalui memang extreme sikit sebab tidak rata malahan rasanya Ahmed tu bawa macam nak terbalik jeepnya. Aku yang dok depan emm apa lagi berteriak le. Seriau sungguh tapi adventure lah.

Kami di bawa ke Love valley dimana kawasan tu pun cantik sambil melihat matahari naik. Kami di turunkan kat situ untuk beberapa minit sehingga puas posing dan melihat keadaan sekeliling yang cantik dengan banyak belon panas di udara.

Lepas tu kami di bawah ke suatu tempat. Kata wan tempat tu namanya Rose valley tapi rosenya tak banyak mana pun. Dan kiranya kat situ penamat aktiviti Jeep Safari. Kita orang rasa terkejut juga bila nampak dia keluarkan botol dan gelas. Ala macam acara goncang botol dan sembur air macam kat Formula one tu. Hah macam tu le. Ingatkan air alcohol rupanya epal juice ye kengkawan.Hah epal juice boleh minum. Gelas minum tu bila pulangkan hah bagi le tip 100 lira dalamnya. Nak bagi lebih pun boleh.


Ni kat kawasan Love Valley. Masa ni jeep kami dah jalan dulu. Ni kawan-kawan naik jeep lain.


Ni tempat akhir aktiviti Jeep safari. Back ground dia memang macam-macam bentuk. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

4 comments:

  1. selalu tgk org lepas naik hot-air balloon yg ada celebration mcm tu....mmg cantik kan view Cappadocia..rare sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali tenguk dia goncang-goncang botol...lepas tu sembur ke langit.... selalu dalam tv je. Cappadocia tu mukabumi dia memang cantik apa lagi dengan belon panas banyak berterbangan di langit dia.

      Delete
  2. Ini memang seruuuu ya kak 😄😄. Sebagai penyuka adrenalin rush, saya loveee sangat naik Jeep ini 🤣❤️. Makin menggila driver bawa Jeep, makin happy rombongan kami 😄😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye memang seru bila jeepnya macam nak terbalik gitu. Si driver gelak je.

      Delete