Wednesday, October 30, 2024

Lawatan staff Hospital Serdang

 


Assalamualaikum,

28hb yng lalu satu lagi rombongan pejabat Rekod Hospital Serdang datang berkunjung. Ni sudah semestinya pasal persijilan Akreditasi  MSCQ. Dalam tahun ni je dah beberapa hospital datang berkunjung. Apalagi macam hospital Serdang yang mengunakan sistem tapi vendor yang berlainan daripada Hospital Putrajaya. Apalagi kalau pertama kali terlibat memang pening le nak jawab time audit nanti. Jadi tu yang mencari pengetahuan daripada Pn Hanum yang sudah terlibat dengan Audit Akreditasi tersebut.  

Sign opsyen SSPA 2024

 


Assalamualaikum,

Orang gomen dah sign opsyen SSPA lum. hah sign jangan tak sign. Sign dapat kenaikan gaji kalau tak sign silap haribulan di bersarakan awal ya sebab dah tak relevan. emm Begitu lah nasib orang gomen. Apa pun syukur alhamdulillah. Rezeki Allah berikan.

Tuesday, October 29, 2024

Wednesday, October 23, 2024

Monday, October 21, 2024

Konvensyen Rekod Perubatan tahun 2024

 


Assalamualaikum,

Bulan september yang lalu satu konferen yang melibatkan Rekod Perubatan telah diadakan di Hotel Tamu KL. Tuan rumah bagi konferen tersebut adalah JKWP dan HKL. Sepatutnya JKN Johor tapi ada sebab-sebab teknikal terpaksa diubah ke KL. Dan akhirnya ianya dapat di adakan dengan jayanya. Konferen tersebut melibatkan staff di ibu pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital. Selama 3 hari 2 malam berkampung lah mereka satu malaysia di Hotel Tamu. 

Friday, October 11, 2024

Sambutan Maulidur Rasul di HPJ

 


Assalamualaikum,

Ni sebenornya majlis berlangsung pada bulan September yang lalu. Jadi hari jumaat yang mulia ini marilah kita berselawat banyak-banyak kepada Nabi Muhammad SAW.  


Acara selingan adalah tetamu jemputan yang memperdengarkan bacaan Al - Quran yang sungguh mendayu-dayu suaranya. Sedap suara qari tersebut.



Lepas tu kita orang berselawat beramai-ramai.


Setelah acara tetamu jemputan selesai di ada kan Tokoh lelaki Maulidur Rasul yang begitu banyak memberikan perkhidmatan di Hospital. Macam-macam aktiviti yang telah dijalankan sepanjang berkhidmat di Hospital Putrajaya. 


Ini pula Tokoh wanita Maulidur Rasul. Pegawai di bahagian IT yang banyak berjasa sepanjang perkhidmatannya.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan para hadirin balik mendapat berkat makanan tengahari. 


Tuesday, October 1, 2024