Monday, October 21, 2024

Konvensyen Rekod Perubatan tahun 2024

 


Assalamualaikum,

Bulan september yang lalu satu konferen yang melibatkan Rekod Perubatan telah diadakan di Hotel Tamu KL. Tuan rumah bagi konferen tersebut adalah JKWP dan HKL. Sepatutnya JKN Johor tapi ada sebab-sebab teknikal terpaksa diubah ke KL. Dan akhirnya ianya dapat di adakan dengan jayanya. Konferen tersebut melibatkan staff di ibu pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital. Selama 3 hari 2 malam berkampung lah mereka satu malaysia di Hotel Tamu. 

Sepanjang 3 hari tu banyak lah aktiviti yang telah diadakan. Selain dari menjemput penceramah luar untuk tajuk-tajuk yang telah disediakan,  sambil berjumpa kawan-kawan sambil menambahkan pengetahuan tentang kerja.  Apa lagi dengan cabaran kerja yang semakin bertambah dalam bidang Electronic Medical Record.. 

Terdapat juga pertandingan poster diadakan yang diletakkan kat lobi berdekatan dengan dewan. 

Hospital Putrajaya wakilnya hanya seorang sahaja iaitu Pn Mar. Aku teringin juga nak pergi tapi sebab hospital wakil hanya seorang je dan kena hantar poster untuk pertandingan jadi memang layak le Pn Mar yang hadir almaklumle dia selalu kata pendebat pencen masa zaman sekolah jadi kiranya dia lah sesuai nak debat pasal poster yang kami hasilkan. Tabik spring  juga pada Hanim yang pandai merekabentuk poster untuk pertandingan semasa konvensyen tersebut. 
  

Ini daripada Hospital Tuanku Ampuan Najihah yang menang no 3.


Ini poster yang menang no 2.  Daripada hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Bagus juga pertandingan poster ni sebab mungkin ada hospital yang  baik dari segi tadbir urus Rekod Perubatan untuk lain-lain hospital menambahkan idea bagaimana nak perbaiki lagi perkhidmatan di Unit Rekod Perubatan. 


Pada malam akhir ada dinner special dengan tema Rock n Roll. Special sebab ada 1 meja khas meraikan staff Rekod yang dah pencen. Kiranya yang otai-otai pun turut sama di raikan. 

Masa tu juga pelbagai persembahan daripada zon-zon yang hadir. Macam gambar atas ada yang menang persembahan terbaik.

Selain daripada itu ada juga pertandingan King dan Queen pada malam tu. Katanya Nadira dari HKL Queen dan Encik Rahman King pada malam tersebut.   

Manakala Icon Medical Record Officer (MRO) jatuh pada  Encik Rosli dari Hospital Melaka dan Icon Assistant Medical Record Officer (AMRO) jatuh kepada Pn Ramlah daripada Hospital Bentong

Rekod terbaik kategori Hospital negeri jatuh pada 
1. Hospital Queen Elizabeth , Kota Kinabalu
2.HosptalTengku Ampuan Afzan,Pahang
3.Hospital Perlis

Rekod Terbaik kategori  Hospital Pakar jatuh pada 
1. Hospital Keningau
2. Hospital Telok Intan
3. Hospital Segamat

Rekod Terbaik Kategori Hospital Tanpa Pakar
1. Hospital Kota Tinggi
2. Hospital Kudat
3. Hospital Raub



Ni konvensyen semasa  Kelantan menjadi tuan rumah.


                                       Ni pula Pahang menjadi tuan rumah.

Gambar ramai-ramai pada konvensyen tahun ini aku tak nampak pulak depa up jadi takde lah gambarnya. Tanya Pn Mar pun katanya dia takde. 

                                                   Ini lah poster daripada Hospital Putrajaya.

No comments:

Post a Comment