Wednesday, April 29, 2026

Cabaran Langkah Sihat Antara JKN selama 90 Hari



Assalamualaikum,

Hah orang KKM dah mula berjuang belum. Berjuang untuk 10,000 langkah setiap hari. Jenuh lah wei semua warga KKM yang mengikuti cabaran ini. 


Hadiah kemenangan dapat ePingat.



Ini adalah kategori yang terlibat.  Kita orang dibawah zon S sebab ianya mengikut jumlah staf dalam JKWP iaitu jumlah staff yang tidak ramai dibandingkan dengan zon M dan L. 


Yang kelakor ni hah poster yang dia orang up. Jadi kalau nampak orang KKM mundar-mandir jalan tu hah tengah menyahut cabaran le tu.  Ada kawan kata orang yang bekerja di hospital lah yang banyak melangkah. Setiap hari entah berapa ribu kalau ada kes yang banyak.  


Yang ni lagi  le. Aduhaiiii penangan 10,000 langkah ni opismate aku yang dah mendaftar asyik briskwalk sekitar hospital. hehehehe aku join juga tapi sebab dah lama tak buat briskwalk ni belum dapat bintang lagi. Hari pertama iaitu 27hb start dapat 4,000 step. Besoknya 6,000 step.  Semalam BDR dapat sikit lah takde beribu step pun. Tengah fikir camne lah Pn Shu cuti boleh dapat 10,000 step sehari. Dia kata walaupun kat rumah HP tu dia bawak ke sana ke sini masa buat kerja rumah. Aku tengah fikir nak buat kocek le kat kain batik tu jadi bila cuti ke depan ke belakang berjalan dah dapat banyak step. hehehehe tengah jeles kat kawan-kawan yang dah dapat bintang. Mudahan hari ni boleh dapat 1 bintang.  


 

No comments:

Post a Comment