Monday, August 17, 2026

Trivia Merdeka - Kenali Jata Negara

Assalamualaikum
Bulan 8 ada lah bulan kemerdekaan kan. Jadi perpustakaan IKN ada buat aktiviti sempena bulan kemerdekaan ni. 

Yang pasti semuanya ini supaya tertanam semangat patriotik dalam jiwa kita. Kalau sejarah merdeka pun kita lupa tak tahu lah generasi akan datang. 

Tapi yang pasti akak aku pernah cerita zaman jepun dulu pernah makan ubi di bakar untuk jadi nasi buat alas perut. Tebang pokok sagu korek isinya buat lempeng. Sedap dan kenyal rasanya. Kat belakang rumah dulu ada pokok sagu yang besar. Bila di tebang aruah mak korek batang sagu tu buat tepung. Camne buat tak ingat sebab masih kecil tapi ingat kesedapan lempeng sagu yang aruah mak masak. 

Aruah bapak dulu pun rasanya pernah jadi polis ke askar tak ingat tapi ada dapat penghargaan lah sebab pernah berkhidmat sebelum merdeka. 

Kalau dengar citer orang lama memang kesian waktu itu. Jadi sebagai rakyat Malaysia kita kena ingat tanah air kita dan berjuang demi kedaulatan negara kita. 

Betapa pengorbanan rakyat terdahulu jangan kita lupa hasilnya kita hidup aman dan damai pada masa sekarang.

Cabaran negara Malaysia sekarang kadang menakutkan kalau generasi sekarang tak menyayangi negara mereka sendiri apa yang terjadi di masa akan datang tak berani nak cakap. Semuga anak cucu kita dijauhkan dari pada musibah yang bukan2. Aamiin

Eh melalut pulak. Meh kita belajar apa maksud Jata negara kita. Jom masuk sekolah merdeka eh eh. 

No comments:

Post a Comment