Besok hari Malaysiakan. Jadi kita baca cerita bagaimana Malaysia ditubuhkan.
Mula2 Singapura termasuk dalam Malaysia. Tapi parti politik dia buat huru hara jadi di keluar kan Singapura dari Malaysia. Sekarang Singapura 1 republik yang termasyhur dan kaya.
Dulu masa Singapura duit murah dari kita aku ingat lagi aruah mak pergi rombongan pi Singapura. Beli buah buahan murah dan apa yang aruah mak aku borong tak ingat.
Tapi yang aku ingat aruah mak Dan kak jal selalu kirim Bogey iaitu cina muda yang mulanya jual sayur tapi lepas tu kerja hantar barang masuk Singapura. Jadi kirim beli arcopal ke apa lupa jenama pinggan mangkuk. Sikit2 beli set pinggan makan set pinggan kuih set mangkuk set cawan dan piring dengan gelas. Masa tu duit Singapura rendah bukan macam sekarang 3 kali lipat. Duit Singapura dan Brunei sama nilainya.
Dulu pernah buat passport terhad iaitu passport hanya untuk masuk Singapura. Pernah le dengan aruah kak nani kita orang naik bas dari Jb pi woodlands je. Itu yang dekat. Nak tahu beli apa. Beli kain koooo hehe he. Kain dia murah dan cantik tak ingat jenis apa. Tahan lama kualiti dia.
Masa tu aku tengah belajar luar kampus kat UiTM segamat. Dalam kelas ramai pelajar kerja kastam fan imigeresen JB. Ada satu kawan kerja kastam alaaaaa lupa nama dia. Panggil Aj lah. Jadi bila sampai JB aku bagitau Aj nak masuk Singapura. Aj kata dia kerja petang.
Jadi kita orang masuk Singapura pagi lepas dah habis ronda dan shopping kat woodlands pi le kat pintu sempadan petangnya. Tapi masa tu Aj belum habis kerja. Jadi tunggu le kat pintu. Orang imigeresen dah pandang pelik je kat kami berdua yang tak masuk gate sempadan. Sekali nampak kelibat Aj baru kami masuk gate sempadan. AJ handle barang kami. Sambil belek passport dan barang yang kami beli baru dia lepas kan kami. Sebenarnya kita orang takut terlebih beli kena cukai banyak. Padahal benda bukan primium takde le cukai banyak sangat tapi sebab ada member kastam minta tolong le. Alhamdulillah selamat perjalanan kami kat pintu sempadan. Sempat juga borak dengan Aj sebab masa tu habis semester 2 kena tukar kampus melaka di lendu. Aku tukar ke kampus jalan Othman Pj sebab ada pengangkutan bas malam pukul 8 dari puduraya. Kalau dari melaka tak ada kawan dan tiada bas malam ke segamat. Jadi kiranya itu last kami berjumpa sebab lepas tu tak pernah lagi.
Kampus Segamat lupa khas untuk kos tertentu manakala kos Pentadbiran Awam hanya Di UiTM melaka. Tu yang terpaksa tukar kampus. Kampus pjj dulu kat jalan Othman lepas tu di tutup pindah ke kampus induk iaitu UiTM Shah
Alam.
Member2 pjj kami ada yang konvo cepat ada yang lambat macam aku sebab bila masuk semester hanya ambil subjek yang mampu je kami bawa maklum le pjj kan dengan kerja lagi dengan ulang balik kl segamat. Jadi aku konvo lambat member2 masa semester 1 semuanya habis cepat itu pun bila dah hujung2 ada yang konvo ada yang berhenti.
Eh dah melalut pulak cerita... Hehehe
No comments:
Post a Comment