Sebenornya aku tak tahu pun jadi Juara komen september 2026 di blog CCL sampaikan dia datang bagitahu. Bulan tu ada rajin sikit bw tu yang tidak di duga menang komen . Rasanya ini kali ke dua aku menang kuat mengomen.
Sebelum ni aku jadi juara kuat komen bulan mac dalam blog ccl dapat hadiah periuk. Kali ni aku dapat gel mandian aura 7 bunga dari D"herbs. Waduh boleh mandi bunga gitu tak yah kutip 7 jenis bunga buat mandi. hehehe ada lagi ke orang buat camtu. Rasanya dulu-dulu orang buat mandian 7 bunga kali ni dah moden Datuk Aliff Syukri buat dalam gel mandian aromaterapi. Tekan je dah boleh gosok kat badan. Sebelum ni aku pernah beli gel mandian bidara. Dah habis dah. hehehe kali ni mandian 7 bunga pulak.
Apa pun terima kasih banyak CCL. Semuga Allah limpahkan keberkatan dan rezeki melimpah ruah kerana berbagi rezeki bersama kami rakan blogger. Buat rakan blogger sekelian boleh pi rumah dia bom komen selalu nanti jadi top komen dalam blog cik cappuccinolatte macam aku. eh bukan kerana nak hadiah sangat tapi sebab bila baca suka dan komen tu yang jadi banyak. Apa pun kita sokong kawan-kawan blogger semua. yeh hidup CCL hidup CCL eh....hehehe melalut plak aku.
No comments:
Post a Comment