Cerita ni aku dapat daripada kawan yang email pada aku. Tapi setelah membacanya aku rasa ada sesuatu yang boleh kita jadikan renungan dan pengajaran disebalik cerita tersebut. Jadi renungkan lah bersama ya. Terima kasih pada ayu yang hantar cerita ni pada aku.
Apa saja ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang itu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi, "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin."
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?
Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.
Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita, "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin."
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.
Moral
Pertama : Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua : Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...
“Ketika Allah memberimu, Dia memperlihatkan kepadamu belas kasih-Nya. Ketika Dia menolak memberimu, maka Dia memperlihatkan kepadamu kekuasaan-Nya. Dan dalam semua itu, Dia memperkenalkan diri-Nya kepadamu dan menghadapmu dengan kelembutan-Nya.”
Renung-renungkan!
Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Tuesday, August 17, 2010
Dah seminggu posa...cepatnya
Wah hari ni dah seminggu posa....aduhaiiiii cepatnya masa berlalu. Diam tak diam dah 7 hari. Ada banyak benda yang pending lagi ni..... lepas raya aku kena pergi buat attachment selama 2 minggu. Aduhaiiiiiii masalahnya banyak benda jadi masalah ni sebab banyak benda tak siap lagi. Huwa..... camno ni. Huhuhu mudah-mudahan hari ni dapat surat pertukaran tempat tu dan aku dah boleh summit semua borang-borang pasal attachment tu. Kami pergi bertiga tapi oleh kerana member lagi 2 tu sibuk tak palah aku uruskan maklum le aku kan penjaga pejabat. hehehehe. Bukan apa sesekali kerja luar ok juga tapi kalau dah selalu huh ponat tau. Orang nampak seronok je padahal banyak benda nak kena buat. Jalan jauh lagi keje lagi dan macam-macam le. Orang ingat kita berjalan saje ke. Bawak kerja diatas bahu ni yang orang tak nampak.
Seminggu berpuasa ni tapau lauk je le. Cuma masak nasi je. Itu pun cuba meminimakan perbelanjaan membeli makanan. Sebab aku tenguk harga ayam naik. Kuih naik, semua naik. Habis tu last nak makan apa kalau semua bahan makanan dah naik. Makan pasir. Gula pasir pun naik. Makan batu. Air batu pun naik. Makan kayu. Ubi kayu pun naik. Opss kalau tanam sendiri free le tapi kat kl ni mane nak carik tanah nak tanam ubi. Haiiiiii orang yang kerja pun dah mengeluh harga barang naik apa lagi le bagi orang yang tak de kerja tetap. Kesian kan. Apa pun bersyukur sahaja dengan rezeki yang tuhan beri ni. Mungkin kita rasa kita susah tapi ada orang lagi susah dari kita. Apa pun bersyukur dengan limpah kurnia dan rahmat NYA. Amin

Friday, July 30, 2010
Tayar keter pancit lagi yang ke 4 kali
Pagi rabu semasa nak pergi kerja tayar kereta aku pancit lagi. aduhai.... Sebelum tu aku dah isi minyak. Sekali tenguk tayar belakang belah kiri macam lembek je. Jadi aku pun pam le tayar tu. Sekali masa keluar ke highway MR2 dah bunyi kelepek kelepek. Hah sudah tayar mana pulak pancit ni. Sejak dah 3 kali pancit ni memang sensitif sikit telinga ni dengan bunyi2 yg abnormal. Aku pun bagi signal untuk ke tepi. Rupanya tayar yang aku pam tadi. Hah sudah napa pulak ni. Nak jadi citer pulak talipon habis time walaupun duitnya banyak lagi dlm tu. Hah sudah macam mana ni. Jadi dari pukul 7.00 pagi tu sampai le dekat pukul 8 lebeh aku dok dalam keter. Dah le kat tepi highway yang kenderaan semuanya berdesup-desup lari. Nak call pomen terpaksa le tunggu pagi tapi talipon tak boleh pakai. Aduhaiiii buntu kepala aku. Terpaksa le berdoa semuga ada orang yang simpati tapi sampai ke pukul 8 dak ada orang nak berhenti sebab memang tempat aku park tu memang bahaya.
Aku pun jenguk le dan kebetulan sebelah tu kat bawah tu kawasan hospital ceras pantai dan kedai berhampiran aku nampak ada kedai tayar. Nampak gaya aku kena tinggal kete dan pergi ke bawah kedai yang berhampiran le gamaknya. Tapi kedai biasa buka pukul 9 atau pukul 10. Huhuhu kena tunggu le nampaknya. dah masa tu hujan gerimis nasib baik dah berhenti. Jadi cuaca mendung je.
Pukul 9 aku pun tawakal je tinggal kan kete kat situ dan berjalan kaki ke bawah. Kedai yang aku nampak dari atas tu belum buka manakala ada satu kedai lagi aku tanya dia tak nak tenguk sebab dia tak buat lagi baiki keluar dari kedainya. Huh apa la kedai tu. Aku dah rasa nak nangis. Macam mana ni. Ada satu kedai cina tu aku minta tolong seorang pekerjanya tolong tukarkan tayar. Dia kata tak pandai. Nasib baik kedai yang aku nampak dari atas tu yang rupanya buka pukul 10 nak tolong aku. Tokehnya suruh pekerjanya menyusuri tepi jalan tolong tukarkan tayar dan bawa ke kedainya. Aduhaiiii nasib baik.
Rupanya sportrim aku bengkok dan tayar pun terkeluarle. Tu yang jadi pancit tu. Huh terpaksa le makan masa nak ketuk. Jadi aku pun tinggal kan kat kedai dan pergi opis pakai tayar spare. Tayar spare aku ni kecil sikit dari tayar kereta jadi bunyi pun lain sikit bila berjalan. Sempat aku beli topup dan call jun. Ingatkan nak El sekali jun kata lambat sikit pun tak pa sebab takde orang pun. Semuanya pergi meeting dan ada yg kursus jadi aku terus ke opis le. Janji dengan tokeh kedai tu kalau tak dapat petang ni mungkin pagi atau petang esok aku datang semula. Alahaiiiiii tayar oh tayar

Pesta bunga-bungaan di Putrajaya
Fulamak dah 2 minggu floria di putrajaya habis aku baru nak edit citer. huhuhu napa le M tahap gaban ni....aduhaiiiii. Ok tak pelah walau dah berjaman pesta floria tu habis aku nak juga story mory lah.
Hari jumaat sedang sibuk keje julie call. "Anjang, mak dan mak long nak datang malam ni.Dia orang nak pegi pesta bunga kat putrajya tu sambil tu besok nak bawa napi pergi jumpa doktor pakar kat seremban" kata julie.... hah bior betul. Laaaa napa kak ijah tak cakap pun. Aku pun tanya kak jal. Dan memang betul lah malahan Kak ijah dtg dgn Abang win. Bawa 1 keter. Ni mesti le agenda nak tenguk bunga ni.
Bila balik rumah aku cakap dgn kak ambah, kak ijah dan kak jal nak datang. Sekali kak ambah kata dia memang nak pergi rumah julie dan menunggu helmi yang balik outstation dari lumut. Aku punya planning pulak nak balik muar dgn kak oyek besoknya tapi balik ptg sebab kak oyek keja half day. Tapi paginya aku dah cadang nak pegi pesta bunga tu sebelum balik muar. Sekali malamnya terpaksa tukar planing sebab kak ijah ajak pergi putrajaya malam tu juga dan tidur rumah julie. Akhirnya terpaksa le tukar plan. Bersiap pergi putrajaya malamnya dan tidur rumah julie dan besoknya balik muar.
Aku dan kak ambah pun terus le ke putrajaya. Waduh terujanya aku tenguk bunga-bungaa yang merimbun dan merata berwarna-warni dengan cahaya lampu lagi. Tapi bila sampai kat kedai bunga akak-akak aku dah terpaku tak bergerak kat kedai bunga orkid. yang kelakor tu abang ipar aku pun ikut sama teruja dgn bininya beli orkid. hehehehe oooo akak-akak ku kalau dah jumpa orkid huh memang le tak berganjak kaki. Mana taknya bila kami dah berjumpa di gerai orkid aku dah berpusing semua gerai jualan dgn kak ambah, tapi bila balik semula kedai yg asal kak ijah dan kak jal tak bergerak lagi. Aduhaiiiiii memang hantu orkid sungguh le akak aku ni.
Balik rumah julie pukul 11. Dlm perjalanan terus hujan lebat. Nasib baik dah balik puchong kalau tak sangkut le kat kedai tu sebab hujan selebat-lebatnya dalam perjalanan ke puchong. Bila dah berjumpa adik-beradik apa lagi le ngok ngek bercerita. Tenguk2 jam dah nak kul 2 pagi. hehehehe Lepas tu planning lagi besok pagi nak pergi lagi. hehehehe tak puas tenguk bunga orkid.
Paginya selepas sarapan dekat pukul 10 le kami semua berboyong2 pergi lagi ke floria putrajaya tu. Kali ni siang hari jadi nampak lagi le cantik. Ada satu gerai tu penuh semuanya dgn orkid. fuh cantik siot. Akak aku apa lagi le terpacak le lagi kat gerai orkid. Kak ijah siap nuntut ilmu lagi dgn tokeh bunga tu macam mana nak dapat orkid sentiasa berbunga. ya lah kalau beli yang dah berbunga mahal tapi bila beli yang kecil memang murah tapi masalahnya nak tunggu berbunga sikit punya lama dah dan kadang kala tak nampak bunga pun. Aku cukup suka tenguk bunga semua tu berkembang tapi nak membelanya memang le tak pandai.
Dia org asyik je kat gerai bunga manakala aku pergi keliling kat area lanskap. Tak banyak lanskap yang menarik hati lagi pun susunan antara satu sama lain jauh dan berbelit2 tak macam masa kat LAMAN di tasik perdana dulu. Susunan nya bersusun sederet jadi kita pun nak tenguk senang je. Oleh kerana cuaca dah panas aku pun tak lama tenguk manakala akak-akak aku dah tak larat nak balik dah. Kita orang pergi makan kat taman warisan dan seterusnya pergi ke rumah kak ambah pula sebab kak ijah belum sampai lagi rumah kak ambah setelah di pagar batu kelilingnya.
Janji dengan kak oyek nak balik muar, jadi suruh bang rusli terus hantar kat rumah kak ambahle. Manakala appoitment napi kat seremban di tunda lain hari sebab doktor pakar tu ada hal, jadi selepas ke rumah kak ambah depa semua balik johor le.

Tema bagi tahun ni ialah bunga sepit udang. nama saintifiknya aku lupa. hehehe tapi ada bunga sepit udang yang terbesar tau dan pokoknya macam pokok pisang emas. Hah tu dia. Tapi kalau banyak memang cantik. Banyak lagi gambar bunga yang aku ambil dah tepek kat FB. Tenguk bunga ni boleh buat terapi mata apa lagi kalau saujana mata memandang. Huh cantik sungguh melihat bunga berkembang. Kakak-kakak aku dah planning tahun depan nak datang lagi malahan nak ajak kak nong pulak. masa ni terlupa nak ajak. Jadi tahun depan nak datang lagi. Apa lagi ianya akan menajdi agenda tahunan di putrajaya. Yehhhhh
Monday, July 12, 2010
Kalimah allah disebalik kasut crocs
Kasut crocs yang femes la ni.
Ni pula logo dia yang menunjukan buaya sedang bertenggek.hehehe
Tapi cuba tenguk di sebalik logo dia yang tersembunyi kalimah allah.
Jadi apa yang perlu kita buat?
a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.
g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.
Makluman ini aku dapat dari kawan, tak sangka pulak logonya melambangkan kalimah allah. Dia orang ni ada je benda nak merosakkan aqidah umat islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)