Tuesday, March 29, 2011

Sandarkan pada kenangan


Lokasi: Blok E2 Parcel E, Putrajaya bersebelahan dengan Auditorium
Tarikh dan masa kejadian: 16 March 2011 bersamaan 11 pagi

 Model terhangat ni saya jumpa semasa melalui Blok E 2 dan melihat cara keadaan Cik T (Tayar) yang menyandar pada Encik Ning (Pili Bomba warna kuning sama nama macam Ning Baizura sebab dulu masa kecil sakit kuning  dapatle nama Ning opss dah pecah rahsia...ampun Ning Baizura hehehe) membuatkan saya teringat lah pulak lagu Jamal Abdillah dan Siti Sarah. Sebenornya saya lebeh suka lagu Sandarkan pada kenangan tu di nyanyikan oleh Jamal berduet dengan Ogy Ahmad Daud versi Azura dolu-dolu maklum le sayakan suka Retro... hehehe jadi memang cantik le adegan sandar menyandar ni. Tak nampak ke siap ada pengadang plywood tu... oooooo konon-kononnya nak menyorok dari orang ramai yang lalu-lalang ye. Amboiiiiii bukan main yek.


Encik Ning  -  Kenangan manis kau dan aku
                      Takkan terluput
                       Duri ranjau dalam bercinta
                       Lumrah dunia

                       Sayang menyayang
                       Cinta dikenang
                       Perasaan menjadi rindu

Cik T         -   Oh...
                      Lihatlah diriku yang kehilangan
                      Tanpa kasih mu sayang
                       Siapalah aku

 Alahaiiiii dah macam citer hindustan lah pulak sat lagi tergolek-golek lah pulak.....hehehehe

 


Alahaiiii kantoi lah pulak depa dating tepi sampah. Huh hampeh sungguh.


   Laaaa kete tu sikit punya baik parking sebelah Encik Ning. Ni kalau le ketahuan dek Menteri Kesihatan Datuk Sri Liow Tiong Lai ni huh mesti kena hamput punya lah, mana taknya Blok E2 ni berdepan dengan pejabat Menteri Kesihatan Blok E7 Parcel E, Putrajaya. Dia sikit punya promosi satu malaysia hapuskan Nyamuk Aedes tapi depan opis dia sedap je depa ternak nyamuk Aedes. Hish hish nak kena report ni. Nanti satu bangunan kena fogging la pulak. Alahaiiiiii



Update terkini lokasi yang sama bertarikh 29 March 2011 pada pukul 11.15pagi:




 Pada tarikh seperti diatas, nampak lah semua yang tidak berkenaan telah di bersihkan. Malahan cik T aka Tayar pun dah tak nampak batang hidungnya erk bayangnya. Cik T aka Tayar tiada hidung lah dia cuma ada bunga tayar ja. 




Nampak bersih dan bersinar-sinar keadaan sekeliling. Kepingan plywood pun dah di alihkan ke tepi dinding.


Update terkini bertarikh 8 April 2011 pada masa 12.15 tengahari lokasi yang sama.



  Pandang sekali lagi. Anda nampak apa yang saya tak nampak? Minggu lepas ada sekarang dah tak ada? Hah dah tak adakan? Biar betul? Baru minggu lepas saya ambil gambarnya sudah dibersihkan,  takan lah pada kali ini sudah hilang. Adakah ada mahluk asing menelannya. Wow...ataupun adakah ianya sudah ditamatkan riwayatnya. Why, why ,why?



Jenguk lebeh dekat lagi. Hish ada nampak  kesan berlubang di tempat Encik Ning aka Pilibomba.



Wah betul lah encik Ning telah di tamatkan riwayatnya. Laaaa apasal lah pulak. Adakah ianya telah menjadi tempat parking dan kerana itu Encik Ning aka Pilibomba tersebut telah di tamatkan riwayatnya. Huwaaaaa kenapa lah pulak. Aduhaiiii sedih ni sebab encik Ning aka Pilibomba tersebut besar khidmatnya jika kebakaran berlaku. Memang kena badi sungguhlah sebab memang tinggal kenangan sungguh. Mula-mula bersandar pada kenangan tapi kali ini memang tinggal kenangan sungguh. Rasa bersalah pulak dek kerana saya adakah ianya di tamatkan riwayatnya supaya Pihak Bomba tidak boleh mengambil tindakan pada penghuni Blok tersebut atau kenderaan yang parking di tempat tersebut. Saya cuma nak masuk pertandingan  Ondscene bukannya nak suruh tamatkan riwayat Encik Ning aka Pilibomba tersebut. Salah ke tindakan saya? Aduhai sedih ni sedih sangat walaupun ianya benda tidak bernyawa tapi kena kenangkan juga jasa dan keperluannya jika kebakaran berlaku.







Monday, March 28, 2011

Jejak kasih dengan Enon

Enon dengan anaknya yang comel-comel belako.

  Pada 13hb Mac 2011 yang lalu maka jejak kasih lah aku dengan enon iaitu kawan sekolah zaman asrama dulu.Bayangkan le 5 tahun kami tinggal bersama di asrama dan selepas habis SPM semuanya berpisah dan tak berjumpa lagi sehingga lah zaman IT yang canggih manggih ni dan juga dek kerana Fb aku dapat berjumpa semula dengan kengkawan zaman sekolah dahulu. Fuh berpuluh tahun makan masa tu, tak berjumpa. Mula-mula era FB start je si Norkhanifah yang cari aku lepas tu aini. Bila tenguk list nama mereka aku dapat jumpa azah, Jah, As, lin khairi, noribah, masniah, elly, kak Chik dan ada juga adik2 junior seperti mas Abrizah.

  Dan baru-baru ni enon menjejaki nama aku melalui email address di kementerian aku. Sebelum tu dia ada call azah rahman dan bila azah kata aku kerja kat putrajaya terus dia google nama aku. Lepas tu dia cuba-cuba lah anto email guna nama aku. Dan bila aku buka email opis huh dah tentu le aku kenal sebab dulu aku memang baik dengan dia dan aini. Enon ni pandai walaupun nampak relaks je. Malahan dengar cerita habis je SPM dia di tawarkan keluar negeri. Tapi lepas tu aku tak tau apa cerita tentang dia. Yang tau dan rapat adalah azah dan Jah sebab mereka sama-sama belajar kat US dan berjumpa di sana. Jah walaupun  tangguh setahun ambil SPM sebab sakit tapi selepas SPM dia pun terus di hantar keluar negeri. Dan mereka berjumpa di sana.

 Selepas ber email dan bercontact talipon kami pun berjanji nak jumpa pada 13hb tu di alamanda. Ikutkan minggu sebelum tu dah plan nak jumpa tapi aku demam pulaknya jadi terpaksale tangguh minggu selepas tu. dan akhirnya tada..... dapat juga aku jumpa sejak berpuluh tahun tak jumpa. Enon still macam dulu juga kecomelannya masih tetap ada walaupun anak dah 5 berderet. Sekarang dia jadi suri rumah tangga dan sibuk melayan dan menguruskan anak-anaknya. Kiranya dia kurus le sikit di banding zaman sekolah dulu pipi memang cubby sikit tu yang buat dia comel. Tapi aku dulu-dulu kurus  tapi bila dah kerja huh mencanak-canak kembangnya sampai berkembang-kembang bermangkuk-mangkuk sungguh. hehehehe aduhaiiiii

Dapat berpeluk sakan dan berjumpa huh rasa cam tak percaya je dapat jumpa semula. Kami lepak depan cold storage ,ngok ngek citer dari zaman sekolah tak habis-habis sampailah suami enon dan anak-anaknya datang. Dah dapat jumpa terus rasa kenyang sampai tak ingat sekeliling. Tapi tu lah janji pukul 4 petang jadi masa tu memang singkat tak dapat lama le kami berborak. Pukul 6 lebeh je kami pun berpisah dan berharap semuga selepas ni akan ada pertemuan seterusnya.

Tuesday, March 15, 2011

Gambar-gambar tsunami di Jepun

 Baru-baru ni dapat le email dari kawan. Email tu menunjukkan gambar semasa tsunami yang berlaku di Jepun. Fuh dahsyat sungguh tragedi yang melanda. Bayangkan le ombak tsunami harung semua bagaikan rumah, kenderaan dan semua yang menghalang tu macam ringan je. Ya allah bencana yang melanda ni sebenarnya peringatan dari Allah buat umatnya . Apa pun sebagai rakyat malaysia kita bersyukur juga kerana terhindar dari bencana gempa bumi. Walau pun begitu hendaklah kita sentiasa ingat mengingati dan jangan alpa dan lupa pada Allah yang menjadikan alam ini. Jadi berdoa lah banyak-banyak agar terhindar dari segala mala petaka dan bencana yang tidak di ingini.

A whirlpool is seen near Oarai City, Ibaraki Prefecture, northeastern Japan, March 11, 2011. The biggest earthquake to hit Japan on record struck the northeast coast on Friday, triggering a 10-meter (33-foot) tsunami that swept away everything in its path, including houses, ships, cars and farm buildings on fire. 
Houses are swept by water following a tsunami and earthquake in Natori City.
A massive tsunami hits the coastal areas of Iwanuma, Miyagi Prefecture, northeastern Japan.
Sendai Airport is flooded after a tsunami following an earthquake in Sendai.

An oncoming tsunami strikes the coast in Natori City, Miyagi Prefecture, northeastern Japan March 11, 2011.

A massive tsunami sweeps in to engulf a residential area after a powerful earthquake in Natori.

People evacuate to a street following an earthquake in Sendai, northeastern Japan.

Boats are swept by a wave after a tsunami and earthquake in Asahikawa city.

Natural gas storage tanks burn at Cosmo oil refinery in Ichihara city.

Natural gas storage tanks burn at a facility in Chiba Prefecture, near Tokyo

A massive tsunami hits the coastal areas of Iwanuma, Miyagi Prefecture, northeastern Japan


An aerial view of a tsunami swamped Sendai Airport in northeastern Japan

Houses swept by a tsunami smoulder near Sendai Airport in Japan

People stand on top of a building near cars and airplanes among debris swept by a tsunami at Sendai Airport.


People evacuate along train tracks following an earthquake in Tokyo

Sunday, March 13, 2011

Aitt atas motor pun bleh buka stokin dan kasut????

Hari sabtu baru ni lepas balik dari buat OT aku pun terus balik rumah di ampang. Dan ternampak lah adegan yang ala-ala gaya stunt man gitu semasa menyelusuri jalan Besraya menghala ke Sg Besi. Kalau adegan  tendang menendang tu selepas stesyen keretapi kali ni pula ke depan sikit iaitu melepasi flyover ke Seri Kembangan.

Selepas susur Flyover dari Mines nak turun ke Besraya lalu lah motor dari kanan menyimpang ke kiri. Oleh kerana aku dari belah kiri jadi bagilah motor tu melintas. Tiba-tiba aku nampak penunggang motor tu naikkan kaki kirinya ke atas.  Aittt napa tu.... Rupanya dia tarik stokinnya dari kakinya. Lepas tu pasang sandal kat kakinya selepas stokin di keluarkan. Emm bila masa dia tarik kasutnya ye. Lepas tu oittt kaki kanan lah pulak. Tarik sandal campak kat bakul depan. Lepas tu tarik stokin campak kat bakul depan pulak. Lepas tu baru pasang sandal semula kat kaki kanan. Lorrrr sambil menunggang motorsikal tu boleh lah pulak adjust stokin ek.... hish hish berani sungguh. Dengan sebelah tangan pegang handle motor, sebelah lagi tangan pegang kaki. Ya allah berani sungguh penunggang motor tu buat adegan menukar stokin kaki sambil menunggang motor di sebalik celah-celah kenderaan yang sedang bertali arus.

Patutnya apa lah salahnya berhenti je kat bawah jambatan tu ke dimana tempat selalunya penunggang motor tumpang berteduh bila hujan menjelma atau pun kawasan yang sesuai untuk menukar stokin. Bukannya ambil masa lama sangat cuma beberapa minit je tapi dia lebih sanggup ambil risiko nyawanya sendiri dari berhenti dengan  menunggang sambil menukar stokin diatas motor. Hish hish hish. Nasib baik lah takde tragedi di petang hari berlaku. Andai kata malang tidak berbau ( itu sebab malang tak pakai perfume) tiba-tiba terkucil handle yang hanya di kemudi sebelah tangan je dan tergesel dengan kenderaan lain.... hah lepas tu bayangkan lah sendiri tragedi Oktober pun berlaku opss bulan March le weiii..... sapa yang susah.... hah penunggang tu dan keluarga mereka lah..... sendiri cari susah.... aduhaiiiiiii nak salahkan sapa? Jalan tak elok? emm.... nampak ok je, kereta bawa laju? Dia orang bawa macam biasa le jalan highway, aku yang salah..... eh eh mane aci (aci kat kedai mamak) aku cuma pandang je lah...... tu pun bawa biasa je dalam 70/km.  Takde salah sesiapalah sebab tiada tragedi berlaku. Itu cuma fikiran aku je andaikata tragedi berlaku dek kerana stuntman yang penunggang tu buat le. Nasib baik kan. Jadi buat semua penunggang motor dan kenderaan kereta seperti aku berhati-hatilah di jalan raya. Jangan le buat benda-benda yang boleh menyusahkan orang lain. Mudah-mudahan aku tak le ye.

Thursday, March 10, 2011

Masalah parking d Putrajaya

Model terhangat di pasaran

Tenguk lah berderet-deret kenderaan di sepanjang jalan di belakang Blok E 1 dan E2.
Ni lah model terhangat di apit oleh 2 buah kenderaan

Belakang Blok E2


Masalah parking di putrajaya sejak dahulu merupakan isu yang selalu menjadi berita hangat di kalangan penjawat awam di putrajaya terutamanya bagi kakitangan yang bertugas di Parcel B, C, D dan E. Apa lagi sejak parking lotnya telah di kenakan bayaran bagi parking lot awam huh lagi lah jadi masalah besar. Pada aku lah yang hanya kerja cabuk je ni memang le jadi masalah besor sebab takde parking lot sendiri. Hah pegawai-pegawai Besor tak de heran punya kalau parking lot tu kena bayar ke apa ke sebab depa ada parking lot sendiri. Kalau parking kira masa huh kopak le nak bayar duit parking dari pukul 8 ke pukul 5, lain le kalau perentry. Masalahnya kakitangan sendiri pun tiada parking lot dan kerana itu lah sepanjang jalan masuk ke parcel E berjejeran kereta, baik yang mahal ke ,yang murah ke, yang kecil ke, yang besar ke malahan selagi boleh selit huh selit le asalkan jangan bercium bumper 2 bumper udah le. Tang tu nasib badan le ye kalau tiba-tiba terkemik sana sini body kenderaan tu.

Parking di basement hanya layak bagi kakitangan pegawai yang besar-besar tapi bagi kami yang hanya kakitangan sokongan ni hanya mengemis simpati menumpang di tepian jalan di sepanjang jalan di parcel E. Oleh sebab itu aku kena keluar awal setiap pagi sebab nak chop parking lot di belakang Blok E1 dan E 2 ni. Kalau lambat je huh meronda le sekeliling parcel E mencari tempat kosong. Silap haribulan huh menangis le takde tempat parking sebab semua dah penuh.

Dan pada 25hb februari baru-baru ni aku dan geng nak pergi ke Bangi maklum le hari Jumaat , masa berehat panjang untuk bersantai dan semasa sampai di kereta tiba-tiba aku ternampak model terhangat di pasaran. Ya allah dah bertahun aku parking di belakang blok E2 tu aku boleh tak perasan model tu tercongok kat tepi jalan. Apa lagi lah dah sah le ianya menyalahi undang-undang sebab kereta memarkir berhampiran model terhangat tersebut , aku pun apa lagi le kidnaple gambar model terhangat tu. Huh ni tak boleh jadi mesti di war-warkan pada Ondscene untuk makluman terhangat ni. Member pun heran apasal le aku  terhendap-hendap ambil gambar model terhangat tu . Bila aku tunjukkan gambar model tersebut , member semua gelak. Huh sabor je lah aku. Tak pa , tak pa kut gambar yang aku kidnape tu boleh menjadi tatapan ondscene  aku tak kisah. Kali ni aku mesti war-warkan juga. Jadi sekian lah sahaja masalah parking di putrajaya. hehehehe macam melapurkan berita dunia aje kan kan kan.