Thursday, September 23, 2021

Buah Tampoi... tak pernah rasa

 


 sumber gambar dari Google



Assalamualaikum,

hah sapa dah pernah rasa buah Tampoi.... seumur hidup aku baru ni lah pertama kali rasa. Jakun tul aku kan padahal nama buah ni pernah dengar tapi cuma tak pernah rasa je. Padahal kat johor tu hah ada nama sempena buah Tampoi. 

Wednesday, September 15, 2021

25 perkara membuat saya gembira





Melihat bunga berkembang memang sangat mengembirakan hati dan mengujakan jiwa.  Apa lagi kalau semua bunga berkembang mekar. Rasa macam nak golek-golek atasnya. hahahahaha minah jiwang karat sungguh aku. Tu sebab tersampuk dek citer Hindi dengan citer Korea. Lokasi depa cantik-cantik.


Assalamualaikum,

Alahaiiiii kena tag lah pulak dengan Kaknoor brunei. Huh dah berjaman tak main tag tag ni. Dulu time pakai multiply rajin le juga menjawab tapi lah ni huh maleh jo memanjang. Besorkan maleh jo kan. Teruknya aku.... hahahahaha. Kalau angin rajin memang berdezup menjawab kalau angin kus-kus huh hampeh terus lupa nak jawab adehai janganle ikut perangai cam aku ya.

Zaman tag ni dah berkurun dah baru nak up. Takpe lah sementara aku cari idea nak mengarang citer travel. kita layan le dulu ya. Selamat menyambut HARI MALAYSIA.



Oklah... sajalah ya kita main-main ajelah ya.

25 perkara yang membuat saya gembira

1. Dapat berkumpul bersama keluarga.... seronok sangat memang tak ternilai rasanya bila dapat berkumpul bersama keluarga. Nikmat yang tiada boleh di ganti. Sementara ada keluarga ni hargailah mereka. Nanti bila dah tiada baru nak rasa menyesal emmm masa tu dah tak guna. Amboiiii

2. Bila dah berkumpul adik beradik  agenda masak-memasak bersama-sama lah yang seronok. Itu pun kira aku gembira jugalah kan. hehehehe.

3. Shopping hahahaha ini siapa pun memang suka kan. Rasa hilang stress kalau dapat shopping. Tapi kang terlebih shopping dapat stress pulak sebab tak cukup duit.... hahahahaha lorat sungguh jadi kenalah shopping mengikut kemampuan lah ya. Baru lah sonang hati dapek apo yang di ingini.

4. Dapat menjejakkan kaki ke Mekah (Ya Allah mudah-mudahan di permurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik dapat menjejak kan kaki di Mekah. Amin)

5. Pi rombongan jenjalan bersama keluarga.

6. Dok lepak diam-diam layan novel ( genre chinta chintun, jenaka, sedih sampai menangis sebab menghayati sungguh jalan cerita.... hahahahaha ada pulak camtu).

7. Layan lagu hindustan lama-lama dan sedap lagunya serta iramanya hinggakan bila dengar je nak menganguk-angguk le kepala ikut irama. Lepas tu layan ikut senikata walaupun sepatah haram pun tak paham. Macam cerita Sangam, Bobby, Ag Gale Lag ja, Kati Patang, Mann, Dil to Pagal hai, Kabhi kushi kabhi gam, Mohabatein.... hah apa lagi ya. Lupa tajuk lah. Memang layan klasik sungguh ni.

8. Tenguk cerita korea... apa lagi kalau genre citer lama zaman dolu-dulu. Tapi suka kalau kwan sang woo berlakon... my feveret aktor.... hahahahaha padahal Kwan Sang woo ni hero dah lama. Sekarang kan banyak sangat hero baru.

9. Suka tenguk bunga, taman bunga, bunga-bunga, kebun bunga, segala macam bunga apa lagi kalau seluruh kawasan semuanya sedang berbunga-bunga sehingga rasa dalam hati pun penuh bunga. hehehehehe minah bunga tapi tak pandai tanam bunga.... katanya tangan panas....adehhhh

10.Berjalan makan angin keluar negeri. Ini memang suka banget apalagi kalau ada geng sekepala dalam rombongan.

11. Berkumpul dengan geng ulat buku dan geng kicap. Dah jumpa apa lagi cerita pasal novel lah, penulis itu inilah, cerita novel adaptasi ke drama tak bestlah, lain dari yang di baca lah. Semuanya gossip pasal novel. Gossip berhemah le gamaknya. Adoiiiii

12. Jumpa kawan sekolah time nakal dolu-dolu. Bercerita sampai tak cukup hari rasanya mengorek memori lama. Seronok bila banyak cerita lucu timbul. Gelak kah kah kah tak usah cakap le. Lupa dunia jap.

13. Suka kalau dapat pergi kebun buah-buahan. Dapat makan buah, petik buah , panjat pokok buah pun suka kalau pokoknya tak tinggi..... hahahaha apahal le suka benor nak panjat pokok padahal buahnya nun petik je tak yah nak panjat-panjat bagai.

14. Lepak dengan adik beradik cerita zaman kecik-kecik sambil mengimbau memori lama zaman dulu-dulu. Lepas tu mengekek gelak bila part lucu. Seronok sebab akak aku yang tua banyak cerita lucu zaman kami susah dulu-dulu.

15. Beraktiviti bersama keluarga dan adik beradik serta anak saudara dan cucu saudara yang berderet-deret tu. Nanti macam-macam gelagat yang timbul. Baik yang tua jadi budak balik, yang budak memang jadi budakle perangai masing-masing. Apa pun semua itu muga dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan kami.

16.  Bila waktu balik 4.30 pm dah nak sampai....wah seronoknya dapat balik rumah. Rasa lapang fikiran. hehehehe teruk sungguh semangat kerja yang dah tak bersemangat je kan.

17. Bila sampai hari jumaat atau bila ada cuti lama sambung menyambung cuti kelepasan hehehe....wah seronoknya dapat rehat. hahahaha teruk sungguh kan. Tapi ya lah dah berpuluh tahun kerja semangat kerja ni macam ada turun naiknya. Masa muda-muda dulu memang semangat kerja tinggi, ni dah peringkat rasa nak pencen awal je dah, tu yang rasa macam dah malas dah nak kerja tapi mengenangkan hutang dengan kerajaan banyak tak langsai lagi huhuhu kena juga kerja. Bila lah aku nak kaya ni weiiii hehehe. Apa lagi bila tenguk akak-akak senior satu demi satu mula nak pencen. Aku lama lagi kena kerja.... huwaaaa.

18. Bila jalan KL tak ada jem...... yahoooo serasa jalan itu kita yang punya. Ini penangan menghadapi trafik jem setiap hari. Tapi area putrajaya kadang masih ok lagi cuma bila sampai kat Bandar Tasik Selatan huhuhuhu haru biru jalan hah tu yang tension je selalu padahal lepas je jalan tu menuju ke kubur china jalanraya clear pun. Rasa nak buat flyover je dari LRT Sg besi tu terus jalan sampai kat kubur china menghala ke Ampang. Kalau lah boleh.... berangan je. Macam le jalan tu hangpa punya jalan hehehe. Boleh suka suki ja nak buat flyover la bagai.

19. Melihat keindahan alam samada di malaysia atau di luar negeri. Panorama alam yang mendamaikan.

20. Piknik ramai-ramai samada kat tepi laut ke, kat tepi taman ke, kat tepi tasik ke, tak kisah janji piknik, dapat makan-makan sambil sembang-sembang. Asalkan jangan kena halau sudahle. Trauma sungguh bila berpiknik dengan Geng ulat buku kat KLCC, kena halau dengan Pak guard. Lepas tu kat Tasik di Petaling Jaya pun macam tu juga kena halau.... hish hish kita orang bukan berpiket nak demostrasi lah ya.... tak nampak ke makanan berderet-deret kita orang bawa dengan bawa tikar lagi nak pikinik. Cakap ajelah nak join sama memang kami hulur pingan bagi makanan.

21. Layan cerita kartun dengan budak-budak samada tenguk Upin & Ipin, Tom & Jerry ke... hahahaha sesekali jadi budak-budak pulak. Rasa hilang stress orang dewasa.

22. Ke Majlis Ilmu bersama keluarga, serta menziarahi kaum keluarga beramai-ramai.

23. Pesta buku...suka dengan bau buku yang baru dikeluarkan.

24. Layan cerita P. Ramlee yang kelakor macam Ahmad Albab, 3 Abdul, Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Labu & Labi hah genre cerita kelakar yang lain.

25. Gembira jika dapat mengembirakan hati orang lain.

Sebenarnya kalau kata suka ni macam-macam yang aku suka tapi rasanya dah banyak sangat ni.






Thursday, September 9, 2021

Hari ke 5 di UK - Petticoat Lane Market

          
                                           Cerita sebelumnya di Trafalqar Square

Hah berkurun cerita london tak habis2 lagi. Kena gembur balik ni gambar-gambar lama. Rupanya banyak hari kat London aku tak habiskan cerita. Kalau rajin nanti aku bongkar balik file gambar ya. Rasa sayang pulak tak up cerita London walaupun tahun 2010 aku pergi. Takpe ya. Insya Allah kena rajin kan semula ni up cerita yang tak habis. hahahahaha 



 Assalamualaikum. 

Hari ke 5 merupakan Hari Ahad. Dan seperti biasa bila pukul 7 pagi, harum semerbak bau  roti  memenuhi ruang udara Hotel. Sedap dan lembut roti Croissant dia. Kat bilik je dah bau harum roti tu buat aku lapor je. Dah le pagi-pagi sejuk udara nyaman saje bila buka tingkap. Dan setiap hari juga sarapan yang sama. Segelas fresh oren dengan yogurt. Juga kadang sebiji epal atau sebiiji pear. hehehehe. Sarapan yang sehat. Layan croissant tu berdouble-double. Tapi memang sedap le croissant tu.... lembut bak hang.... Aku yang sebelum ni hanya biasa makan roti sapu jem je tapi sejak dapat makan fresh croiisant kuar dari oven terjatuh cinta pulak....kalau boleh nak hari-hari sebab sedap sangat.

Delhi kashmir hari ke 6 perjalanan balik ke Delhi

 

                                                  Suasana pagi semasa sarapan hari akhir di kashmir



Assalamualaikum,

Hari ni dah nak balik ke Delhi lah pulak. Alahaiii habis lah sessi pengembaraan di kashmir. Seronok juga dok rumah bot tapi tak tahan dengan penjual hari hari datang rumah. Almaklumlah tuan rumah rupanya tokeh besor dia. emmm patutler....tak berganjak dari rumah bot kami. Itu kaknoor yang maklumkan pada aku. Sebab dia tengok buntil (Ahaks ayat kampung sungguh) jualan banyak kat bawah meja setiap pagi.  

Malam semalam dek kerana sejuk sangat dan dah penat memang request tak nak di ganggu oleh penjaja. Lepas tu ada catuan letrik pulak tu. Jadi malam tu selesai makan malam terus lah sessi mengemas barang. Tengah menyusun barang dalam beg tiba-tiba terus gelap rupanya letrik di catu apa lagi semua pun bergelap. Tapi selesai lah juga beg besar. Tinggal nak gosok baju dipakai untuk esok.  Jadi letak barang siap-siap kat satu penjuru.  Beg besar dah siap kemas tinggal yang kecik-kecik barang nak sumbat mana tengah pening...hehehehe  dah bergolap emmm marilah kita tidor....dengan cuaca sejuk lagi memang tarik selimut sungguh lah. Takut tak sedar lah pulak pagi esok. 

Thursday, September 2, 2021

Hari ke 10 photo challenge - Mount Bromo

 


 Today is Day 10 of my travel photos challenge.

I was nominated by my dearest friend Hida Hadi Hussin to post one travel photo for 10 consecutive days with no explanation needed.
That is 10 days, 10 photos to go with zero explaination.
Today I would like to nominate my dearest friend Ra Ya Nun to take up this travel photo challenge without any explanation.at Mount Bromo, East Java Province

Assalamualaikum,

Hah terobek aku dah sampai hari ke 10 dah.  Kali ni melihat keindahan di Gunung Bromo pulak. SubhanaAllah  begitu indahnya ciptaan Allah.