Info ni aku dapat dari kasinah. Oleh kerana ianya baik jadi aku war-warkan untuk renungan bersama. Semuga ianya mendatangkan kebaikan buat semua.
Warna’ Disebalik Waktu Solat
SUBUH - Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
ZUHUR - Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
ASAR - Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB - Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (gangguan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYAK - Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Sumber: www.zahazan.net
Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Thursday, May 20, 2010
Thursday, May 6, 2010
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Rahsia mengenai surah Yassin ni aku dapat daripada En Md Jessree. Jika ianya untuk kebaikan apa salahnya di war-warkan untuk semuakan! Semuga ianya mendatangkan keberkatan kepada semua. Amin.
Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa
semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat, munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa
semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat, munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
Sunday, May 2, 2010
Rindu terlerai akhirnya
Bergaya ala kuch kuch hota heiiii
1hb Mei baru ni aku balik kampung. Dah lama tak balik sampaikan mak kata aku dah kaya asyik kerja ja sampai tak ingat nak balik kampung. Amin mudahan makbul doa mak. Aduhaiiii kalau dah kuar sound macam tu emmm dah sah le lama sangat aku tak balik kpg padahal baru 2 bulan. Jadi oleh kerana data dah ok dah tak buat Ot lagi jadi aku pun balik le muar.
Sampai kat bangi dah jem sampai ke senawang. Slow je kenderaan. Lepas tu sampai kat Simpang Empat Toll Alor gajah jem juga. Lah kat melaka ada apa pulak ni ke depa semua nak pi Afamosa. Aduhaiiii bila cuti semua tempat liburan penuh sesak dgn org. Lepas tu sampai kat toll Air keroh dah jem juga. Aku ingatkan ada accident ke apa ambil le jln tengah tapi bila tgk jalan belah kanan ok je keretanya aku pun cilok ke kanan. Hah betul lah kalau hanya laluan paling laju je yg boleh jalan sebab rupanya sesak nak masuk Toll Air keroh. Aduhaiiii. Mata dah le ngantuk bawa tengahari buta ni jadi aku terus call kak jal ada tak kat rumah. Jadi masuk Toll Tangkak je aku pun terus ke rumah kak jal. Makan tengahari lepas tu lepak. Oleh kerana kak Ijah nak datang jadi aku tunggu lah. Sempat lagi tenguk dapurnya yang sedang di renovate. Wah cantik kabinet dapur rumah kak jal. Ni kalau mak nampak mesti le dia jeles sebab kabinet dapur yang di buat dulu tu banyak sangat problem almaklumle tukangnya orang Indon. Bukan tak nak majukan melayu tapi kalau buat tiles orang cina buat memang cantik tapi mahal lah, tapi sekurang-kurangnya puas hati takde le nak murah tapi lepas tu banyak sangat problem yg timbul. Buat sakit hati je.
Bila dah confirm balik kampung ni aku terus sms Aini minta alamat rumahnya kat melaka. Jadi balik hari ahad nanti aku nak singgah. Tak tau la pulak dia dah bermastautin kat Bemban. Aku ingat dia masih kat Sg Abong rupanya tak lama aku dapat kerja di Kl dia pun pindah melaka. Almaklumle hubbynya org melaka. Aku rasa mesti kat kampung rumah hubbynya lah tu.
Pukul 2 pm lagi lepas siap semua aku pun balik KL. Balik awal sebab nak singgah Bemban. Lalu highway melaka lepas tu masuk Bemban. Sampai kat pekannya aku dah confuse. Ada 2 simpang ni. Belah kanan ke tangkak manakala ke kiri ke Air molek. Mana satu ni? Aku pusing ke kanan sekali nampak pulak signboard ke KL. Lah mana taman rumah aini ni? Jadi berhenti lah ke tepi jalan. Contact Aini lagi. Rupanya aku dah salah ambil simpang. Dia sepatutnya simpang ke kiri. Tak pe turn balik. Tak lama kemudian belok kanan hah betul lah taman Bemban baru. Masuk lagi lah mane simpang rumahnya ni. Pusing balik ke kedai depan tu nak confirm betul ke Taman Bemban baru tu. Betul lah kalau tenguk signboardnya dan contact lagi. Oh ada padang permainan rupanya dan belok kanan. Ok Pusing balik hah nampak padang Tapi rumah dia yang mane. Rupanya nun hah yang hujung sekali.
Alhamdulillah sampai juga teratak Aini. Windunya kat dia maklumle kali akhir tahun 2004 masa tu anak keduanya baru meninggal dan aku datang beraya di rumah maknya sambil bertanya khabar tentang aruah anaknya. Masa tu aini masih di kota tinggi. Masa aku dapat balik muar dia dah dapat tukar ke muar dan ngajar di sekolah Bt 2. Lepas tu aku dapat tukar ke KL kerana naik pangkat terus tak tau cerita lagi bagaimana. Dan baru-baru ni dek kerana penangan Facebook dapat contact semula. Rupanya dah bermastautin kat melaka la pulak.
Dalam masa 2 jam rasa sekejap je masa berlalu. Rasa tak puas bersembang. Macam-macam lah kami bercerita sampaikan suaminya yang kat kebun pun dah balik masih lagi tak habis cerita. Maklumle nak imbasbalik kenangan lalu yang dah berjaman di tinggalkan. Cerita masa kat asrama lah tentang kawan lah dan macam-macam lagi. Lepas habis SPM dulu aku baik dengan Aini dan Mas sebab kami satu jalan. Dengan Masniah sebab rumah atoknya sebelah rumah mak saudara aku kat Batu 17 Air Hitam muar. Adik mas pulak satu sekolah dgn adik aku Faizol. Manakala aini pula anak saudara aku kahwin dengan org kampungnya. Dan lagi kami serasi maklumle sama-sama jawa dan org kampung le katakan. hehehe
Rumah aini tu best juga sebab depan tu kebun buah-buahan. Wah syok ni kalau musim durian aku cakap kat aini boleh le aku mengendeng rasa sama. hehehehe Tak kisah lah tapi dok kat rumahnya tu maklumle dekat kampung kan jadi suasana kampung tu masih lagi terasa walaupun dah jadi taman.
Sebelum balik KL kami pun berposing le sebab aku nak tunjuk kat Anifah dan kawan Hostel yang lain kami dah reunion dulu. Depa nak buat reunion bulan 6 nanti time cuti sekolah, tapi aku dah jumpa aini dulu sebelum jumpa geng yang lain. Bukan apa dah windu sangat. Jadi walaupun sekejap cukup lah dulu. Ada masa kalau aku balik kampung masih lagi boleh singgah. Pukul 5 aku pun hai hai bye bye dulu dengan aini semuga ada umur boleh datang lagi. Apa pun rindu bertahun terlerai juga petang ahad itu. Semuga ukhwah yang terjalin ini berterusan hingga akhir hayat. Amin
Depan rumah
Bergelak santai berdua
Friday, April 30, 2010
Bukan Tak Sudi - Mimie Afinie
Sinopsis
Dia tidak pernah mencari. malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagi pun dia tidak mahu terburu-buru. maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti...merana seumur hidup.
Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain.... Si sarip Dol tu juga yang dia nampak.
Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada si Syariff tu...lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak pada lelaki itu.
Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah...jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu...lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat....tapi dia tak nak tanggung risiko.
Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti 'BUKAN TAK SUDI', karya terbaru daripada Mimie Afini.
Sempena pesta buku 2010 yang baru saje berlalu seperti biasa Mimie Afinie akan keluarkan novel baru dan kali ini Bukan Tak sudi. Kali ni takde props yg cun dok kat booth karnadya. Kalau tahun sebelum ni ada je props seperti dulu dimana dok tercangguk skuter yg cun disebabkan novel barunya peminat skuter zaman dolu-dolu. Dan seperti biasa kali ini novelnya memang kelakor habis. Aku boleh tersengeh-sengeh je baca tapi memang le kelakor. Tapi tu lah walaupun sedap membacanya tapi nak mengabiskannya aku boleh ambik masa seminggu. Entah kenapa sekarang ni nak menghabiskan novel kalau baca time hari bekerja manjang je tak habis. Mana taknya aku boleh terlelap depan tv bila start baca je baru beberapa minit orang entah ke mana tv entah ke mana. Terbongkang tidur kerana kepenatan....sebab tu mane nak habis cepat. Ada tak ada pun hari minggu le paksa habiskan novel.
Ok berbalik pada BTS ni mengisahkan Anis Zulaikha yang pening memikirkan tentang boyfren apa lagi asyik le kena desak maknya yang dah tak sabar-sabar nak dapat menantu. Macamana nak kahwin kalau boyfren pun tak ada. Dia juga mempunya best fren semasa sekolah sampai le dah bekerja dan tinggal menyewa bersama iaitu Zura dan salma. Tapi bila mak kata syarif datang merisik dia dah panik apa lagi kalau tak ada boyfren maknya akan terima pinangan syarif aka si Sarip Dol Samseng Kampung Dusun. Apa lagi le anis kecut perut apa lagi teringatkan si sarip kawan sekolah yang merupakan seorang samseng semasa sekolah dahulu. Walaupun dah lama zaman sekolah berlalu dan tak tau lagi macamana rupanya si sarip tu tapi anis tetap tak mahu apa lagi teringat zaman nakal sarip dolu-dolu. Seumpama nak menjerat diri sendiri je nak kahwin dengan samseng seantero dunia terkenal zaman Bujang lapok tu. hehehehe bila dia kata sarip dol aku terbayang le pulak rupa sarip dol samseng kampung dusun dalam citer Bujang lapok tu siap dgn basikalnya. Aduhai macam-macam je gelaran yg anis bagi.
Si anis pun nakal juga kalau dia tak suka ada je gelaran yang di baginya. Seperti sarip dol lah lepas tu Arjun rempah bin kari lah. Tu pasal aku tepek gambar arjun rampal my feveret actor hindustan sebab Anis tak suka kat omar kawan n BFF abangnya yang ada iras-iras Arjun Rampal kata zura tapi anis tukar jadi Arjun rempah bin kari. Aduhaiiiiiii kelakor lah sebab anis ni fanatik filem hindustan, dia boleh bantai tenguk citer hindustan sampai entah beberapa kali.
Nak jadi cerita boss barunya Al dah jatuh syok kat anis bila mula-mula datang kerja di tempat anis. Bossnya bolehlah tahan tapi anis tak ada perasaan pun. Tapi kerana nak elakkan kena pinang dek sarip Dol dia pun terima cinta Bossnya Al dan mereka pun jadi couple. Walaupun mula-mula tak suka tapi akhirnya cair juga le dengan cinta Al. Walaupun Yuna yang ada hati pada Al jeles tapi pada anis dia apa kisah janji Al yang syok kat dia. Jadi anis pun bercouple lah dgn Al. Tapi kemudian Al macam susah sangat nak keluar dgn Anis. Anis dah syak macam-macam tapi bila Al kata maknya nak tinggal dengannya dan dia dah susah lah nak dating seperti dulu anis pun terima kata buah hatinya, walaupun muskil tapi oleh kerana dah sayang terima ajelah penjelasan Al. Tapi satu hari yuna talipon nak jumpa dan kebetulan mereka di tempat yang sama rupanya Yuna nak tunjukkan kebenarannya mengenai Al pada Anis. Rupanya 'buah hatiku suami orang'. Anis frust lah dan berhenti kerja di tempat lamanya walaupun sayang nak tinggalkan zura yang merupakan housemate dan ofismate serta kawan rapatnya. Apa lagi tak lama kemudian zura pun berkahwin dan salma juga setelah bertemu Budi terus jarang berada di rumah apa lagi baru beberapa hari kenal dgn Budi dah nak kahwin. Oleh kerana tinggal seorang dan setelah berhenti kerja along telah mengajak anis bekerja di tempat nurserynya dan juga tinggal dirumahnya yang juga merupakan rumah Omar.
Walaupun tak suka dengan omar yang suka dok tenung-tenung dia macam nak makan hanya kerana Omar terlalu syok kat anis tapi kerana desakan Along anis pun ikutlah kehendak along. Semasa di opis barunya dia berkenalan juga dengan wak yang sangat kelakor dan lurus bendul. Apa lagi bila part kantoi dengan wak dok ngendap omar dimana anis dah mula menyukai omar yang telah menyelamatkan anis semasa dia sakit. Aku dapat bayangkan le macamana le part anis dok terhendap-hendap tenguk omar dari jauh dan kelakor bila kantoi dgn wak. hahahahahaha. Wak tu satu hal kata tak citer kat orang lain tapi akhirnya dia pecah rahsia juga. aduhaiiiiii. Lepas tu suresh yg ada iras-iras anil kapoor yg selalu sembang dgn anis lagile omar jeles. Ye lah dia nak ushar anis, anis buat dek je jadi kenalah tahan hati dan bersabar dengan gelagat anis. Walaupun dah bermacam-macam cara Omar dok buat tapi anis masih lagu tu juga.
Tapi aku tak boleh tahan gelak bila part anis jual mahal bila kek lapis masam manis yang dia paling suka yg omar bawa balik. Kunun-kunun nak bagi kat anis sebab feveret anis tapi dek kerana tgh 'bergaduh' dgn omar hah tahan je perut konon tak sudi nak makan tapi sampai ke malam dok teringat-ingat. Terpaksa lah pi selongkar peti sejuk kut-kut kek tersebut ada lagi. Dah makan boleh pulak kata 'terima kasih abang omar, sayang abang' Sekali ada sound efek pulak da. 'sama-sama. Abang pun sayang anis' kwang kwang kantoiiiii
Tapi start dari malam tu le dek kerana renungan abang omar alias arjun rempah bin kari anis pun terus suka kat omar.
Setelah couple dengan omar bila tiba hari nak bertunang anis menukar fikiran hanya kerana disebabkan 'Marsya'. Sapa ye 'marsya' pada omar? Kenapa susah sangat nak jelaskan pada anis. Dan kerana disebabkan 'Marsya' lah anis terus nak clash dgn omar walaupun pada masa tu dah ada ura-ura mereka nak bertunang dan terus cakap kat maknya suruh terima sarip Dol lah pulak yg kata maknya masih terus menunggu anis biorpun berapa lama pun. hah masa ni le adegan citer hindustan bermula. Sekejap nak kahwin dengan sarip Dol tapi sekejap teringat kat omar lah pulak. Bila dah tunang dengan sarip Dol eh bila nak nikah tak nak pulak kat sarip Dol tapi nak kat omar pulak da. Aduhaiiii boleh buat pening mak bapa anis dok layan kerenah dia. Lepas tu kememeh la pulak. Asyik nak berlandung airmata. hahaha Nasib baik bapa dia sporting suruh layan citer hindustan le pulak walaupun dok frust dgn omar. hehehehe kelako bapa dia. Lepas tu Abang salim dengan isterinya kak siti bukan main lagi dok mengusik anis. Suami isteri berdua tu sama naik dan sama gatal dok mengusik anis. Kah kah kah aku pecah perut dok baca dan ketawa bagai nak rak berguling-guling je part abang salim dan isterinya dok mengatal.kah kah kah kah
Apa pun akhirnya selamat da..semuanya.. Siapa jejaka idaman malaya yang jadi milik anis? Adakah Sarip Dol samseng kampung Dusun atau pun Arjun Rempah Bin Kari. Kalau nak tau kena lah baca 'Bukan Tak Sudi' karya Mimie Afinie.
Monday, April 26, 2010
Motivasi Diri sambil layan tenguk orkid!!
We never get what we want,
We never want what we get,
We never have what we like,
We never like what we have.
And still we live and love.
That's life...
The best kind of people,
Is the kind you can sit on a porch and swing with,
Never say a word,
And then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had
What we've got until it's gone,
But it's also true that we don't know
What we've been missing until it arrives.
Giving someone all your love is never an assurance that they'll love you back!
Don't expect love in return;
Just wait for it to grow in their heart,
But if it doesn't, be content it grew in yours.
It takes only a minute to get a crush on someone,
An hour to like someone,
And a day to love someone,
But it takes a lifetime to forget someone.
Don't go for looks; they can deceive.
Don't go for wealth; even that fades away.
Go for someone who makes you smile,
Because it takes only a smile to
Make a dark day seems bright.
Find the one that makes your heart smile!
May you have
Enough happiness to make you sweet,
Enough trials to make you strong,
Enough sorrow to keep you human,
And enough hope to make you happy.
Always put yourself in others' shoes.
If you feel that it hurts you,
It probably hurts the other person, too.
The happiest of people
Don't necessarily have the best of everything;
They just make the most of everything that comes along their way.
Happiness lies for
Those who cry,
Those who hurt,
Those who have searched,
And those who have tried,
For only they can appreciate the importance of people
Who have touched their lives.
When you were born, you were crying
And everyone around you was smiling.
Live your life so that when you die,
You're the one who is smiling
And everyone around you is crying.
Subscribe to:
Posts (Atom)













