Wednesday, February 8, 2012

Wisata Jogjakarta Geng UB Hari Ke Dua Bhg 1

 Salam semua. Sebelum ni dah cerita tentang piza hut ,  Hari pertama dan Bhg 2 dan kita sambung Hari Ke 2 pula ya. Masa di Jogja cepat satu jam tapi rasanya macam waktu siangnya panjang dari waktu malam. Kenapa? Sebab dalam pukul 4 waktu Jogja manakala di malaysia pukul 5 subuh dah masuk. Lepas tu azan berbunyi 2 kali rasanya. Satu panggil untuk bangun dan satu lagi baru betul masuk subuh. Seronoknya sebab azan bersahut-sahutan. Mula-mula masjid yang berhampiran, lepas tu nun masjid lain lepas tu masjid lain pula. Best pula mendengar bunyi azan berkumandangan berpanjangan. Lepas solat subuh sambung lagi tidur tapi dalam pukul 5.30 dah siang. Pukul 7 dah terang benderang tapi sebab nak keluar lagi pukul 9 melepak sambil berbual ler sebab dah tak boleh lelap mata. Bilik sebelah dengarnya sambung tidur lagi. Ya lah malam semalam  sampai hotel pun masih tak tidur bersembang sambil membongkar hasil belian siangnya. Sempat lagi Bunga menunjuk bagaimana lipatan kain yang bersusun yang di pakai wanita Kraton. Lepas tu macam-macam yang di borakkan sambil ketawa riang terutama mengenai baju batik kimono yang nawwir beli. Memang seksa tapi cantik.

Kali ni Mbak Artik sediakan sarapan soto. Ada satay perut lagi.

Tapi sotonya layan dengan nasi bukan nasi himpit ya. Tempe mesti ada.

Ni gambar-gambar yang di ambil semasa Gunung Merapi meletup tahun lepas. Kiranya teruk juga sehingga sampai ke bandar Jogja serpihan habuk gunung tersebut. Ngeri juga melihatnya. Gambar ni kami lihat di dinding Hotel untuk tatapan penginap-penginapnya.

  Tempat pertama yang kami pergi pada hari kedua ialah Taman Sari. Taman Sari ni merupakan tempat mandi keturunan Kraton terutamanya bagi raja dan permaisuri serta puterinya. Ia juga dikenali sebagai Istana air. Boleh kenali salah-silahnya di sini. Kena beli tiket dan seorang pemandu pelancung akan mengiringi kami sambil bercerita tentang sejarah Taman Sari. Seperti biasa ler aku asyik tercicir sahaja. Orang dah ke depan asyik di belakang mengamati keindahan Taman Sari.

  Kalau tenguk peta besar juga kawasannya. Tapi bila membaca sejarahnya rupanya lagi besar kawasannya. Tapi sebab ada sebahagian tempat yang telah musnah hanya yang tinggal tempat permandian Raja Kraton. Malahan ianya juga merupakan tempat terakhir menyelamatkan diri sebab ada jalan bawah tanah yang tersembunyi. Maklum lah zaman dahulu kala setiap bangunan yang dibina ada jalan tersembunyi seperti juga Kota Melaka yang katanya ada jalan bawah tanah yang dibina untuk menyelamatkan diri dari musuh.


                                             Pintu gerbang masuk ke Taman sari.

Mendengar penerangan tentang pokok. Semuanya mendongak. Tanya sama pokok... hehehe

Pemandu pelancung ni memanjat pokok yang katanya boleh mencantikkan kuku jari.

Testing di kuku jari Bunga.

Chewah kuku jari dah pakai gincu. Macam pakai cutex je tapi tak berwarna merah cuma berkilat.

Di belakang merupakan tempat mandi atau Taman Air Kraton Jogjakarta.

Yang ini permandiannya besar. Khas untuk perempuan ja. Bangunan 2 tingkat tu katanya tempat persalinan Raja dan juga tempat mengitip perempuan yang mandi di tempat yang luas ini. Sebelah sana merupakan kawasan permandian Raja bersama permaisuri atau gundeknya yang terpilih.

Ni kawasan permandian Raja dan permaisurinya. Ianya lebeh kecil sebab ianya special sikit lah katakan. Aku dapat bayangkan macamana le agaknya bila Raja berenang mengejar gundeknya sambil bergelak gembira. Hahahaha tinggi sungguh imaginasi aku. Agaknya masa mandi pakai apa ek. Takan le pakai kain batik buat pelampung. Masa dulu mana ada bikini. hahaha apa saje lah yang aku fikir ni.

Dari atas bangunan 2 tingkat tempat Raja mengendap siapa yang mandi. Nakal ek raja dolu2. hehehe

Tak paham aku kenapa pintu masuk tempat persalinan ni begitu rendah sampaikan kena tunduk kepala bila nak masuk. Jenuh jugalah nak ambil masuk dalam frame pintu tu. Tapi ukiran dia cantik.

   Ada pangkin tempat berehat atau tidur tak pasti fungsinya. Syok juga ni kalau bergolek-golek sambil layan novel. Kukuh kayunya. Bawah tu macam ada tempat pendiang. Adakah ini tempat untuk memanaskan badan dengan berbaring diatasnya. Ala lupa nak tanya pemandu pelancung tu apa kes ada pangkin dalam bilik persalinan yang jadi tempat mengendap raja ni. Aduhaiiiii.

Masa masuk dari pintu depan tu sekarang keluar dari pintu sebelah sini pula.

Kawasan lain pula.

Ukiran yang menarik pada pintu gerbangnya. Setelah selesai di Taman Sari kami singgah di perkampungannya pula dimana terdapat rumah yang menjual lukisan.

Kak su sedang bertanya harga lukisan yang di minatinya.

Depan rumah tersebut ada terdapat tanaman buah Markisa. Ini lah buahnya. Masih menghijau lagi kalau masak rasanya warna kuning kalau tak salah lah. Sebab aku pernah makan buahnya semasa pergi Bukit Tinggi dulu semasa berhenti di Air terjun dimana ada gerai yang berjualan buah markisa. Rasanya sebijik seperti jus markisa yang aku pernah rasa. Manis bersari.

Nyaman perkampungan dalam Kraton Taman Sari

Lain dari yang lain tingkapnya. Dan dindingnya bukan papan  seperti beranyam. Beranyam pakai rotan ke apa ke tak pasti. Kang aku dok belek-belek dindingnya kang dikata aku nak ngendap pulak. hehehe

Alahaiii dah sepagi  berjalan mengeliling perkampungan Taman Sari, kita sambung pula bahagian ke 2 ya. Ponat den ni nak bercerita. Kita minum dulu.   

    

Tuesday, February 7, 2012

Wisata Jogjakarta Geng UB Hari pertama Bhg 2

   Salam semua. Ok nak sambung semula citer jenjalan ke Jogjakarta ya. Hari tu dah citer sikit mengenai hari-pertama sampai, kali ni nak sambung lagi. Selesai ke Keraton Jogjakarta, pak supir pun laju ja bawa kita orang ke Candi Borobudur yang juga merupakan kawasan wisata yang terkenal di dunia. Oleh kerana tempatnya jauh dan kebetulan pula pada masa tu hujan dengan lebatnya, apa lagi semua  pun terlena dengan syioknya, apa lagi buat beberapa teman yang sebelum ini sudah tak cukup tidur dek kerana datang awal ke LCCT. Rasanya ambil masa 1 jam lebeh juga lah untuk sampai. Tiba-tiba van berhenti di pintu masuk ke Candi Borobudur. Hujan yang lebat tadi telah pun berhenti hanya tingal gerimis je yang mengundang.Kak su dah menanya semua orang nak turun tak? Masing-masing baru tersedar dari tidur yang lena. 

   Dengan mata yang terpisat-pisat, semua macam liat je nak turun. Apa lagi nak kena mendaki tangga. Aduhai bercinta sungguh. Tanya kat nacha best ke Candi Borobudur tu. Nacha kata ianya merupakan kuil Budha dan nak naik tu kena mendaki tangga yang banyak. Pak supir tunjuk juga area dimana Candi borobudur tu boleh nampak. Aku jenguk tak nampak pun cuma nampak awan je. Yang lain dah senyap atau pun masih lagi mamai, aku pun tak tahu. Yang pasti aku memang tengah mamai, baru bangun tidur lepas tu nak mendaki lagi huh tak larat lah. Hujan gerimis lagi tu, lagi ler dalam hati dah malas nak turun.  Lepas tu ada yang tanya "nak masuk kena bayar kan?". Ada suara yang menjawab tak pasti siapa. "Haah".  Lepas tu masing-masing senyap balik. Agaknya tengah berfikir nak turun ke tak nak. Akhirnya sepakat semuanya tak nak turun. Jadi van pun pusing balik semula balik Jogja. Tapi dalam perjalanan tu sempat lagi berhenti ambil gambar replika. Kiranya replika yang kecil sikit dari yang asal lah ya.


Ni katanya replika Candi Borobudur.


Ni seperti pintu masuk ke kawasan Candi Borobudur. Dah nak balik baru di tunjukan sebab  semasa datang semuanya tidur. Lelap sungguh tak menyadar. 


Rumah yang unik


Ni pun replika tapi tak pasti sebagai apa.Mungkin salah satu yang ada kut.

   Perjalanan di teruskan sambil tu bercerita tentang makanan yang ada dan pelik ayatnya. Tapi yang tak leh tahan tu bila Kak su menyebut tentang ayam goreng Mbok Berek.  Pelik kan. Aku pun tak penah dengar. Banyak juga sepanjang jalan nama makanan yang tak penah dengar dan tahu yang ada di Jogja. Acara seterusnya ialah ke kedai Batik. Apa lagi shopping time. Mata masing-masing terus je menjadi besar bila turun di Butik Tirto Noto. Apa lagi dengan melihat kain batik yang cantik dan menarik terus hilang ngantuk. Hai perempuan kan biasak ler.

Acara menebar kain batik. Semuanya cantik cantik dan lawa warnanya.

Atas pangkin melambak kain batik pelbagai warna. Yang warna biru tu menawan sekalli di mata ku. Tapi bila di buka rupanya kain lain baju lain dan seperti biasa ler kalau dah buat asing nampak gaya tak cukup kain ler. Cantik kalau buat baju pakai di hari Khamis. Huh sebal sungguh rasa hati tak dapat membelinya. 

Baju kemeja batik


Ibuk-Ibuk yang sedang bergumbira menyopping kain.

Setelah sakan menyupping kain batik di Butik Tirto Noto, masing-masing sudah kelaparan. Maklum lah dah petang. Oleh kerana kaksu dah bercakap tentang Mbuk Berek maka kami pun terus menuju ke kedainya nak makan ayam goreng Mbok Berek. 


Inilah ayam goreng Mbok Berek. Yang mengerikan tu hah nampak tak kepalanya terbontang sekali. Kepalanya kami bagi kat bunga.

   Rupanya Ayam Goreng Mbok Berek ni selalunya dijual dengan bungkus bawa balik. Tapi kali ni delegasi dari Malaysia sudah teruja mendengar kesedapan Ayam Mbok Berek terus saja ke kedainya ingin merasa. Jadi oleh kerana bukannya gerai terpaksa lah Mbok tu keluarkan meja makannya dan kerusi untuk kami. Yang kelakor tu dengan periuk nasi sekali terus je letak atas meja. hahahaha tak tahan sungguh kami melihatnya. Oleh kerana selalunya hanya menjual ayam goreng je terpaksa juga Mbok mengeluarkan lauk lain.

Nampak tak kat hujung tu periuk nasinya. Macam makan kat rumah je. Oleh kerana dah lapar ,2 ekor ayam sekali hadap. Dengan sambal lagi. Lepas tu Mbok keluarkan tempe goreng bila nampak kami macam dah lapar sangat. Hahahaha macam tak makan seminggu. Dia jadi sedap sebab petangnya hujan, penat berjalan dapat pulak nasi panas-panas dan ayam goreng yang panas. layan dengan teh suam. Licin semuanya lah.
 
  Licin sungguh tinggal tulang je. Memang sedap lah makan panas-panas layan dengan nasi panas. Sambil melayan kami makan Mbok minta permisi nak mandi. hahahahaha sian dia melayan orang malaysia serbu kedainya sampai tak sempat nak mandi lagi.  

                                          Posing depan kedai Mbok Berek yang femes 3 keturunan.


  Selesai makan acara disambung semula. Kali ni kami pergi ke Jalan Molioboro pula dimana terdapat sederetan kedai-kedai yang murah dimana, di kaki lima kedai juga terdapat pelbagai barangan jualan yang murah jika pandai menawar. Apa lagi mencari kain batik lagi lah. Sampai je ke Jalan Moliobor kami masuk Butik Danar Hadi. Batiknya ekslusif dan cantik-cantik. Harga pun boleh tahan mahal. Aku cuma cuci mata je. Nak cari kain batik ela nak buat baju. Banyak kedai yang kami masuk dari satu kedai ke satu kedai.

Hasil batik yang di buat jadi pelbagai jenis.

Ni kalau tak salah alas meja

Lawa lah batik biru dijadi pelbagai hiasan meja.

Ni tak pasti Butik apa tapi memang ekskusif harganya beb.

Hah ni lah kedai yang aku suka sebab jual kain ela. Ada offer pulak tu. Obral tu kalau tak salah bermaksud offer cakap orang malaysiale. Kat sini apa lagi lah tebar kain ler nak mencari yang cantik. Rambang mata sih melihat pelbagai warna dan corak. Kita orang cari kain ela cotton atau yang biasa je. Nak beli sutera mahal lagi pun susah nak menjaganya. Dapat yang biasa cukup lah. 


Ni pelbagai jualan di kaki lima

Cantik kan kasutnya.

. Tshirt pelbagai jenis dan warna.

Di kaki lima jalan banyak di jual pelbagai jualan. Oleh kerana hari pertama kami cuma masuk kedai je tak singgah di tepi jalan lagi. Setelah selesai memborong kami pun balik ke Hotel kepenatan. Besok hari pukul 9 nak berjalan lagi. 


Friday, February 3, 2012

Wisata Jogjakarta geng UB Hari pertama Bhg 1


                        

 Salam semua.  Baru-baru ni aku  ikut geng Ulat Buku pergi jenjalan ke Jogja pulak. Kiranya ini pertama kali kitaorang sampai kecuali nacha yang dah pernah pergi. Kami akan menginap di rumah guesthouse kakak Bunga iaitu kawan Indonesia yang kami kenali melalui alam maya. Alhamdulillah bila teringat ukhwah yang telah terjalin hanya melalui alam maya memang tak sangka kan. Dari hanya bergebang di blog Makcik raja aku dapat kenal ramai kawan serata malaysia malahan asia tenggara juga iaitu Brunei, Singapura dan Indonesia. Begitulah talian internet mendekatkan orang yang jauh. Indonesia aku kenal Bunga. Singapura aku kenal Kak Norisah manakala di Brunei aku dapat kenal Kak mon dan adiknya Ryn malahan dah pernah mencemar kaki melangkah ke Teratak Indah orang Brunei. Malahan sambutannya memang marbeles lah. Cayang kak mon dan ryn 10000000000  kali. hehehe Bukan bodek ya tapi kenyataan.

 Oleh kerana flight pagi terpaksa le subuh sapieee sampai ke LCCT. Nasib baik Hafiz ada, jadi dialah yg tolong hantar ke airport. Penerbangan pukul 7 pagi dan mengambil masa 2 jam untuk sampai Jogja. Yang bestnya masa masuk kapalterbang, kaknoor kata dia terjumpa seorang mamat hensem pengacara TV3 tapi dia tak ingat nama. Aku pulak memang tak perasan menonong je masuk cari tempat duduk jadi bila kaknoor citer mamat hensem huh jenuh dok fikir sapa ye kat depan tu. Sampai lah kat airport setelah dia orang dah clear imigesen dan beg, baru aku tahu kalau mamat hensem tu  Fetri Yahya. Dah la aku yang paling last di kaunter imigeresen, setelah selesai chop pasport nak ambil beg baru tahu kalau Fetri TV3 rupanya tapi  bayang dia pun aku tak nampak. Depa pulak kelam-kabut mencari beg tak sempat tarik Fetri nak bergambar terutamanya nacha. Sebab kesian tul nacha, kena masuk bilik special di periksa seluruh tubuh. Nasib baik yang lain tak kena. Bengang sungguh nacha dgn org imigresen. Selalu je dia jadi mangsa. Dulu masa balik dari Padang dia yang kena bongkar beg oleh kastam manakala org lain lepas je. Aku lagi ler kesian bayang dan tapak kaki Fetri pun aku tak nampak. Fetri cepat je selesainya dan telah ada orang menunggu menjemputnya. Katanya ada kerja di Jogja. Ala... apasai la tak tanya Fetri dia pi kena kerja kat mana boleh ler kita pi terjah tenguk dia buat kerja. Hish nasib aku lah yang miss tenguk dia.

Ni masa beratur nak naik flight di LCCT.

NI semasa beratur nak check pasport. Tempat imigeresennya kecil je. Ni pun dek ramai dah melimpah keluar dari bangunan. Kak Su, Yah dan nawir dah lepas ke depan. Aku je yang tercicir sebab mencari pasport yang terselit dalam beg. Bila mencari terpaksa bagi orang lain dulu. Ada 2 kaunter je.

Selamat datang ke Bandara Jogja International Airport Adisutjipto

Comel kan coffee stopnya. cute gitu.

   Semasa sampai di airport telah ada pak supir yang menunggu kami. Jadi kami terus sahaja ke guest House Buk Artik kakak bunga di Hotel Jogokaryan. Rasanya ada 3 tingkat tapi bilik kami di tingkat kedua. Ok lah hotel dia siap ada aircond dan bilik air didalamnya. Kaksu, yah, nawir dan Wan di bilik depan yang besar lah juga. Tilam 2 yang besar dah terhampar di bilik mereka. Manakala aku, nacha dan kaknoor bilik lagi satu dengan double bed dan satu bed kecil. Kami berehat dahulu sementara menunggu Bunga sampai dari Jakarta.  
Sementara menunggu Bunga sampai Buk Artik telah menyediakan sarapan eh makan tengahari kut sebab dah pukul 11 lebeh. Dalam flight kita orang dah book sarapan jadi ni kira lunch ler ya.

Ni aku tak tahu nak cakap masak apa? Macam gulai lemak ayam gitu tapi bukan masak lemak cili api ya sebab tak pedas pun. Dalamnya ada tahu. Ok lah juga makanannya.

Ni di panggil Abon yang pada kita di panggil serunding tapi Abon ni halus buatannya. Emmm sedap. Masing-maisng dah berkira nak beli bawa balik


  Setelah Bunga sampai dan setelah selesai makan, kami pun memulakan perjalanan menuju ke Kraton Jogjakarta atau pun dikatakan sebagai Museum  kebudayaan Jawa dan tempat tinggal keturunan di Raja Jogja gitu. Dia ada pemandu pelancung yang memberitahu salahsilah dan cerita mengenai Keraton ni tapi aku tak dengar sangat. Rugi kan. Mana taknya asyik ler tercicir, orang dah ke depan aku masih lagi dok klik-klik kat belakang. Sebelum masuk kena bayar tiket yang berharga seorang 100.000RP yang berharga dalam 35RM. Kalau ada kamera kena bayar 1000RP iaitu 35sen. Hah tenguk kat papan tanda tu.

Ni tempat bayar harga tiket dan disediakan seorang pemandu pelancung yang akan membawa kami mengelilingi Kraton.

Ni ning ning dari malaysia ya ibuk ibuk. Tapi Bunga memang ada keturunan Kraton gitu sebab itu dia cantik sekali malahan kalau bercakap lemah lembut gitu tak macam kita orang ganas. hahahaha 


Ni merupakan replika penjaga Kraton yang menjaga di pintu masuk.


Bangunan didalamnya antik dan terserlah dari segi rekabinanya yang unik.

Kawasannya luas dan banyak bangunan.

Ni merupakan petugas Kraton. Relaks je bapak itu duduk di atas tanah.

Ni barang-barang yang ada dalam muzium. Barang yang di terima dari negara asing.

Didalam muzium

Kita orang berposing di gambar kerabat Kraton. Raja yang keberapa tak pasti lah.

Ni bangunan lain pula.

Tugu yang dibina.

Ni model atas model. Masing-masing menunggu untuk berposing. Yang belakang berskirt hijau tu pemandu pelancung kita orang.


Ni macam balai bersidang.

Atas bumbung begitu cantik berwarna-warni gitu.


Wah depa dah ada piagam pelanggan gitu. hehehehe Zaman Presiden Soekarno tu.

Muzium yang lain pula.

Ni pekakas yang di gunakan semasa Dolu-dolu. Cute tekonya ada gambar lagi tu. Ni kalau kak mon tenguk mesti suka boleh buat koleksi teko gitu. Pink beb warnanya.

Yang ni lagi lah aku tak tahan nak gelak sebab tak sangka depa pakai dapur minyak tanah cap butterfly yang femes tu. Kiranya kita orang dolu2 memang pakai dapur Butterfly ek. Teringat pulak oven 4 segi warna hitam Butterfly untuk masak kek.


Wah depa dah ada sarung tangan semasa memasak. hehehe

Ni lah kediaman rasmi keluarga Diraja Jogja tersebut yang masih ada. Kata pemandu pelancung kalau lampu di luar tu menyala bermakna adalah Raja di rumah.

Mak datuk dia punya mangga besor. Pintu pun fuyooo berat tu nak tolak.
  
Setelah penat berjalan masing-masing kehausan. Semua menuju ke tempat menjual air.

Penjual penjual yang terdapat di luar Wisata Kraton. Tak berani nak beli takut di serbu, lagi pun hari pertama dan lagi duit masih besor belum di tukar. Lagi pun kata Bunga nanti shopping di jalan Molioboro lagi asyik dan murah katanya.

   Aduh aku pun dah haus dok bercerita jadi nak cari air dulu lah ye. Tenguk depa membeli air aku pulak jadi kehausan macam ler banyak cakap padahal tangan je yang ketak ketik menaip. Ok kita bersambung bahagian ke 2 pula ya. Belum habis lagi ni hari pertama ada banyak lagi. Si tukang cerita dah repot. hahahahaha.