Thursday, December 6, 2012

Korea 2011 Day 1 n Day 2 Bhg 1


Hari 1 -  9hb November 2012

   Assalamualaikum semua. Kita cerita pasal jenjalan lagi ya. Sebelum ni  dah cerita trip korea tahun 2008 kan dan kali ini nak citer pasal pi korea tahun 2011 lah pulak ya. Ini kali yang ke 2 aku pergi korea. Kalau dulu dengan wan dan opismate nya dan pergi musim winter dan  kali ini pula dengan akak dan geng UB di musim Autumn pula. Memang sangat teruja kali ni sebab pergi dengan geng Ulat buku dan juga geng kamceng aku iaitu Kak zaharah serta june. Kali ni yang buat teruja sebab lokasi tempat yang kami pilih banyak lokasi drama korea. Sudah semestinya yang pergi ni semua peminat cerita korea jadi bila tenguk jadual perjalanan pi tmpt shopping sampai 2 kali kami requestle tempat lain sebab maklum le duit won ni mahal , dapat jejak tempat shopping sekali je cukuplah  yang femes seperti Myeodong (Macam pi kat Bukit Bintang), Dongdaemun, Namdaemun (macam Nilai 3 tempat borong), Isadong (macam pi bangsar sebab tempat pelancong dan barangnya lagi mahal 2 kali ganda) dan dengan harga pakage yang lebeh murah daripada dahulu dan rata-rata geng ramai yang tak pernah sampai kecuali aku, wan dan nacha, sudah tentu mereka jadi tak sabar nak pergi. Kali ni chief de mission ialah iejay. Manakala aku pula ajak Kak Jal yang tiba-tiba jadi excited nak jalan. Apalagi sejak dah pencen ni ada masa terluang tenguk cerita korea kat tv jadi bila aku ajak dia jadi teruja nak pergi. Sebelum ni aku dan wan  pergi pada tahun 2008 dan dikala itu musim sejuk malahan dapat main salji pun walaupun cuba berski tapi skinya tak leh jalan-jalan juga, huhuhu sodih sangat tapi pada kali ini musim luruh dan nak masuk musim sejuk. Walaupun musim luruh tapi kena standby juga baju sejuk sebab yang tak tahan ni angin dia sejuk sampai ke tulang apabila waktu malam.

Hari 2 - 10hb November 2011 
Penerbangan bermula pada pukul 2 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Incheon Korea pukul 6 pagi. Oleh kerana ada masa subuh lagi dan ada tempat di bilik air yang bersih maka kami bergilir-gilir solat. Setelah selesai membersihkan diri, buang air, solat maka perjalanan pun diteruskan. Sebelum sampai ke tempat bagasi kami kena naik shuttle train.

Kena melalui shuttle train dulu sebelum melepasi kastam.

 
Geng Ulat buku yang turut sama rombongan cik Kiah.

  Selepas semua prosedur di turuti, cop pasport dan seterusnya ambil beg dan tadaa kami sedia nak berjalan di seoul. Yezaaaaa. Semua dah seronok sangat nak jenjalan di seoul selama 8 hari 6 malam. Kami telah di tunggu oleh Nazmi iaitu Tourist guide kita orang yang merupakan anak pada opismate Eijay. Nazmi sebelum ni pernah menuntut di korea dan setelah bekerja di malaysia pun dia buat partime jadi agent pelancungan di korea. Bagus juga tu senang nak suruh dia tolong tanyakan dalam bahasa korea. Aku cuma tahu anyeong haseyo, gamsahamida, sarangheo hehehehe tu je lah. Hah lagi satu uppa Gongchan jejaka dalam cerita My Girl yang hensem.  hehehe sempat lagi tu teringatkan Lee Dong Wook. Iejay siap printkan bahasa hangguk korea yang mudah-mudah tapi bila dah berjalan, emmm takde masanya nak tenguk bahasa hangguk tu semua. Semuanya hempuk dalam beg. Lebih teruja nak berjalan  dari satu kawasan ke satu kawasan sambil posing. hehehe. Apa lagi geng semuanya kaki posing.  

  Dalam bas kami diberikan roti dan susu untuk sarapan. Hah macam kat atas ni susu banana. Sedap tau. Seminggu aku layan susu banana selain dari susu coklat tapi aku pilih susu banana sebab sedap, ini disebabkan tak boleh sarapan di hotel kerana meragui kehalalannya. Nak selamat makan roti bean kacang hitam dan susu banana buat sarapan. Jadi setiap pagi nazmi terpaksa supply sarapan roti dan susu. Emmm kalaulah kat malaysia ada jual, rasanya hari-hari aku nak minum susu pisang ni. Sedap tau. Tak caya.. hah kalau pi korea jangan lupa cari ya. Aku yang tak minat susu sekali rasa terus jatuh chentan... bukan kat mat korea tapi susu banana ni ler ya.

Akak aku depan patung berdepan dengan Rumah Presiden.

1) Lokasi 1 (Blue House)
    Dari airport kami terus menuju tempat pertama iaitu ke Rumah Presiden atau pun  Blue House. Depan palace tu ada satu tugu seperti gambar diatas. Depan tu pintu masuk ke palace Presiden Korea. Jadi kat area berhampiran sahaja yang kami ambil gambar. Lepas tu depan tugu tu ada satu bangunan yang menempatkan macam-macam mengenai sejarah korea. Masa aku pergi 2008 dulu kami cuma berkeliaran di sekeliling tugu tu je sambil berposing. Malahan aku dan wan sampai menyeberang ke jalan seberang nak ambil gambar berdekatan dengan pintu masuk Blue House. Tapi kali ini setelah puas posing di depan tugu tu kami semua pun masuk dalam bangunan tersebut. Aku lupa apa nama tempat tersebut.

Warga korea dengan baju tradisionalnya mempromosikan batu-batu berharga yang boleh dijadikan rantai dan sebagainya.

Ni sebenarnya merupakan studio dimana sesiapa pun boleh posing dengan presiden Korea walaupun hanya sekadar gambar sahaja. hahahaha jadilah ya. Entah bilo den dapek bergambo dgn Presiden Korea la weiiii

2) Lokasi Istana Gyeongbok

  Selepas tu kami dibawa ke Gyeongbok Palace. Seperti Blue House, Gyeongbok Palace juga tempat tour yang wajib pergi. 

Melepas lelah
Comel tempat paip air tapi sejuk.....burrrr

Pertukaran pengawal Istana.

Gambar diatas adalah rumah tradisional korea, best je melepak kat tepi macam tu kan. Lepas tu tempat paip air buat membasuh tangan. Kiranya asli sungguh bentuknya. Lepas tu pertukaran pengawal pintu Istana. Wah macam acara pertukaran guard di Istana Buckingham, UK je. Tapi tenguk lah pengawal dia sikit punya tinggi dan besar. Kak jal yang bergambar disebelahnya nampak rendah je. Dah lah muka sikit punya serius. Senjata yang di pegang pun ada yang mengerikan je. 

Kita sambung Bhg 2 ya




Tuesday, December 4, 2012

Baim Wong Punya pasal


Kek khas buat Baim dgn tajuk telemovie diatasnya.


Assalamualaikum,

 Siapa suka tenguk sinetron Indonesia? Kalau suka mesti kenal dengan Baim Wong kan ala pelakon Sinetron yang femes juga di Indonesia dan malaysia. Kat malaysia ramai juga peminatnya apa lagi Sinetron Benci Bilang Cinta di Astro manakala yang aku dah tenguk sinetron lakonannya ialah Soleha, Lagu Cinta Nirmala, Sejuta cinta Marshanda. Itu yang di tayangkan kat TV 9 rasanya. Nama sebenarnya iala Ibrahim Wong.

 Member aku Nacha dan Iela memang peminat Baim, aku pulak oleh kerana dah pernah tenguk sinetron lakonannya pun suka lah juga walaupun hanya suam-suam kuku sahaja. Jadi baru-baru ni nacha ajak aku pergi jumpa Baim Wong di tasik Perdana sebab dikatakan Baim akan membuat pengambaran telemovie bersama Elfira Roy dan telemovie tu akan di tayangkan kat Astro. Tapi masalahnya perjumpaan dia time kerja iaitu Hari Jumaat baru-baru ni. Aiseymen macamana ni? Lepas tu pulak cuaca tak menentu kalau petang je mesti hujan. Jadi perjanjian aku dengan nacha ialah kalau hujan cancel tapi kalau cuaca baik kita orang on je lah. Aku akan pergi ke pejabat nacha ambil dia dan bila balik hantar ke pejabat dimana dia parking keretanya.

 Jadi habis je kerja lepas 4.30 dah siap semuanya aku pun terus ke KL. Ajak Eila dia tak boleh join sebab balik lambat jadi aku terus je lah zoom ke KL. Tanya julie macamana nak lalui lebuhraya Putrajaya sebab kalau lalu situ cepat terus je keluar jalan Tun Razak. Nacha opisnya kat Kampung baru iaitu di pejabat Perkeso. Bila dah nampak signboard lebuhraya tersebut terus je lah lancar je sampai ke KL. Tapi bila nak keluar ke Jalan Tun Razak je aku dah sangkut kat situ hampir nak 1 jam. Perjumpaan tersebut sepatutnya pukul 7 tapi pukul 6.30 aku masih sangkut kat jalan Tun Razak. Aduhai sikit punya tension dok mengharung jem. Hujan pulak yang dah turun sebelumnya turun renyai-renyai lagi. Aduh camno ni. Aku dok berulang kali call nacha, nacha ingat aku tak jadi tapi aku kata dah alang-alang dok harung jem kena teruskan juga program. Akhirnya aku sampai depan opis nacha pukul 7.15 dan katanya acara di tunda ke pukul 8.30 malam. Jadi bila kata dah tunda time takde lah nak cepat-cepat sampai di Tasik Perdana tu. Berhenti sekejap kat opis nacha, barulah kita orang terus ke Tasik Perdana. Huh jalan Tun razak masih lagi jem.


Peminat yang menunggu dengan sabarnya

 Kitaorang sampai dalam pukul 8 dan menonong je mencari lokasi dimana pengambaran akan diadakan. Orang pergi Tasik perdana berjogging kita orang pergi nak jumpa pelakon Sinetron lah pulak. Sekali jumpalah beberapa peminatnya yang dah lama sampai. Berkenalan lah dengan fan Baim Wong terutamanya dila, liza dan beberapa orang lagi. Depa rupanya dah kenal rapat malahan dah pernah pergi ke Restoren Baim Wong di Jakarta. Malahan kata dila sampai kena halau pekerja Baim Wong sebab asyik bertunggu tangga menunggu Baim Wong.  

Ni props untuk telemovie tersebut.
 Nampak lah juga crew pengambaran yang nak menyiapkan pelamin. Katanya malam tu shot yang akhir dan Baim Wong akan balik Jakarta besoknya. Dan masa yang di tunda tu disebabkan Baim Wong pergi makan. Jadi menunggu lah dan terus menunggu lah kita orang semua. Ada yang bawa kek untuk Baim Wong dan cupkek untuk Elfira, ada yang membawa hadiah. Kitaorang tak prepare hadiah pun cuma nak bergambar dan bertentang mata dengan Baim Wong je. Dah penat menunggu ambil gambar. Dah penat mengambil gambar menunggu lagi. Tunggu punya tunggu, aku dan nacha dah resah gelisah sebab hari semakin malam. Masa tu rasa macam serik sangat sebab lama sungguh kami menunggu. Nacha lagilah perjalanan rumahnya jauh di bandingkan dengan aku. Tapi sebab Baim Wong punya pasal gigih lah juga kami menunggu.




 Sekali masa tu dah hampir pukul 10 malam. Kata liza boleh tunggu 1/2 jam lagi tak? Nak kata apa, takan dah jenuh menunggu nak terus balik rugilah sebab dah lama menunggu tu. Jadi tunggu lah juga. Sekali dalam pukul 10.45 muncul lah Baim Wong. Wah mudanya dia bila nampak in person. Dengan manis senyumannya, dia menuju ke arah kami yang dah lama menunggu. Mana yang dah tak sabar terus menngamit dia ajak bergambar. Tapi sebelum tu sempat lah potong kek Rainbow yang liza bawa. Lepas tu berebut-rebut lah ambil gambar. Aku suruh nacha ke belakang jadi bolehlah aku ambil gambar dia sambil interprem orang lain. Jadilah. Lepas tu baru beberapa orang bergambar liza dah nak tarik Baim Wong dan kata cukup dah, nak kena buat pengambaran. Cepat-cepat aku dan nacha kata kita orang baru nak ambil gambar juga. Nacha pun cepat lah berdiri sebelah Baim Wong tapi dek kerana nak cepat aku ambil bergoyang pulak. Lepas tu aku punya turn lah pulak. Dapat snap sekeping dengan Baim Wong cukup lah.  Sebagai bukti memang kita orang dah berjumpa. Liza kata tahun depan diorang nak pergi Jakarta nak menyambut harijadi Baim Wong bulan 4 ke bulan 3 lupa pulak aku. Wah best juga tu. Kalau nacha pergi dan boleh dapat cuti nak join lah. Jakarta aku tak sampai lagi ni.




NAmpak lagi muda dan hensem dengan senyuman manis nya.

 Selesai dapat bergambar dengan Baim Wong kita orang berdua pun terus gerak balik sebab dah dapat peluang bergambar dengan Baim Wong. Alahai menunggu dekat 3 jam tapi dapat jumpa dia lebeh kurang 3 minit je. Emm nak buat lagu mana dok minat punya pasal. Alang-alang dah menyelok pekasam bior sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah menunggu bagaikan satu penantian mesti lah ada hasilnya iaitu dapat berjumpa dengan Baim Wong. Lepas tu dalam kereta apalagi kita orang dok gelak lah sebab kiranya hari ini dalam sejarah menunggu bagai nak rak. Gelak sebab gelihati bila teringat apa yang dah kitaorang lalui. Gembira sebab dah bertentang mata dengan Baim Wong. Aku yang pada mulanya suam-suam kuku je minat bila dah tenguk Baim Wong in person jadi teruja lah pulak. Amboiiiiiii lebeh-lebeh lah pulak. Apa pun bila bercerita dengan nacha kita orang gelak. Sebab apa Baim Wong punya pasal lah kita orang menunggu bagaikan menunggu buah yang tak gugur. Hai macam-macam aje. Apa pun Baim memang mesra alam dengan peminatnya. Mudah-mudahan tahun depan ada rezeki berkunjung melihat restorennya. Amin.         

Berbowling bersama Geng UB



Assalamualaikum semua,

 Sebenornya ni time berjimba-jimba masa Hari Deepavali nun. Tapi dek kerana kepala masih lagi memikior kan tentang data yang masih belum pulih lagi ni jadi terlupa lah nak tepek. Alkisahnya masing-masing dah lama tak berjumpa jadi bila ada time free minggu tu dimana cuti Deepavali dengan Awal Muharam berdekatan ramai yang menyambung cuti termasuk lah aku. Sepatutnya Isnin dah cuti tapi sebab Hari Sabtunya Julie dah tenguk cpu komputer dan dia suruh pihak BPM check lagi jadi aku terpaksa lah datang kerja hari Isnin untuk contact technician BPM untuk check lagi cpu tu. Walaupun dia orang kata masih tak boleh buat tapi bila aku kata julie, anak buah aku kata boleh lagi recover data-data tersebut, marah orang technician BPM tu bila orang lain yang tegur dia. Jadi diaorang ambil semula cpu tersebut dengan tak puas hatinya.

 Ok lah kisah Cpu tu tolak tepi dulu lah.Risau bila memikirkannya. Berbalik kisah berjimba-jimba dengan Geng UB pulak. Jadi bila dah confirm ramai yang nak join termasuk lah Mar yang dah lama aku tak jumpa, Wan pun set time bermain pukul 9 tapi aku yang lambat keluar rumah dah hampir 9.45 baru sampai. Sampai je depa dah start game. Jadi aku pun melepak je melihat depa bertungkus-lumus nak jatuhkan pin. Malahan wan dan Rin 2 kali buat jatuhan kebelakang. hehehehe Bukannya bola tu ke depan tetapi terbaling ke belakang pulak da. Aku pula Sesekali menolong kak su membuat balingan.

Kuih cara hasil tangan nacha

  Sambil bermain nacha siap bawa kuih cara dia yang sedap tu sebab intinya banyak. Maklumle baru beli acuan jadi tu tunjuk skil masak lah tu. Rin pula bawa chesse tart yang emm sedap. Sambil main sambil posing lah. Mar bawa anak-anak dia yang dah besar-besar semuanya. Dulu-dulu kecil-kecil lagi la ni dah lama tak jumpa sekejap je dah besar. Maknya maintain je macam tu. Anim dan Mama Era pun ada malahan EE dan yusuf pun ada juga. Yusuf tu bukan main mesra bermain dengan yasmin anak nacha,  macam dah kenal lama je bila tenguk mereka bergurau-senda.

 Masuk game kedua aku pulak main. Mula-mula ok lah tapi lepas tu emm bola asyik masuk longkang. Masa main tu juga aku rasa macam urat kaki belah kiri macam terkucil. Tapi masa tu tak rasa sangat. Jadi takde lah kisah sangat. Rupanya ianya melarat sampai ke esokan harinya. Malahan makin teruk bila Hari Khamisnya aku dan adik beradik aku pergi I-city pula pergi ke Waterparknya yang baru.

Geng Ulat Buku yang hadir, anim pula entah ke mana.

 Habis bermain bowling, kita orang pergi makan kat Jonny's pula. Orde 2 set yang untuk 2 orang makan untuk 8 orang makan tapi wan tak puas makan jadi meja kami orde lagi satu set untuk 2 orang makan. Sedap betul bila makan sambil bersembang. Yang join Rin, Anim, kak uda, wan dan aisha, Nacha serta yasmin, wabit dan aku. Lama juga makan sambil sembang panjang. Maklumlah nak berjumpa dan bersembang bukannya selalu jumpa.
Fuh berasap-asap

 Pukul 2 lebeh selesai je makan kitaorang pun balik. Aku pula hantar wabit ke Putrajaya Central sebab wabit balik naik ERL. Jadi seharian bersama geng Ulat Buku cuti Deepavali memang seronok dapat berjumpa dan bergembira bersama-sama, bersembang dan bergurau-senda.   


Monday, November 26, 2012

Data hilang rasa nak pengsan



Assalamualaikum,

Aduhai rasa nak menangis je mengenangkan cpu aku yang sakit. Bayangkan seminggu cuti masa Deepavali tu sampai la ni aku masih dok teringat-ingat data yang entah boleh dapat balik atau tidak ni. huhuhuhu sampaikan demam dan batuk tak baik-baik dek kerana risau dengan Cpu aku yang sakit tu. Bayangkan 1 drive G tak boleh conected dan 1 drive tu adalah kerja aku selama berpuluh tahun di KKM. huhuhuhu camno le nak trace balik ni. Dah rasa macam habis semua usaha kerja aku selama ini. Dah lah format contoh aku tak simpan, yang dah aku merging pun elek juga. huhuhuhu habih camno ni. Dah hujung tahun, nak siapkan laporan tahunan lagi. Bayangkan separuh bulan kedua aku dah merge siap semuanya dah tally tinggal nak siapkan separuh bulan ke 2. Ayoyo ama apa.

  Yang aku bengang tu BPM tak boleh buat dan secara kebetulan pulak pihak Vendor Edaran Sdn Bhd dah habis kontrak. Bila tak boleh buat dia suruh kita cari vendor luar untuk baiki. Mana lah kita orang tahu vendor baiki CPU. Minta tolong dengan Julie, dia kata boleh trace balik sebab dia pernah kena malahan 1 hari 1 malam dok on komputer nak trace balik data yang hilang. Dia punya data lagi lah, jenis yang lagi penting daripada data yang aku kumpul. Maklum ler Audit Negara katakan. Aku ni cuma data kesihatan je.  Tapi tu lah dia tak boleh tolong sebab lain kementerian.

  Tak puas hati hantar balik pada BPM, tapi hasilnya tetap sama juga malahan drive C pulak dah berbunyi-bunyi. Entah apa lah yang dia godeh agaknya sampaikan drive C pun dah nak corupt juga. Contact pihak Edaran, alhamdulillah staf dia Suhadi tu nak datang tolong tengukkan. Tapi em sedih juga bila dia tak boleh trace juga data dalam drive G tu. huhuhuhu lagi lah aku dah rasa nak pitam. Sambil save baki yang ada dalam drive C sambil nangis. Sedih lor kenangkan kerja yang hilang, rasa penat sangat bila hasil usaha kita selama ini zaz hilang begitu saja. Sekali bos pulak menjenguk, apa lagi terpaksa lah bagitahu apa yang dah aku alami sambil nangis-nangis. 

 Apa lagi terpaksa lah kena masuk bilik dia dengan bos kedua dan bos Medical care. Kena marah, kena kata aku degil la apa lah, aku nganguk je lah. Dah memang salah sendiri, nak nangis mata darah pun dah tak boleh buat apa pun. Solutionnya nak minta tolong Mimos pula macamana, mungkin depa lagi terer dari Edaran. Tapi tu lah makan masa lagi ni. Buat masa ni belum selesai lagi masalah tu samada boleh trace balik atau tidak data dan semua kerja aku selama ini. Ya Allah semuga semua kerja hasil titik peluh aku selama ini jika ianya rezeki halal yang aku buat semuga ianya dapat kembali pada ku. Amin   

 Ni lah drive yang aku tenguk masa Julie buka CPU aku. Rupanya ada 2 drive iaitu C dan G. Patutlah masa dapat CPU baru dulu, dalam tu ada drive G yang mana semua data daripada PC lama aku transfer semuanya dalam CPU baru yang dalam tak diam dah hampir 3 tahun lebeh aku dapat. Malahan ianya lebeh besar ruang dalam drive G tersebut. Sebabnya bila transfer dari pc Fujitsu spacenya hanya suku je. Dan bila transfer dari Dell dengan kapasiti yang lagi besar hanya separuh suku je padahal aku banyak simpan fail yang besar-besar. Sebab tu lah aku nak nangis sebab banyak data semuanya yang aku  dah simpan.   

Tuesday, November 13, 2012

Ulangtahun yang ke 3 tahun




Assalamualaikum,

 Wah diam tak diam dah berusia 3 tahun rupanya blog saje suka-suka ni. Dalam pada kadang rajin, kadang malas, kadang entah apa-apa merapu-meraban, kadang mengimbau kenangan lalu, sekali bila tenguk masa pembukaan blog rupanya 13hb November 2012 ni usianya 3 tahun. Kalau lah ada anak dah semakin membesar dan semakin nakal agaknya baby aku yang berusia 3 tahun kan. Apa pun diam tak diam dah banyak juga yang aku coretkan dalam blog aku ni. Pada mulanya ianya hanya sekadar mencoret rasa untuk tempat sessi meluahkan perasaan dan akhirnya ianya juga coretan perjalanan kehidupan yang aku lalui, dan kekadang perjalanan tempat-tempat yang telah aku lawati. Walau pun  banyak sangat gambar yang aku tepekkan tapi sesekali aku suka baca balik dan ingat balik tempat-tempat yang telah aku pergi. Semakin banyak kita berjalan semakin bersyukurnya kita sebab dapat melihat kehebatan dan kecantikan hasil ciptaan tuhan yang begitu hebat dan cantik yang tidak terdapat di tempat kita. Sebab itu ada perpatah yang mengatakan jauh berjalan luas pemandangan. Apa pun rezeki yang Tuhan beri selama ini, aku rasa bersyukur sangat dengan limpah kurnia yang tidak terhingga yang telah Allah kurniakan kepada hamba nya yang lemah ini. Apa pun semuga Allah mengurniakan dan melimpahkan rahmat dan keberkatan serta kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Semuga ianya memperkuatkan lagi ketabahan dan kekuatan diri aku dalam mengharungi cubaan dan dugaan kehidupan. Amin     

 Bertepatan dengan Hari Deepavali pada hari ini aku juga mengucapkan Happy Diwali buat kengkawan seperti Vanaja (opismate), Appu dan Meenakar (ex-opismate semasa di Segamat).