Thursday, September 10, 2026

Trivia Merdeka Negara Asean

Assalamualaikum

Sekarang ni malaysia jadi pengerusi Asean. Dan Asean juga telah menjadi 11 negara bila Timor Leste memohon menjadi warga Asean. Timor Leste ni rasanya baru lagi Merdeka jadi bila join Asean ni banyak lah manfaat yang boleh di perolehinya.

Apa pun semuga kerjasama antara negara Asean dapat menjauhkan konflik dengan negara lain. 

Tapi tu lah si Filipina tu tak habis2 nak tuntut Sabah. Dah bertahun kan. Malahan kadang lanun Sabah masih lagi mencari masalah. Nasib baik kita dah letak kan pasukan pengaman Di situ. Kalau tenguk peta memang tak jauh je dari kepulauan yang tercantik Di Sabah tu dengan pulau di Filipina. Sebab tu dulu banyak kes penculikan berlaku pada pelancong seperti Di pulau Mabul pulau Sipadan.

Pulau Mabul tu cantik Teringin nak pergi kat situ. Tenguk laut airnya  jernih syiok kan santai sambil lepak. Hehe he berangan je tak kena bayor

Wednesday, September 9, 2026

Karektor saya sebagai Haiwan kata chatgpt

Assalamualaikum

Akhirnya terjebak juga bila masuk rumah mim. Sekali bila Tanya chatgpt dia kata kita turtle ko. 

Alahaiiiii  tapi macam betul je bila baca huraiannya. Apa yang kita suka dan apa yang selalu kita buat hah memang betul lah. Tang cari gaduh tu hah betul memang tak suka cari gaduh tapi orang lain pulak yang nak gaduh dengan kita. Tak suka bising2 dan glamour tetapi sesekali enjoy dengan kehidupan. Tak tahan tu aku bawa rumah ke mana saja. Hah nampak tak bahawa ingatan tentang rumah tak pernah di tinggal kan. 

Hah macamana kengkawan. Cuba le tanya chatgpt tu .  Mim akak dah buat kerja kat rumah walaupun tak wajib. Hehe he bila belek turtle tu gelak sengsorang opssss turtle muslimah gitu. Cute lah eh

Tapi ayat dia yang aku suka ialah: 

Hidup bukan tentang seberapa laju kita pergi tetapi seberapa banyak bermakna yang kita bawa bersama... Deep kan maksud dia. 

Tuesday, September 8, 2026

Tragedi helicopter terhempas Di Long Lellang adalah team FDS KKM

5 mangsa yang Terkorban. Al fatihah buat Dr Ainul dan Kapten Zainol. Buat yang ke 3 lagi mangsa RIP. 


Misi Membawa Harapan Berakhir Tragedi - 5 Terkorban Dalam Nahas Helikopter Doktor Udara Di Long Lellang

MIRI: Mereka terbang ke pedalaman bukan untuk bercuti, tetapi untuk menjalankan amanah, membawa khidmat kesihatan kepada masyarakat yang jauh daripada kemudahan perubatan.

Namun petang ini, perjalanan sebuah pasukan Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service — FDS) bertukar menjadi tragedi apabila helikopter yang membawa mereka terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram.

Kesemua lima individu di dalam helikopter itum seorang juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disahkan meninggal dunia.

Empat petugas kesihatan berkenaan terdiri daripada seorang pegawai perubatan, seorang pembantu perubatan dan dua jururawat yang ketika itu sedang menjalankan tugas rasmi.

Mereka berangkat dari Miri dengan satu tanggungjawab besar: memastikan masyarakat di kawasan pedalaman tidak terpinggir daripada mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Namun mereka tidak sempat pulang.

Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang, mengesahkan kesemua lima individu di dalam helikopter itu terkorban dalam nahas yang berlaku di penghujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.

“Dukacita dimaklumkan, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan telah meninggal dunia, berdasarkan laporan yang disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, saya belum dapat memberikan nama mangsa yang terkorban ketika ini,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post.

Helikopter jenis BO-105, bernombor pendaftaran 9M-LLF dan dikendalikan oleh Layang-Layang Aerospace, sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Miri menuju Long Lellang sebelum terhempas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan empat penumpang helikopter itu merupakan anggota KKM yang sedang menjalankan tugas rasmi.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima, penerbangan yang berlepas dari Miri itu dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa empat anggota kesihatan KKM, iaitu seorang pegawai perubatan, seorang pembantu perubatan serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi,” katanya.

Di sebalik istilah “tugas rasmi” itu tersimpan sebuah pengorbanan yang besar.

Perkhidmatan Doktor Udara menjadi antara penghubung penting bagi membawa perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman yang sukar dicapai melalui perjalanan biasa.

Petugas-petugas ini menaiki helikopter kerana ada masyarakat yang memerlukan khidmat mereka.

Petang ini, sebuah misi kemanusiaan itu berakhir dengan kehilangan lima nyawa.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR), bersama anggota Bomba serta petugas perubatan, telah sampai ke lokasi nahas berhampiran STOLport Long Lellang.

KKM kini bekerjasama rapat dengan pihak keselamatan, pasukan penyelamat dan agensi penerbangan berkaitan bagi mendapatkan maklumat tepat serta terkini dari lokasi kejadian.

Pada masa sama, kementerian sedang menghubungi waris dan ahli keluarga mangsa untuk memberikan bantuan serta sokongan yang diperlukan.

Dr Dzulkefly turut meminta masyarakat dan pihak media supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan ketika operasi masih berlangsung, demi menghormati keluarga mangsa.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas pengesahan rasmi diterima daripada pihak berkuasa,” katanya.

Galong berkata kelulusan telah diberikan oleh pihak tertinggi Bomba untuk menggunakan helikopter MI-17 bagi membawa keluar jenazah mangsa dari Long Lellang.

Helikopter berkenaan dijangka berlepas dari Miri bersama wakil agensi kerajaan berkaitan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap ADUN Mulu, Datuk Gerawat Gala, turut akan menyertai misi berkenaan.

Bagaimanapun, penerbangan bergantung kepada keadaan cuaca serta arahan pihak berkuasa penerbangan dan agensi yang menyelia operasi.

Misi itu akan dilaksanakan di bawah arahan Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Nor Aizan Mohd Jamil, yang turut akan mengawasi siasatan polis berhubung tragedi tersebut.

Kesemua jenazah dijangka dibawa keluar bersama-sama sebelum diterbangkan kembali ke Miri, dengan pesawat berkemungkinan mendarat di Lapangan Terbang Miri.

Tragedi Long Lellang bukan sekadar kisah sebuah helikopter yang terhempas.

Ia adalah kisah tentang lima insan yang keluar menjalankan amanah tetapi tidak berpeluang kembali kepada insan tersayang.

Bagi empat petugas kesihatan itu, perjalanan ke pedalaman adalah sebahagian daripada tanggungjawab memastikan jarak dan geografi tidak menjadi penghalang kepada masyarakat untuk menerima rawatan.

Bagi juruterbang pula, beliau membawa satu pasukan yang sedang melaksanakan tugas penting kepada rakyat di pedalaman.

Petang ini, perjalanan mereka terhenti di Long Lellang.

Di sebalik setiap angka dalam laporan tragedi ini, ada sebuah keluarga yang kehilangan insan tersayang, ada sahabat yang kehilangan rakan, dan ada dunia perkhidmatan kesihatan yang kehilangan anggota yang sedang menjalankan amanah.

Lima insan berangkat menjalankan tugas.

Lima insan tidak kembali.

Semoga keluarga dan insan tersayang yang ditinggalkan diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang amat berat ini.

Kredit FB

Assalamualaikum 
Semalam cerita sedih buat warga Kkm. Bila tenguk video rakan yang menangis melihat kejadian tersebut aduhaiii meruntun hati aku melihatnya. Ya lah kan mereka dah nak sampai ke landasan Dan kawan2 klinik sedang menunggu. Tapi tragedi akhirnya. Bila kata terbakar sebelum terhempas Allahuakbar tak dapat bayangkan.

Begitu lah petugas Kkm tidak kira di mana berada yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam. Banyak tragedi sudah berlaku. Kadang aset yang digunakan pun tak tahu berapa usianya. Budget untuk aset dapat ciput je padahal ianya penting untuk perkhidmatan awam yang Kkm berikan. Tapi nak buat camne kadang kena redho je. Dah usaha tapi tiada hasil. Apa pun semuga semua warga Kkm yang berkhidmat kepada rakyat Allah permudahkan dan lindungi mereka di mana saje berada. Aamiin 



Saturday, September 5, 2026

Trivia Merdeka Perdana Menteri

Assalamualaikum
Kali ni kita tenguk Pm kita. Paling terpaling ohsem Tun Mahadhir lah sebab sampai 2 kali jadi PM. 

Sekarang tunggu Pru yang akan datang siapa PM terbaru kita. Agak2 siapa ya. Semuga negara Malaysia tetap makmur Dan Aman damai. Tak banyak hutang Dan harga barangan semakin murah Aamiin

Thursday, September 3, 2026

44 pesanan untuk kesihatan mental yang baik



Dr. Hideki Wada, seorang pakar psikiatri berusia 61 tahun yang pakar dalam kesihatan mental WARGA EMAS, baru-baru ini menerbitkan buku bertajuk *Tembok Berusia 80 Tahun* Sebaik sahaja buku ini dilancarkan, penjualannya terus melonjak—lebih 500,000 naskhah terjual dan diramalkan akan menembusi angka 1 juta kopi. Buku ini berkemungkinan besar akan menjadi buku paling laris di Jepun tahun ini.

Berikut adalah 44 pesanan bijak daripada Dr. Wada yang patut dibaca dan dikongsikan, terutamanya kepada ibu bapa tersayang:

1.  *Teruskan berjalan setiap hari*, walaupun perlahan-lahan.

2.  Saat berasa geram atau marah, tarik nafas panjang dan bertenanglah.

3.  Lakukan gerakan ringan supaya tubuh tidak menjadi kaku.

4.  Jika menggunakan penyaman udara (AC) pada musim panas, banyakkan minum air.

5.  *Jangan malu memakai lampin* jika perlu — ia sebenarnya membantu kita bergerak dengan lebih bebas.

6.  Banyak mengunyah menjadikan otak dan tubuh lebih aktif.

7.  Sifat pelupa bukan semata-mata kerana usia, tetapi kerana otak jarang digunakan.

8.  Tidak semua masalah kesihatan perlu diatasi dengan ubat yang banyak.

9.  Jangan terlalu memaksa untuk menurunkan tekanan darah dan paras gula secara mendadak.

10. Menyendiri tidak bermakna kesunyian, ia boleh menjadi waktu untuk bersantai.

11. Berasa malas itu perkara biasa, lebih-lebih lagi jika memang kepenatan.

12. Jika sudah tidak boleh memandu dengan selamat, lebih baik berhenti daripada ditimpa kemalangan.

13. Lakukan perkara yang anda suka dan jauhi perkara yang mencetuskan stres.

14. Umur mungkin tua, tetapi keinginan semula jadi masih boleh dirasai.

15. *Jangan hanya berkurung di rumah* — cari udara segar dan lihatlah dunia luar.

16. Makanlah apa yang anda suka, asalkan tidak berlebihan. Berisi sedikit tidak mengapa.

17. Lakukan segala perkara dengan perlahan dan berhati-hati.

18. Jauhi orang yang membuatkan anda berasa tidak selesa.

19. Kurangkan masa di hadapan TV dan telefon bimbit.

20. Kadangkala lebih baik berdamai dengan penyakit daripada terlalu memaksa untuk sembuh sepenuhnya.

21. *"Sentiasa ada jalan"* — ayat ini boleh menjadi kekuatan saat kita merasa buntu.

22. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar itu sangat penting.

23. Mandi tidak perlu lama, cukup sekadar 10 minit.

24. Jika tidak boleh tidur, jangan paksa diri.

25. Perkara yang menggembirakan hati dapat mengekalkan kecergasan otak.

26. Jangan terlalu memendam perasaan, katakan sahaja apa yang ingin disampaikan.

27. Cari doktor keluarga yang anda percayai sejak awal lagi.

28. Tidak perlu sentiasa beralah. Kadangkala menjadi *"warga emas yang nakal"* itu menyihatkan.

29. Tidak mengapa jika sesekali pendapat kita berubah.

30. Demensia (nyanyuk) di penghujung usia mungkin cara Tuhan untuk membuat kita berasa tenang.

31. Jika berhenti belajar, kita akan lebih cepat kelihatan tua.

32. Tidak perlu mengejar darjah atau kehormatan — apa yang ada sekarang sudah mencukupi.

33. Sifat polos atau lurus adalah keistimewaan orang tua.

34. Hidup kadangkala merumitkan, tetapi itulah yang menjadikannya menarik.

35. Berjemur di bawah cahaya matahari boleh menceriakan hati.

36. Berbuat baik kepada orang lain turut membawa kebaikan kepada diri sendiri.

37. Jalani hari ini dengan tenang dan santai.

38. Mempunyai keinginan adalah tanda kita masih hidup dan bersemangat.

39. Sentiasa berfikiran positif.

40. Tarik nafas dengan lega, hidup tidak perlu terburu-buru.

41. *Anda yang menentukan* bagaimana anda mahu menjalani kehidupan.

42. Terima segala yang berlaku dengan hati yang tenang.

43. Orang yang ceria biasanya disenangi ramai.

44. Senyuman boleh  membawa banyak keberkatan.

Sila kongsikan pesanan ini kepada semua *WARGA EMAS* yang anda kenal. Kerana mereka berhak untuk hidup bahagia, sihat, dan menikmati masa tua dengan aman. 🌿🙂

Assalamualaikum 
Aku dapat dari kawan sekolah. Bagus juga pesanan ini semuga ianya dapat memberi manfaat buat semua tidak kira berapa pun usia kita tapi kesihatan mental diri sendiri perlu di jaga. 
Semuga semua kawan bloggers di kurniakan kesihatan yang baik sambil menjalani kehidupan dengan tenang dan damai. Aamiin