Friday, January 1, 2010

Tahun baru 2010




Dah 2 hari tahun baru di lalui. Apa azam tahun baru? emmm rasanya azam yang sama tapi masih tidak kecapaian. Adakah ianya telah di takdirkan atau aku tak cukup usaha ke arah tersebut hanya Allah sahaja yang mengetahui. Apa pun azam aku biarlah rahsia. hehehehe malu sih kalau di bagitau. Tapi nak buat camne kalau aku dah memang berazam ke arah itu tapi tuhan masih belum nak makbulkan. Sabar je lah dan terus berazam dan berdoa muga ianya tertunai satu hari nanti. Insyallah .

Kalau di ingat tahun 2009 yang telah di lalui berbagai rasa yang aku rasa. Ada yang manis, masam, tawar, masin dan macam-macam lah. Pahit dan manis kehidupan itulah rencam warna kehidupan. Apa pun aku bersyukur dengan apa jua yang aku terima dan hadapi. Kawan-kawan yang semakin lama semakin aku memahami. Mana sahabat, mana hanya kawan dan mana sahabat susah senang. Apa pun itu semua merupakan pengajaran bagi aku dalam menangani rencah dalam berkawan. Tempat kerja yang semakin lama semakin menyesakkan jiwa. Keluarga yang semakin berkembang dan membiak. Dan paling akhir baru je walimatulurus yeye. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun penat menolong kak ijah tapi syukurlah akhirnya majlis berjalan dengan lancarnya.

Dan bermula tahun baru maka bermula lah bagi kerja pejabat yang perlu di bereskan. Setelah mengambil alih program baru dengan mempunyai 2 orang staff aku tak tahu lah samada aku mampu menangani kerja-kerja tersebut. Apa pun aku akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah kerja tersebut bagi menghasilkan data yang lengkap sebelum bulan 3 berakhir.

Dan pada tahun 2010 ini aku dah merancang beberapa tempat untuk di lawati, tapi itulah kena tenguk dompetnya adakah fulus bisa menunaikan hasrat hati ini. Kalau lah aku orang kaya aku teringin nak pergi umrah bersama mak dan adik-beradik aku semuanya. Mesti seronok kan! Semuga allah memperkenankan doa aku ini sementara hayat mak masih ada. Amin.

Apa pun semuga tahun 2010 sentiasa menambahkan keceriaan hidupku dan juga di murahkan rezeki allah swt. Amin

No comments:

Post a Comment