Wednesday, November 24, 2010

Wifi boleh menyebabkan pokok mati

ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.

Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.

Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.

Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi

                                                                     Ni pokok Ash
 
   Laa macamana ye. Sekarang ni WIFI telah menjadi kehidupan yang begitu penting untuk melayari internet. Adakah akhirnya manusia akan mati secara senyap-senyap hanya kerana setiap hari menggunakan WIFI seperti pokok tu. Aduhaiiiiii takut juga kan. Apa pun para saintis kena buat ujikaji lagi ni samada ianya mempengaruhi kehidupan dan jangka hayat seseorang manusia dek kerana selalu menggunakan WIFI.
 
  Tak payah cakap orang lain aku je kalau pergi outstation mesti tanya orang kat kaunter hotel tu ada WIFI ke tidak atau ada tak line internet kat bilik. hehehe bukannya apa mesti nak buka internet juga walau bagaimana sibuknya kerja. Dapat buka game facebook setoit time cukup le. huh sudah dilanda virus internet ni. ayoyo ama apa tolong help help. hehehe

No comments:

Post a Comment