Wednesday, December 15, 2010

Dek kerana casemix oh casemix

 2 hari kena pegi seminar casemix yang ke 5 anjuran HUKM di Hotel Parkroyal telah membuatkan aku asyik je round jenjalan. Nak tau kenapa? Hanya kerana salah stesyen semasa menaiki monorail dan LRT. huhuhu aku dan hani MRO hosp seremban dah tak boleh nak cakap apa lagi petang tadi. Kiranya hari bersejarah le.

Kisahnya bermula oleh kerana Hotel Parkroyal tu di Jalan Bukit Bintang aku memang le tak pandai area tu. Lepas tu teringat pulak nak cari parking kan susah lagipun memakan masa dari pagi sampai petang, jadi pagi selasa naik LRT di Bdr Tasik selatan dan turun di stesyen Hang tuah menaiki monorail pulak ke Bukit Bintang. Seminar berlangsung dengan jayanya pada hari pertama di mana tempat duduk penuh malahan pihak hotel terpaksa menambahkan bilangan tempat duduk di belakang kami. Mula2 sampai aku ternampak kak mariani, kak onni kak jamie dan encik ghani. Selepas pendaftaran kita orang pun carik le tempat duduk. Kak yan ajak duduk tempat belakang sekali sebab dia kata senang nak kuar. aku pun join le jadi sederet ada 6 orang di mana sebelah aku Ija dan bestfrennya Datul. Ya allah budak berdua tu yg bestfren forever ni asyik le bergebang sahaja. Banyak tul cerita. Aku tak duduk dgn org PIK sebab tak best le dok dgn geng opis dah le setiap hari memandang muka yg sama. Dpt jumpa member yg ok hah join sekali. Syiok juga dok sebelah Ija dan kak jamie. Cerita pasal kerja sambil tu komen pasal casemix yg sedang kami hadiri. Presenter dari sweden best di bandingkan yg lain. Seminar berlangsung dari pukul 8.30 sehingga lah 5.30.

Masa balik nak naik monorail rupanya hani pun sama tujuan dengan aku bila bersembang2. Dia duduk Dengkil dan berulang ke seremban setiap hari. Jadi bila nampak kami arah yg sama aku pun jalan le bersaingan ke stesyen monorail bukit Bintang. Sambil sembang sambil menunggu monorail. Ingatkan dah betul sekali bila dah naik hani dah perasan salah stesyen. Cepat-cepat kami turun di stesyen yang seterusnya iaitu Raja chulan. Nasib baik takde kena bayaran sebab cuma tukar line je. Dah le orang ramai macam ikan sardin sebab dah time orang balik kerja ni pulak salah stesyen jadi daripada nak cepat jadi lambat lah sebab bila tukar line kena tunggu monorail yg lain dah ambil masa juga kan. Bila turun di stesyen Hang Tuah terserempak dgn Kak jue, zarimah dan Tini. Depa nak balik ke seremban. Dlm hati aittt cepatnya. Cakap dgn Hani . eh apsal diaorang sampai cepat? Takkan jalan kaki kut. Hah tak pe kalau dekat esok kita join dia orang jalan kaki dari Bukit Bintang ke stesyen Hang tuah. Lepas tu naik LRT ke Bdr Tasik selatan sebab park kete kat situ. Ya allah panasnya LRT dengan orang macam ikan sardin seperti Monorail juga. Rasa peluh bercucuran dalam baju aku. Huhuhu Panas. Peluh di muka merembes habis.
Hari pertama kita orang sampai di rumah hampir pukul 7 petang. Jadi besoknya aku cadang nak kuar awal lah boleh park tempat yg dekat dgn stesyen LRT sebab pagi semalam masa nak park tak nampak park kat situ ada kosong lagi. Dah le kena naik yg kat atas, jalan jauh le juga nak ke stesyen.

Hari ke 2 iaitu hari ini aku kuar rumah seperti nak pergi kerja setiap hari iaitu 6.30 pagi. Tapi tu pun terlambat juga sebab selalunya aku dah jalan dulu tapi kali ni terpaksa saing  dgn Kak maya pulak. Sampai stesyen LRT terus je tuju tempat yg dekat stsyen. Yeh banyak lagi kosong dan rupanya harga cuma RM 3 je di banding kat  atas tu RM4. Dah le semalam masa nak masuk yg dekat surau dia minta kunci kete aku pulaknya sebab tempat tu dah nak penuh. Aku tak bagi lah jadi dia suruh park kat atas. Jadi kali ni sampai Parkroyal hotel dlm 7.30. Oleh kerana awal dan pendaftaran belum ada lagi aku pun terus sarapan dengan seorang Doktor. Doktor tu sambung belajar lagi dan seronok bersembang dengan dia sebab dia pun peramah walaupun kami tak penah kenal. Macam-macam sembang pasal coding lah pasal hospital la. Bila kawan dia warga  antarabangsa datang kami pun bersurailah. Sampai balik aku tak nampak dia dengan siapa. Lepas tu terjumpa kak jue tanyalah semalam dia orang naik apa dari Bukit Bintang ke stesyen Hang Tuah sebab cepatnya. Kita orang turun stesyen dia orang naik naik stesyen. Rupanya dia orang nak pergi stesyen b as ekspress naik bas ke seremban. Bas tu berhadapan dengan Penjara Pudu. Dia orang naik ke atas tu ingatkan ada jalan nak seberang ke sebelah sana rupanya takde. Kena lalu bawah. Dan mengapa dia orang cepat rupanya naik teksi. alahaiiiii

Hari ni penutup dan kalau ikut jadual pukul 2 panel discusiion. Presentation dah habis paginya. Jadi aku pun pakat le dengan Hani pukul 4.30 cabut. Tak tunggu close ceremony lah. Minum pun tak sebab dok nak kejor Monorail dan LRT. Sijil pun dah dapat masa makan tengahari. Kalau nak balik masa tu pun boleh juga tapi boss aku ada tunggu le sampai sudah. Bukan apa dah le semalam dah macam sardin jadi kali ni kalau cepat keluar tentule tak jadi sardin. Kali ni kat stesyen monorail kami tak salah line lah. Ok le tu jadi sampai stesyen Hang tuah ok juga. Sekali kat LRT pula dah seronok le sambil bersembang sebab aircond kuat dan orang tak ramai. Sekali sampai stesyen Miharja aku pandang signboardnya dah pelik. Eh selama ni ulang alik dari kL ke Bdr Tasik selatan mane ada aku lalu stesyen tu. Huwaaaaaaa hani tegur 'kak kita salah jalan lagi lah'. huwaaaaa kena patah balik lagi le. Rupanya LRT ke stesyen ampang bukan sri petaling. Masih lagi boleh tukar stesyen di Chan saw Lin kalau nnaik LRT Ampang tapi Lrt kami dah belok ke Ampang. Terpaksa lah turun stesyen seterusnya iaitu Maluri. Nasib baik juga tukar line balik semula ke Chan saw lin pun masih dalam stesyen tak kena kuar pintu. Sampai je kat Chan saw Lin kami pun turun dan tunggu LRT Sri Petaling. Kami berdua dok gelak je. Ingatkan semalam dah silap hari ni dah sedap sampai cepat rupanya makan angin putar-putar juga.  huhuhu sabor je lah aku. Hani kata kalau tak tadi dah sampai dah kan tapi dek kerana salah train jadi lagi lambat. Huh  kiranya kami berdua 2 hari berseminar casemix 2 hari juga le putar2 keliling monorail dan LRT. huhuhu

No comments:

Post a Comment