Friday, December 17, 2010

Rezeki Rimau

Alahaiiii ada ke perumpamaan tu. Rasanya dalam kamus Dewan pun takde istilah seperti tersebut. hahaha ni perumpamaan yang aku berikan le sebab semalam memang banyaknya rezeki yang aku dapat. Syukur alhamdulillah malahan masih lagi terasa kenyang dek kerana rezeki rimau yang aku dapat. hahahaha kalau le orang Dewan Bahasa tau istilah yang aku gunakan tak termaktub dalam istilah mereka emmm memang kena katok le aku. adeyyyy yana deyyyy

Ok semalam oleh kerana sang kucing kebanyakan tiada di opis maka sang tikus pun bermaharajalela le. hehehe depa big- big boss semuanya bersantai di bawah bukit genting nun kat Institut Aminudin Baki sebab mesyuarat tahunan rekod dan oleh kerana dah lama tak buat pot luck dan masak kat opis aku pun syorkan kat mek jay buat steambot. Jadi tengahari tu menu kami ialah steambot tom yam. Yeh sodap sampai kekenyongan. CC Kakok pun join sama malahan June pun singgah ke opis dek kerana nak makan steam bot. Sambil makan sambil bergosip. hahahaha biasakle kalau dah jumpa geng. Dek kerana tamak setelah selesai tom yam , masak steam bot perasa ayam pulak daaa tapi dek kerana masih kekenyangan lagi masing-masing dah usap pewot. hahahahaha memang kenyang giler ah layan steam bot tengahari tu. Kenyang sebab banyak lagipun tak ramai yang join sama. Dulu pernah buat dek kerana ramai masak 2 kali pun licin. Kali ni emmm tak habis.

Kebetulan pulak bahagian perancangan ada buat meeting menggunakan bilik meeting opis aku. Mereka order nasi minyak untuk makan tengahari. Rupanya yang datang meeting tak ramai dan meeting mereka selesai tengahari tu walaupun dah booking bilik sampai petang. Oleh kerana nasi minyaknya banyak dan ramai yang tak ada jadi apa lagi le kami semua beragenda TAPAU TIME. hahahahahahahaha. Iye banyak walaupun 6 orang tapau tetap tak habis lagi. Selalunya kalau orang ramai kat opis memang tak cukup le jadi kali ini dinamakan rezeki rimau. hahahahaha Rezeki banyak sampai tak habis-habis.

Selesai steam bot masih ada lebihan lagi aku suruh june tapau je bawa balik. Manakala kami dah mula le mata nak tertutup. hehehe biasakle bila pewot kenyang mata pun ngantuk. Sekali petangnya orang kantin hantar kueh pulak untuk minum petang. Abang Daud siap talipon Doktor yang incharge meeting tu beritahu berkenaan minum petang tersebut sebab orang yang meeting dah balik. Doktor tu kata orang PIK le habiskan jadi orang PIK le yang bermeeting minum petang tu semua. Yehhhhhhh apa lagi le jadi minum petang orang PIK le. Tu pun tak habis tapau lagi kueh.emmm tapau aje tak habis2.

Sebelum balik Irah ingatkan aku tentang Malam Mesra Bahagian Penyelidikan &  Sokongan Teknikal kat IPK. Ala..... malasnya nak kuar rumah malam-malam. Tapi nama dah di calunkan emm terpaksalah pergi. Nasib baik ada Irah. Jadi kami berjanji calling2 malamnya.

Rupanya petang KL hujan dan bila aku keluar rumah dalam pukul 7.15 jalan Loke Yew jem giler. Huh merangkak-rangkak le kat situ dalam hampir 1 jam. Yang Irah pulak tersesat dan terlepas jalan masuk ke IPK sebab dia tak ingat jalan masuk ke situ. Aku sampai dah nak 8.30 juga dan bila sampai mak oiiii banyaknya kereta. Dan nasib baik juga rupanya bukan aku je yang lambat, ada juga orang lain yang lambat. Aku nampak Dr Saudah baru sampai masa aku tunggu irah pusing balik dan cari jalan semula ke IPK. Kami terus je tuju bilik air sebab tangki dah penuh baru lah ke tempat majlis berlangsung. Rupanya ramai orang beb dan nasib baik ada tempat duduk. Kami terus tuju tempat makanan dan tenguk apa yang ada. Oleh kerana perut kenyang lagi ambil lauk dan nasi sikit. Tambah dengan satay. Ada laksa, meehoon soto tapi aku pandang je. Habis makan tenguk tempat kueh dan buah-buahan. Sambil tu layan nyanyyian dan persembahan dari perlbagai bahagian P & ST tu. Ada yang jadi yuna tapi tak reti main gitar dan ada juga jadi panca sitara lah. Ok juga no bad nyanyian diaorang. Dalam 9.45 aku dan Irah pun chau lah  sebab dah kenyang sangat. Oleh kerana nampak ada yang dah balik walaupun majlis belum habis apalagi kami pun pakat chau le.

Balik rumah jalan loke yew ok dan sambil balik emm teringat rezeki yang banyak sekali malahan yang di tapau pun masih tak luak malahan hari ni dalca kari layan dengan lempeng. yehhhhhh alhamdulillah rezeki yang tuhan beri.Gitulah adanya napa aku gelar rezeki rimau. hehehehehe

No comments:

Post a Comment