Wednesday, June 13, 2012

Layan orkid ya

Rimbunan orkid

    Assalamualaikum semua. Aduhaiiiii tengah poning buat kojo, mata pun dah berpinor tenguk pc ni. Kali ni kita layan orkid la ya. Buat penyegar mata yang sedang sengsara memandang data. Sesekali layan tenguk orkid emmm rasa macam otak pun jadi ceria dan berwarna-warni lah pulak. Ala orang pompuan kan kalau kata tak minat bunga huh tak tahu le aku nak kata apa tapi memang ada pun yang tak minat malahan kata menyemak lah pulak. Aduhaiiii kalau jenis camtu tak tahu le aku nak kata apa.. Tapi pada aku pula aku suka melihat kecantikan sesuatu bunga itu sebab bila kita memandang bunga yang pelbagai jenis dalam hati akan terdetik... Subhanallah.... Ya allah...begitu besarnya ciptaan tuhan yang mencipta pelbagai jenis orkid dan warna. Malahan warna bunga yang pelbagai warna-warni itu bagaikan mewarnai alam sekitar dan sekeliling kita. Chewah macam pencita alam lah konon. hehehehehe.

   Gambar orkid ni aku tembak masa Putrajaya Floria tahun lepas. Malahan terdapat juga pertandingan deko taman bagi sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian. Malahan aku pergi sampai 3 kali sebab seronok dan tak puas walaupun cuaca panas sampai rasa bagaikan mendidih otak kepanasan. Tapi bunga punya pasal apa pun jalan je. hehehe. Ni tak lama lagi ada Flower Garden kat Putrajaya. Aku nampak dia dah pasang papan banner kat tepi jalan. Kalau tak salah pada 30hb Jun sehingga 8 Julai 2012. Yes aku suka dan mesti masuk dalam agenda nak pergi tenguk bunga. Jadi pada sesiapa yang menyukai bunga jom kita serbu ramai-ramai ke Putrajaya ya. Aku ingat lepas balik kerja nak serbulah kalau hari minggu orang ramai sangat tak boleh nak menembak gambar bunga. Ok kita layan orkid ya jom jom jom.

Orkid ni mahal tapi cantik sebab bunganya jenis tebal. Mahal ni kalau beli yang dah berbunga. 

Spesies yang sama macam diatas tapi warna merah. Purple diatas tu cantik kan.

Pelbagai warna orkid buterfly

Orkid ni cantik. Akak aku kata orkid butterfly. Banyak warna rupanya.

Tenguk tu sepasu RM133 harganya.

Macam corak rimau je kan.

Orkid yang ni cantik sebab bunganya besar tapi bila berbunga dia tak tahan lama. Ada setengah orkid bila berbunga boleh berminggu-minggu tau. Tu yg seronok je bila tenguk orkid yang di tanam berbunga. Pokoknya jenis rendah je dalam pasu.

Macam diatas tapi warna lain.

Ni pun macam sama seperti diatas tapi lain warna

Ni macam jenis lama dimana bila berbunga bertangkai-tangkai dan lama bunganya. Ada satu jenis macam yang ini warna biru dan patern macam kala jengking.

   Bila tenguk orkid ni teringat masa dulu-dulu masa mak aku tanam orkid di depan rumah. Ada berbaris-baris pokok jenis yang sama tapi jenis orkid lama pokok tinggi berwarna biru. Malahan dek kerana banyaknya orkid tu ada pula orang nak membelinya. Memang banyak lah kalau orkid tu berbunga malahan boleh dapat beberapa dozen tangkai bunga. Tapi masa tu aku kecil lagilah ingat-ingat lupa berapa harga mak aku jual orkid tu tapi sesekali petik huh banyak juga. La ni dah tak ada lah cuma ada sebaris orkid depan rumah mak aku tapi takde le banyak sangat sehingga boleh di jual bunganya.

4 comments:

  1. wei, aku minat orkid tau...suatu waktu dulu pantang jumpa orkid spesies lain yg aku belum ada, mesti aku beli..pernah sekali tu aku beli orkid rm80 sepasu......orkid butterfly pun aku pernah ada....mahal gak, rm 35....bunganya tahan 3 bulan.......TAPI, itu citer dulu....la ni aku dah tak ada masa nak layan orkid aku, so, merajukla orkid2 tu.....yg tinggal cuma orkid2 yg mmg lasak susah nak mati.....petua nak bagi orkid rajin berbunga, kena rajin 'bercakap' dgn orkid......mcm ckp ngn org gak...pagi2 kena ucap selamat pagi, nak tidur kena jengah jap, ucap selamat mlm......hehe...

    ReplyDelete
  2. Wah satu petua yang bagus ni... ko kalau geng dgn akak aku yg kat Pt sulung tu bagus. Dia pakar malahan jenis baja yang bagus pun sanggup cari kalau tahu.

    Meh la ke putrajaya pada 30 hingga 8 Julai ni ada pesta Flower Garden seperti Floria sebelum ni. Memang syok sungguh kalau tenguk bunga berkembang banyak-banyak ni. Meh le buat cuci-cuci mata.

    ReplyDelete
  3. semua orkid ni cantik2 belaka...kak peminat orkid juga.

    ReplyDelete
  4. kak paridah, akak saya semuanya peminat orkid. Kalau diorang berkumpul hah cerita orkid memang tak tinggal apa lagi kalau ada pesta orkid atau floria kat Putrajaya. Sanggup datang dari johor nak tenguk dan beli. Yang kelakor tu sampai je terus ke tempat orkid dan terpacak kat situ sehingga orang lain dah keliling habis dah depa masih tercangguk kat kedai orkid tu tak habis2 lagi. Huh minat sungguh lah katakan.

    ReplyDelete