Monday, June 18, 2012

Si Mangkuk Tingkat - Faziela


Penulis Faziela
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Terbitan Jemari Seni

Sinopsis:-
Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.

Impiannya satu dalam seribu.

“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”
Huh?
“Budak perempuan tu.”
“Yang tadi? Jadi?”
“Dia pakai baju kurung la.”
Eh, haah la!
“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?”

Senyap.
“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”
Geleng.
“Mangkuk tingkat.”

Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.

Sreeeeet!
Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni???
“Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?”
“Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?” Suaranya memetir.
“Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah.”
Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka.

Andai takdir Allah tertulis jodohmu itu dia, datanglah seribu orang sekalipun merebutnya, dia akan tetap menjadi milikmu.

FAZIELA senang bercerita tentang kisah si juruterbang ini. Maklumlah, inilah impiannya dahulu. Pelajar tahun akhir jurusan Sains Gunaan ini menulis dengan bahasa yang santai dan membuat kita senyum, menangis dan ketawa hingga ke akhirnya.


  Lama sungguh tak review novel. Ada beberapa novel yang aku suka dan dah habis tapi tak sempat nak review. Walaupun novel ni merupakan novel yang pertama oleh Faziela tapi novel ni memang buat aku teruja sampaikan tak sempat nak tunggu pesta buku terus je rembat bila pergi ke markas JS. Baca sinopsis je di lamanweb JS dah buat tergaru-garu hati nak membelinya sehinggakan kata Kak Su napa tak tunggu Pesta Buku, ada diskaun lagi. Mana boleh tunggu kalau dah nak tu kena rembat cepat2 sementara hati dah tak sabar nak membaca.Dan dengan sekejap sahaja aku pun khatam membacanya sambil tersengeh-sengeh mengenangkan Mr Pilot yang sungguh pandai menawan dan mengikat hati si pencinta Alam sekitar. hehehehe

  Cerita bermula dimana pertemuan tanpa disengajakan antara Mr Pilot yang bernama Ashraff dengan Perempuan Melayu terakhir yang membawa mangkuk Tingkat di Airport (boleh ke?) iaitu Edryna atau Ard yang teraccident depan bilik air sehingga menyebabkan mangkuk Tingkat Edryna tergolek dok atas lantai. Start dari situ Mr Pilot sudah jatuh cintan dengan sipembawa mangkuk tingkat sebab pilihan hatinya ialah nak jumpa perempuan berbaju kurung dan membawa mangkuk tingkat di Airport. Ado kah? Kalau pakai baju kurung tu masih boleh terima lagi lah tapi kalau menjinjing mangkuk tingkat di tengah2 dunia di airport tu emmm memang rasanya takde lah. Malu adalah nak jinjing mangkuk tingkat di tengah dunia airport tu huh ingat hari raya ke nak membawa juadah buat orang airport yang tak boleh beraya sebab bertugas. Kalau kat kampung ado ler lagi bawa mangkuk tingkat hantar juadah raya. Bertukar-tukar juadah raya. Opsss dah melalut lah pulak aku ni.

 Ok selepas tu beberapa tahun mereka berjumpa lagi tapi kali ni accident nak terlanggar dimana sewaktu Edryna dan kawannya sofiya nak melintas jalan si Ashraff hampir saja nak terlanggar. hah apa lagi lah ribut petir antara keduanya pun sambar menyambar.  Namun begitu banyak kebetulan pertemuan antara mereka terjadi sehingga kan kalau bertemu je mesti guruh dan petir sambar menyambar. Aduhaiiiii memang tak boleh jumpa sungguh mereka berdua. Tapi adegan berdebat mereka best lah. Kadang kelakor kadang mengeramkan hati tapi memang sengeh sorang-sorang le.

 Tapi takdir Allah SWT tiada siapa menduga. Kerana keluarga yang merupakan kenalan lama, mereka berdua di satukan. Bagi pihak Ashraff memanglah menerima dengan tangan terbuka walaupun selalu bertengkar bila berjumpa namun didalam hati telah tersemat perasaan suka pada Edryna cuma bagi pihak Edryna yang merasa terpaksa tapi kerana keluarga dia pasrah je dengan jodoh yang diaturkan oleh keluarganya. Rupanya ada kisah silam yang menghantui Edryna kenapa dia tak suka dengan nama Ashraff, rupanya kawan senior sekolejnya iaitu Asyraf atau Acap hampir sahaja merembat maruah dirinya. Jadi start dari situ dia jadi anti lelaki dan tak suka dengan nama Ashraff. Namun oleh kerana jodoh kuat terpaksalah juga dia dalam paksarela menerimanya.

 Dalam melayari bahtera rumah tangga pada peringkat awal begitu sukarnya Ashraff nak menawan hati Edryna namun berkat kesabarannya dan juga dek perasaan sayangnya pada Edryna sedikit demi sedikit Edryna mula menerima namun musibah yang tidak di ingini mula timbul. hah bab part nak menawan hati Edryna tu aduhaiiii aku cukup suka taktik-taktik yang dibuat oleh Ashraff untuk menawan hati Edryna. Jiwang karats juga lah Mr Pilot ni. Tapi tu lah baru nak bercintan-cintun rasa sayang diantara mereka berdua, Acap yang merupakan musuh Edryna sehingga membuatkan dia trauma masih memusuhi Edryna malah mulai muncul dalam hidup Edryna untuk membalas dendam.  Hish geram sungguh aku tenguk Acap ni nak mengurat orang tapi bila kena sergah depan kengkawan lepas tu kena lempang dengan kasut Edryna hah dek kerana rasa malu sampaikan membawa dendam dalam hati  kerana ego lelaki. Sampaikan sanggup membunuh asalkan hatinya puas. Apa kesudahan episod antara Acap, Ashraff dan Edryna? Adakah Acap berubah menjadi baik atau masih lagi berdendam. Manakala kehidupan Ashraff dan Edryna bagaimana pula? Adakah dek kehadiran Acap yang timbul semula dalam kehidupan mereka mengkucar-kacirkan lagi kehidupan mereka yang baru sahaja mula menerima antara satu sama lain sehingga merosakkan kebahagiaan mereka berdua? Jawapannya hanya di perolehi apabila anda membaca Si Mangkuk Tingkat tulisan Faziela. Apa pun pada aku memang best. Malahan baru tahu macamana kehidupan Mr Pilot dalam kehidupan seharian. Ingat bila zoom sana zoom sini tak penat ke? Malahan tanggungjawab besar yang di pikul di bahu Mr Pilot dengan membawa pasenger yang begitu ramai sehingga selamat sampai di destinasi merupakan satu tanggungjawab yang besar tau. Memang lah nampak glemer je tapi sebenarnya satu tugas yang begitu besar tanggungjawabnya.

  Apa pun tahniah buat Faziela dan juga Jemari Seni walaupun ianya merupakan novel yang pertama dihasilkan tapi bagi aku ia memang memuaskan hati aku. Maklumlah kadang penulis baru aku kena tenguk dulu gaya ceritanya macamana takut bila beli tak memuaskan hati. Maklum lah kita tak dapat agak cara dan gaya tulisannya macamana adakah best atau bila aku start je baca terus terasa hambar atau pun pening sebab banyak sangat sengketa hingga memeningkan kepala. Apa pun memang seronok dengan ayat-ayat kelakor antara member Ashraff dan juga bahasa Edryna dan Sofiya. Apa pun caya lah.

No comments:

Post a Comment