Tuesday, September 1, 2015

Bicara Pagi bersama JS Adiwarna

Assalamualaikum,

Seperti biasa ini adalah siaran dah terlajak laris. hahahaha memang le aku ni kalau buat majlis huhu memang ketinggalan sungguh. Orang lepas majlis je terus je upload dalam blog ke FB ke tapi aku makan tahun beb.Adeh  Dah 2 minggu berlalu baru nak bercerita. Tapi apa pun seronok lah dapat piknik di Taman Putra Perdana seperti tahun sebelumnya. Dapat jumpa kawan, dapat makan sedap, dapat ilmu lagi. Yang sebenornya pada aku dapat jumpa kengkawan lah paling seronok. Sambil makan sambil sembang. Maklumlah bukannya selalu dapat berkumpul beramai-ramai macam ni. Selalu gebang dalam whasap je mana lah puas kan. Kat sini hah sembang le selagi boleh.   

Agenda Bicara buku kali ini adalah menelaah 4 novel terbitan JS Adiwarna. Lepas tu Dapur Makcik Raja pun bukak dapur juga ya. Buat Kerabu jantung Pisang. 



Sebelum majlis bermula, kita sarapan dulu. Bestnya sebab macam gerai jual nasi lemak. Dengan beralas daun pisang yang baru di lap, makan nasi lemak dengan sambal dan rendang. Sodap. Ada yang bertambah-tambah. Lepas tu kuih-kuih raya yang belum habis lagi tu letak le depan kita orang. Jadi dah habis makan nasi lemak sambil sembang sambil ngap. hahahahaha cam tu sekali. 

Ni lah geng-geng Ulat Buku. Yang baju warna hitam tu geng Kicap. Geng kicap yang lain tidak dapat hadir hanya Rin dan kaknor je wakil depa. 

Acara bermula dengan pengetua JS Adiwarna memulai ucapan. hahahaha tu sebenornya Kak Su aka penulis Noor Suraya memulai acara. Selepas tu sebenornya ada 4 orang bercerita tentang 4 buku yang depa dah baca. Ulas dan komen isi-isi didalamnya. Orang lupa nak ambil gambar sebab seronok pok pek pok pek dengan geng sambil melunjur kaki sebab kesemutan duduk atas tikor. hehehehe. Bila melunjur mengadap Parcel D huh dengan di sapa angin bertiup huh memang terasa aman dan damai je. 

Lepas tu Dapur Mak Cik Raja pun di buka. Nampak tak lesung tu. Siap ada bedung dibawahnya. 

Tu kiranya demo membuat kerabu Jantung Pisang. Cara macamana jantung dibuat supaya sedap. Macamana jantung di potong. Kak Su di bantu oleh wan dengan penulis Naurah kalau tak salah.

tada.... siap kerabu jantung pisang. Bila di cicip sedikit walahhhhh sodap.

Oleh kerana backgroundnya cantik ala-ala bunga berguguran gitu jadi bila selesai acara apa lagi agenda posing time. Semua posing ala gedik je kan. hahahahaha 


Lepas tu semua pun tak lepas peluang nak juga masuk frame. Ni sebonornya minta tolong seseorang ambilkan gambar. Siap manjat atas kerusi tau sebab nak ambil gambar ni. Bukannya pakai galah panjang apa tu mypod aipod... huh hentam saje. Lupa nama. hehehehe 

Ni sebenornya orang-orang yang selalu mewarnai dangau Makcik Raja aka blog Kak su semasa awal pembabitannya di dunia penulisan. Selalu berkunjung membaca tulisan kaksu akhirnya telah menjalinkan ikatan ukhwah antara kak Su dengan peminatnya yang selalu berkunjung ke Blog dia. Ajaib sungguh ukhwah yang telah terjalin bermula dari tahun 2005 sehingga sekarang ia masih tetap utuh. Semuga ukhwah ini berterusan hendaknya. Rindunya masa-masa dulu semasa zaman blog penulisan meriah. Sekarang meriahnya lain tidak seperti dahulu. Nyanyian Tanjung Sepi adalah hasil tulisan Kak su di blog yang pada mulanya hanya suka-suka tapi akhirnya jadi Novel. Tebal tau. Jadi novel terlaris di Creative Enterprise.. emmm tahun bila aku dah lupa. Kita orang kenal bila buat acara Launch novel baru. hah masa tu lah baru kenal muka masing-masing. Dulu Kakinovel selalu launch buku baru dia kat Avenue K. Sebab masa tu Penerbitan Kakinovel adalah satu syarikat baru nak naik kan jadi itu adalah satu cara promosi. Dulu Creative dan Alaf yang femes. Sayang Creative dah merudum prestasinya padahal dulu memang tip top Creative Enterprise. 


Tuan tanah pun tak lepas peluang main bah bah cak juga. Amacam  ada ala-ala kat Nami Island tak? hahahaha Ooo mere buba...Oh Kwon Sang Woo where are u. hahahaha

8 comments:

  1. Assalam kak Notie...ohhh suka bergambar di sebalik pokok ehh...nanti die hahhha...nanti lah JM datang lagi

    ReplyDelete
  2. Waalaikummusalam. Wah JM tersohor dah datang menjengah. Anyong heseyo. *zap berdezup nak cari carpet merah nak sambut tetamu tersohor ni*

    ReplyDelete
  3. kah kah kah kak Notie mmg NAUGHTY!!!!

    ReplyDelete
  4. WAH SERONOKNYA BERKELAH DALAM SUASANA ALAM INDAH SAMBIL MASAK2 BERSAMA PENULIS NOVEL TERKENAL DAN DISKUSI MENAFAAT TENTANG KARYA2 NOVEL ADIWARNA...

    ReplyDelete
  5. tulah uniknya media sosial . dari bersembang atas talian , mesra dan berjumpa ...

    ReplyDelete
  6. Siap main cak cak kat pokok tu... Dah macam Kajol Estate... Ha Ha Ha..

    ReplyDelete
  7. Jm... kita ni shy shy cat le kekononnya. heheehe

    Sis PI... seronok jumpa kawan je sebenornya dengan piknik. Ialah penat bersembang sampai kering anak tekak.

    Qaseh... kan.. apa lagi kalau sekepala huh memang havoc dunia kalau bertemu.

    SS... memang seronok. SS... hahahaha tunggu Anil batu kapoor tak muncul jua

    ReplyDelete