Tuesday, May 24, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan Hari 4




Assalamualaikum. Hari ini hari last di Langkawi. Cerita semalam boleh jenguk di sini

Sebelum pergi sarapan, siap kemas barang-barang buat kali terakhir. Pergi 1 beg balik 3 beg. Hahahaha macam le tak tahu kalau pi Langkawi memang beranak-pinak le beg. Siap bawa beg Anti maling sebagai spare. Padahal sebelum pergi taknak shopping sangat. Sekali hah ko beli coklat tak cukup tangan. Hari ni check out pukul 12. Flight pukul 2. Aku balik saing dengan Linda satu Flight. Manakala Kak Jue dan Effa balik petang.   



Konvensyen hari akhir di teruskan. Ada beberapa SOP bagaimana menguruskan Rekod Perubatan apabila di timpa bencana samada banjir atau terbakar. Ni telah terjadi pada Unit Rekod Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 di Kota Bharu. Di tunjukan cara-cara bagaimana mengendalikannya dari mula hingga akhir.  Ialah Rekod Pesakit tu kalau rosak bukan semudah ABC untuk menghapuskannya. Nak lupus pun ada tempoh tertentu dan cara nak buat dan bukannya main humban je ke Lori Sampah. Itu semuanya dokumen sulit pesakit-pesakit tau. Dokumen sulit semua tu.   


Pukul 10 lebih kita orang break sekejap. Walaupun tiada minum sebab majlis selesai sebelum pukul 12.  Rupanya ada 2 kek menanti. 1 kek untuk menyambut 30 tahun servis Rekod Perubatan dan 1 kek untuk birthday sesiapa yang hadir untuk bulan 4. 

Diam tak diam dah 30 tahun servis Rekod Perubatan. Huh dah banyak asam garam dalam menghadapi rencah kehidupan dunia Rekod Perubatan. Bayangkan daripada mengunakan cara manual , beralih kepada komputer stand alone. Lepas tu sekarang menggunakan web base. Bagaimana susahnya mengumpul data dengan fasiliti yang sempit dan tenaga kerja yang sedikit. Huh memang banyak cabaran semasa kerja dahulu. Apa pun semua itu ada lah kenangan yang tidak boleh di jual beli.   


Alhamdulillah syukur telah mencapai tahun perkhidmatan 30 tahun. Lama kan.... Terima kasih pada para senior yang telah mengajar kami. 


Ni bersama rakan Medical Record Assistant batch pertama. Alhamdulillah syukur atas limpah kurnia Allah beri selama berkhidmat ini. Di panjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik sehingga dapat berkhidmat selama ini.

Bersama AMRO Hospital Langkawi. Cayang Kak Bedah. Lepas ni jangan lupa hantar reten ya Kak Bedah. 

Sebelum balik sempat lah berposing dengan AMRO Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Si Khuzaimah dan Naini. Rakan bertokak dalam talipon. Belum lagi si Ruzaini Hospital Tapah. Hah tu memang selalu bertokak setiap kali bercakap dalam talipon. hahahahah Gaduh gaduh sayang je. 

Konvensyen selesai dalam pukul 11.30. Kena check out hotel pukul 12 tengahari. Selesai bersalam-salaman dengan kawan-kawan terus ambil beg. Yang si linda pulak boleh mandi lagi sebelum balik, aku pulak dah kelam-kabut. Hish bior betul. Sementara menunggu Linda bersiap, aku makan tengahari dulu lah. Dalam flight nanti cuma dapat jus dan kacang tanah je baik isi perut dulu. hehehehe.

Kat kaunter memang sibuk lah. Ada yang check out, ada yang minta tolong panggilkan teksi. Aku ingatkan ada teksi datang ke apa rupanya kena booking dulu. Terpaksa maklumkan kat adik kaunter 1 teksi untuk kami berdua. Kak Jumiah dan effa balik petang.  

Tak lama kemudian teksi kami pun tiba. Hampir nak jalan Linda suruh tunggu. Lahaiiiii apa lagi ni. Rupanya si Effa nak tumpang sebab nak turun kat Pekan Kuah. Nak shopping lagi. Tapi negri sungguh naik teksi tu. Bila dia berjalan berbunyi-bunyi. Yang tak tahan tu aku pulak kena tukar seat. Aduhaiiiiii agaknya boot belakang berat dengan aku lagi tu yang berbunyi-bunyi sebab menekan tayar kereta. Hahahahaha aduhaiiiiii sodih aku. 

Perjalanan memakan masa 45 minit. Alhamdulillah bila dah sampai airport .....tu dia panjang barisan. Nasib baik lepas barang aku kat Imigresen scan beg tu, Pegawai polis tu tutup barisan. Sebab panjang sangat berbaris sehingga hampir keluar. Oleh kerana orang yang checkin barang lama lagi, aku pun terus lah pi balut dulu beg. Almaklumlah banyak barang berharga. hahahahahaha padahal beg berat dengan coklat dan pinggan mangkuk. 

Hah tu dia 3 beg. Beg pack tu aku bawa spare untuk baju kotor. Beg besor penuh dengan coklat dan mangkuk kuih dan kain batik. Yang beg anti maling pulak dengan mangkuk dan hadiah cabutan bertuah. 

Linda punya barang pun boleh tahan juga. Yang aku bengang tu ada pulak kena bawa cenderahati Bos. Cenderahati tu sepatutnya kawan opis yang datang bersama bos yang bawa balik semalam. Tapi sebab wording dia tersalah, dia suruh pihak urusetia perbetulkan. Pihak urusetia pulak kata cenderahati labu sayung tu buat kat Perak,bila masa lah pulak nak repair. Jadi depa suruh repair sendiri kat kedai. 

Mengeluh juga aku dan bengang tahap gaban. Dah lah ko hanya peneman bos je datang , boleh pulak lenggang kangkung balik semalam. Yang jadi mangsa akule... kena bawa beban pulak. Memang sakit hati lah sungguh dengan opis mate aku tu. Datang hanya teman boss je. Bukan buat apa pun. Dengar je ceramah semasa konvensyen tersebut. Tu pun sepatutnya balik saing dengan boss tapi rupanya booking flight tak sama dengan boss. Huh sabor je lah aku. Tu pun cerita kat member opis, dia yang bagi ceramah. Hangguk ko. Takan lah boss datang jauh-jauh suruh anak buah yang jawap. Takde kes punyalah. Sebab tajuk ceramah tu boss yang handle jadi memang sepatutnya dia yang bagi talk. Hishhh kalau ye pun nak menipu patut-patutlah. Takanle dia lupa,  aku ni yang tercangguk dalam majlis,  tak nampak siapa yang bagi talk. Kalau pun nak menipu patut-patut lah. hisshhhh grrrrrrrr.  Kalau takde peneman dan cenderahati tu takde orang nak bawa aku ok je tapi  geram sebab peneman tu just makan angin je datang dengan boss. Tu yang aku bengang. 

Zarimah saje je ngusik aku... wah wah barang boss bukan main lagi di tatang dengan penuh jaga. Bawa sampai naik flight. Sebab dia pun heran juga dengan opismate aku eh datang gitu je bawa barang cenderahati boss pun banyak songel. Aku kata kerana TERPAKSA..... depa gelakkan aku. 

Kesian kat Linda sebab sebelum ni dia dah booking supaya aku dapat bawa barang 1 bawa naik atas. Sekali tangan aku penuh kedua-duanya.  Tapi nasib baik ada member lain yang balik sama flight dengan kita orang. Jadi tumpang tangan mereka.

Habis daftar bagasi, sekali timbang hah ko melebih 30kilo ko. Nasib baik Crew Mas tu tak charge aku lebih bagasi. Kalau Air Asia memang tak lepas lah. 

 
Bersama Zarimah. Kawan semasa sekolah rendah dan berjumpa bila masing-masing mula bekerja. Sama aliran cuma lain lokasi tempat bertugas je. Sempat lagi tu Zarimah cerita time aku sekolah rendah dulu, dengan member-member lain yang sama-sama beratur nak check in bagasi. Malu aku. Mana taknya dulu sekolah rendah aku kuat tidur. Memang kaki tidur dalam kelas lah. Tak tahu macamana nak buat sebab dah macam-macam cara aku buat. Minta tolong member sebelah cubit lah,  ketuk lah tapi mata tetap suka tidur. Tapi bila peperiksaaan penilaian darjah 5 aku dapat 4A 1 B tau. Tu yang kata Zarimah dia pelik tenguk aku. Kuat tidur tapi bila periksa dapat bagus pulak result.  Adehhhhhhh malu aku. Aku pun tak tahu macamana boleh dapat result bagus macam tu. Tapi lepas tu SRP dan SPM cukup-cukup makan je. Lah ni ramai kawan-kawan yang tak dapat result bagus masa sekolah rendah lagi bagus kerjaya mereka daripada aku. Alhamdulillah itu kan rezeki masing-masing kan. Yang penting bersyukur aku ada kerja. 

Masa kat dalam kapalterbang nasib baik aku duduk tengah. Dan nasib baik juga seat kita orang berdua je. Di hujung ada mat saleh duduk. Lega... kalau tak huh sesak nafas. hahahahaha. Mat Saleh tu baik.... sebab masa turun aku terlupa beg cenderahati boss yang aku letak kat hujung kaki. Dok teringat bagpack aku dan barang Linda kat atas kepala. Nasib baik dia tolong peringatkan. Kalau tak haru... barang boss punya. 

Masa ambil beg huhuhu beg aku yang akhir sekali. Nasib baik Linda temankan sebelum kami berpisah kat tempat teksi. Nak naik ERL huh jangan harap ok.... beg dah beranak pinak ni memang ada yang tercicir. Tapi encik pemandu teksi tanya apalah barang dalam beg aku tu sebab macam bawa batu. hahahahahaha adehaiiiiiii ni lah penangan memborong coklat. 

Sampai rumah semasa orang pejabat dah nak balik. Nasib baik MRR2 tak jem. huhuhu Sampai rumah lepak dan seronok. Besok dah nak pergi kerja..... huwaaaaaaaa nak cuti lagi. hehehehe  


4 comments:

  1. perghh..beranak tiga beg...bukan senang nk bawa labu sayong, kalau saya pun bengang jg...teruk betul peneman bos tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha biasak le pi langkawi beranak pinak beg. Tangan pun sampai penuh kedua-duanya. Nak buat lagu mana.... kawan punya pasal sabor je lah.

      Delete
  2. dah selesai urusan di langkawi ya notie...penat juga nk bawa bagasi shopping yg banyak tu kan terutama nk jaga kiriman boss tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selesai kak. Masa beli seronok bila balik huwaaaaa tapi bukannya selalu... cekali-cekali dong ah.

      Delete