Assalamualaikum,
Ada sesiapa dah pergi Royal Floria di Putrajaya? Ianya dah bermula hari Jumaat yang lepas iaitu 27 Mei 2016 dimana bermulanya cuti sekolah pertengahan tahun. Dan setelah balik kampung dan bercuti apa lagi terus ajak akak Jal kat Tangkak datang melihat dan mencuci mata.
Kali ini hanya dapat pergi waktu siang sahaja sebab malamnya hujan. Tak dapatlah tenguk bot berhias dan bunga api katanya. Tapi pagi esoknya sebelum balik ke Ampang, singgah lagi sebab akak nak beli pokok bunga. Hari pertama pergi tak sempat menjengah sebab dah tengahari rembang dan panas membahang masa tu. Jadi cepat balik kononnya nak tenguk malam tu jadi terus je lepak kat rumah anak Kak jal di Putrajaya. Sekali malamnya hujan. Terus tak keluar rumah apa lagi Julie dah bawa makanan beli di pasar Tani untuk makan malam kami semua. Nasi Ambeng ko....
Kali ini disambut dengan reka bentuk wau. Tapi aku paling suka deko gunakan payung.
Tema pada kali ini ialan bunga Kekwa atau Chrysanthemum.
Di pintu masuk utama sebelahnya ada pula tempat makan. Tapi tak tahan tu ada nyok goyang dengan botak coconut.
Kali ini akak aku jadi model bunga. hehehehe
Kekwa kuning dengan bees berwarna kuning
Model di tepian kali sambil bertemankan si kerbau balau.
Ada booth jual pokok Tin dengan baja dan nasihat sekali.
Pokok tin dah berbuah lebat
Pinwheel ni memang aku suka
Syok berayun dibuaian sambil di sapa angin berhembus dan wangian bunga-bunga yang segar mewanggi.
Tasik melambai dihiasi jambatan dan Masjid Besi
Hamparan indah pepohon nan merendang
Taman Johor Diraja
Taman Diraja Johor..... yeeeh JDT luaskan kuasa mu.
waahhh, IQ pun pergi ahad lepas dengan family, cuma tak sempat update lagi...sibuk nau~ hehe
ReplyDeleteUpdate update.... cuci cuci mata. Cantik kan kalau bunga tu sentiasa berkembang dan mewangi...syioknya mata memandang
DeleteMENGAGUMKAN INDAHNYA BUNGA2 DI PESTA FLORIA NI...BANYAK BORONG BUNGA2 NOTIE
ReplyDeleteCuci mata je kak. Akak saya yang borong bunga kemboja.
Deletetak pernah gi floria..cantik, mmg sesuai menjamu mata..tak beli apa2 ke?
ReplyDeleteAla pergi menjamu mata je. Tahun depan katanya nak celebrate 10 tahun mesti lagi best. Ikut hati mahu di borong semua pokok buah tapi poketnya sudah kempis jadi cuci mata saja. hehehehehe (Padahal malas nak bawa balik kampung asyik kena tebas je sebelum besor dapat hasil huhuhuhu)
Delete