Sunday, June 5, 2016

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2016



Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat juga kiranya kita bertemu semula dengan Ramadan yang mulia lagi diberkati. Syukur Allah masih beri kesempatan dan di panjangkan usia bagi kita untuk merasai nikmatnya beribadah di Bulan yang mulia ini. Semuga keindahan nikmat menyambut bulan Ramadan ini Allah limpahkan kurniaNya menerima taubat dan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan. Apa pun bersyukur dengan limpah kurnia Allah yang tidak terhingga buat hamba Mu yang kerdil ini. Aamin.


Buat Aruah Mak dan Aruah Bapa.. Al fatihah. Bila bulan puasa ni aku memang rindu mereka berdua. Rindu dan terkenang-kenang suasana menyambut bulan puasa semasa mereka masih ada. Walau pun zaman telah berganti namun kenangan indah itu tetap tersemat didalam ingatan. Juga buat kaum keluarga sanak saudara yang telah kembali ke Rahmatullah. Semuga Allah cucuri rahmat dan roh mereka tergolong didalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin

Buat semua yang membaca coretan saya ini, tidak kira dimana sahaja anda berada  maaf zahir dan batin. Semuga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan hidayah buat semua yang membaca tulisan saya di blog ini. Apa pun yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari  saya yang lemah dan tidak sempurna.

Semuga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menerima amal ibadah kita di bulan yang mulia ini. Semuga Allah memberi kerahmatan dan keberkatan dalam menempuh dugaan di bulan yang mulia. Semuga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah pada kita semua dalam menempuh kehidupan yang seterusnya. Semuga Allah mempertemukan kita dan menganugerahkan kita dengan Malam Lailatul Qadar malam yang penuh keberkatan yang tiada ternilai harganya. Aamin


Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak

2 comments:

  1. Salam Ramadhan Al-Mubarak...maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan Nohas... Semuga Allah mempermudahkan urusan Nohas

      Delete