Friday, February 2, 2018

Umrah 2017 - Ziarah 1 (Lawatan ke Masjid Nabawi )


 Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari  pertama sampai Madinah, semuanya bersemangat. Setelah semuanya makan malam, lepas tu dapat bilik dan masuk bilik masing-masing. Semuanya kena turun balik dan berkumpul pada pukul 10.30 malam. Ada taklimat dan sessi ziarah ke Masjid Nabawi.

 Madinah masa ni dah nak masuk musim sejuk jadi cuaca agak sejuk lah tapi masih lagi nyaman. Rasa tenang je keadaan di Madinah. Masa kita orang pergi ni Isnin 20hb November  2017 lagi seminggu nak cuti sekolah. Kata encik Din semakin hampir cuti sekolah lagi ramai yang datang menunaikan ibadah Umrah. Jadi jemaah semakin ramai lah. Kiranya kita orang ni rombongan yang pertama bermula sebelum cuti sekolah sebab selepas tu banyak lagi rombongan yang akan datang di bawah KUJDT.


    Ni depan hotel tapi sebelah bangunan hotel bukan di depan bangunan hotel. Petugas KUJDT dah maklumkan apa juga  jadual perjalanan atau aktiviti setiap hari hendaklah berpandukan kepada buku kecil yang disertakan. Selain daripada itu no talipon semua ahli dimasukkan dalam group whasap supaya mudah nak update kan berita atau apa juga masalah yang timbul semasa jemaah menunaikan ibadah umrah. Kami di beri kad kecil nama hotel untuk di letak di nametag yang tergantung di leher. Kalau terlupa atau tersesat boleh refer kad tersebut.

Masa dalam bas baru aku dan kak jal dimaklumkan bahawa semasa di airport sepatutnya kita orang ambil earphone khas yang akan digunakan di tempat-tempat tertentu yang tidak boleh menggunakan mikcrophone. Yang lain semua dah dapat tapi aku dan Kak Jal lupa nak minta. Risau juga nanti tak boleh join semua aktiviti. Rupanya ramai juga yang belum ambil.  Alhamdulillah Encik Rahman kata nanti dia bagi. Kena bayar deposit Rm 50 untuk 1 unit. Kami juga dimaklumkan siapa yang nak beli simkad boleh beli di lobby hotel ada orang yang jual tapi kena tunjukkan visa. Visa form ada salinan photostat yang di sertakan. Aku tak beli pun simkad khas di Madinah sebab wifi free je kat lobby hotel. Mula-mula macam nak beli tapi bila fikir boleh update dalam washap family semua aktiviti keluarga terus tak jadi. Lagi pun aku tak pandai nak tukar-tukar sim kad ni nanti aku bengong. hehehehe  Otak dah berkarat le katakan. Jadi lambat sikit bab belajar teknologi baru ni.

Semasa dalam bas lagi pasport kita orang di kumpulkan dan akan dapat bila nak balik nanti supaya dapat di jaga dengan selamat. Bagus juga buat macam tu sebab pasportkan umpama nyawa kita bila keluar negeri. Bila hilang huhuhu haru nanti jadi tunggang langgang ibadah disebabkan pening mencari pasport yang hilang atau salah letak. Tapi bila musim haji aku tak tanya pulak kak Ijah dan Kak nong masa tu. Adakah pihak tabung Haji yang akan menyimpankannya.


Semasa taklimat, Encik Din terangkan keadaan di Madinah macamana. Hotel terletak lebih kurang dalam 450 meter dari Masjid. Malam ni akan di bawa sekitar Masjid supaya para jemaah tahu jalan ke masjid. Ianya memudahkan kepada semua, supaya dapat pergi sendiri ke masjid pada setiap kali waktu solat. Tapi pada malam ni hanya jemaah lelaki je yang akan di bawa ke Raudah. Manakala jemaah perempuan malam besoknya.  Selesai taklimat di hotel, Kami pun berjalan beramai-ramai melalui hotel-hotel yang berdekatan dengan tunjuk arah oleh Encik Din. Ada hotel tu lupa nama dia tapi nampaklah banner Andalusia Agency dan depannya bas berderet-deret. Mungkin ada yang baru sampai agaknya.


     
  Selepas taklimat oleh En Din, acara seterusnya di ambil alih oleh Mutawif kami iaitu Ustaz Khairul Fahmi dan Ustaz Syed Nasirudin. Masa ni kami sampai di pintu 15  Kali ni mengenai adab-adab semasa sampai di Madinah, mengucapkan salam pada Rasulullah SWT. Mendengar Sirah Rasulullah rasa bagaikan berkunjung menjenguk Rasulullah.            


    Mutawif kami Ustaz Syed Nasir dan Ustaz Khairul Fahmi. Belakang tu nampak tak Hotel Concorde. Dekat dengan pintu 15.

         Nampak tu payung di dataran Masjid. Lama juga kami mendengar sirah Rasulullah dan adab-adab semasa nak menjejakkan kaki di Masjid Nabawi. Selain daripada membaca doa, kita juga harus mengucapkan salam pada baginda Rasulullah. Sampaikan juga salam daripada kawan-kawan yang kirim salam pada Rasulullah



   Selesai semuanya yang lelaki dan perempuan berpisah. Malam pertama ini di bawa kaum lelaki sahaja mengunjungi masjid dan di tunjukan Maqam  Nabi dan Raudah. Manakala kaum perempuan boleh masuk masjid menunaikan Jamak magrib dan isyak yang belum tertunai lagi.


                                      Didalam masjid Nabawi. Gambar ni ambil dari group whasap.

Nampak abang-abang Ipar aku, Azli dan Jaki. Ini masih lagi dalam masjid Nabawi. 


Kaum lelaki di luar kawasan masjid. Masa ni tak pasti dia punya acara macamana. Adakah sambung bercerita sebelum masuk masjid atau pun dah selesai solat dalam masjid, dah kelilingi masjid Nabawi baru di bawa keluar masjid untuk melihat kawasan sekeliling masjid.  


      Nampak kubah di belakang tu. Yang warna hijau merupakan kubah dimana dibawahnya merupakan Makam Rasulullah. Malam tak nampak sangat tapi kalau waktu siang memang nampak.


     Pintu 15 merupakan pintu yang terdekat dengan Masjid Nabawi dengan hotel kami. Jadi ia merupakan tempat pertemuan ataupun perjanjian untuk berjumpa.  Selalunya kita orang berjanji jumpa kat sini bila dah selesai solat. Nanti Jaki atau yeye akan tunggu nak sorong kerusi maknya.

                               
     Dataran masjid. Masa ni dah malam dan dah habis pun waktu Isyak. Mungkin ramai yang dah balik ke hotel.


       Pintu 17 merupakan tempat yang meriah sekali sebab banyak terdapat pusat membeli belah di depannya. Bin Dawwod, Mall malahan kedai emas mengelip-gelip warna emasnya mengamit para pelanggan. hehehehe Orang perempuan kalau dah nampak emas emmm dapat jeling pun cukuplah. Warna emasnya memang mengancam mata sungguh.


    Bila kata kaum lelaki akan menziarahi raudah, kaum perempuan pun mencari jalan nak ke Raudah. Tapi ikut jadual besok malam kami ada ziarah khas ke Raudah dengan mutawif perempuan khas untuk kaum perempuan. Siapa yang dah pernah pergi dan tahu pintu mana terus je menonong ke pintu 25. Fuh jauh tu dari pintu 15 nun ke sana pintu 25. Oleh kerana pertama kali jadi ikut jelah semua yang nak ke sana.

  Tapi bila dah masuk pintu 25, kesian Kak Ijah tinggal sorang, aku pun temankan dia. Kita orang terus solat tahiyatul masjid dan solat Jamak Magrib dan Isyak. Manakala Kak nong terus je bawa Kak Jal kononnya nak tunjuk mana Raudah. Kena masuk ke dalam dari pintu 25 tu. Tak pasti jauhnya macamana. Rupanya jauh sungguh nak sampai ke Qubah hijau tu. Tapi Kak nong dapat tunjuk arah je kat mana, masih belum dapat masuk ke Raudah. Masa ni aku tak pasti masa untuk lawatan ke Raudah. Lawatan ke Raundah untuk orang perempuan ada waktu-waktu tertentu. Tapi untung orang lelaki boleh hari-hari masuk ke Raudah.


     Oleh kerana dapat tenguk je tak dapat masuk Kak nong dan Kak jal bergabung semula dengan aku dan Kak Ijah. Kemudian selesai semuanya kita orang balik ke hotel. Dah ngantuk sangat masa ni. Kat Malaysia rupanya sedang sedap tidur.

  Sampai hotel, pung pang pung pang bercerita sekali tenguk Kak Ijah dah zzzzzzz. Semua pun terus tidur untuk merehatkan badan. Besok subuh kena bangun awal. Alhamdulillah bermula hari pertama kami di bumi Madinah.


4 comments:

  1. Kalu SS laa... SS pon tak amik sim card... Selama ni pon pi memana memang tak pernah beli... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tukar-tukar sim ahkak rasa macam leceh ja lepas tu hotel ada wifi hah pakai tu ja sonang.hehehehe Jimat duit aku....hehehe

      Delete
  2. Kat sana memang kena ingat nombor pintu ek... Adehh... SS ni dah laa lemah nombor2 ni... ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. hehehe tak ingat pun tak apa tapi ianya memudahkan urusan sekurang-kurangnya kita tahu pintu ni belah mana pintu ni apa ada...hanya untuk rujukan

    ReplyDelete