Thursday, October 4, 2018

Resepi Roti Goyang aka Roti Titap yang simple



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Sihat? Alhamdulillah... semuga semua Umat Islam di seluruh dunia dikurniakan kesihatan yang sihat dan kehidupan yang di rahmati Allah. Aamiin . Alhamdulillah

 Al fatihah juga buat 6 warga Bomba yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas. Semuga roh mereka termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Semuga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. 

Ok tak mahu cerita panjang... amacam tenguk roti kat atas.....yummy tak... Ni kerja anis lah yang tiba-tiba je....jom kita buat roti titap, nak tak. Hah apa lagi lah bob beli sepapan telur mentah, beli kaya dan roti gardenia. Itulah bahan-bahannya.



Cara-caranya.....anda perlukan toster yang macam ni untuk bakar roti....toster pulak dah rosak dah tak boleh kalau masak automatik keluar sendiri...tapi boleh lagi digunakan cuma kena jaga suis lah.  Tu yang terlambat sikit roti nya geseng aka nak hangus.....hehehehe tapi layan jelah....sayang roti tu hangit-hangit pun semuanya beres....laku je. Yalah kalau dah ramai-ramai yang kerumun, resepi hangit pun jalan juga. hehehehehe. 


Masak air panas dan rebus telur pakai bekas ni.....hehehehe ada bekas telur separuh masak yang Lizah bawa tapi airnya tak turun-turun...bila di pecahkan telur masih jernih telurnya.....tapi bila testing pakai bekas ni.....jadi elok pulak telur separuh masaknya.....jadi pakailah bekas ni...

Testing telur separuh masak cantik tak telurnya.....ramai je tukang testing ni...hehehehe


Tada........ Roti bakar....pecahkan telur separuh masak....letak kaya 4 penjuru....siap dah. Taburkan blackpeper dan kicap sikit...... Jom sarap


Bila tenguk roti goyang ni teringat makan kat Penang.....memang umph lah.  Roti tebal dibakar wangi lepas tu telur separuh masak panas-panas....layan teh tarik....perghhhhhh yummy.  Kalau ada tempat roti goyang yang best bagitahu lah. Kut terpergi ke boleh lah rasa. Saya memang suka telur separuh masak ni... tapi tak boleh layan banyak-banyak nanti kolestrol naik.....hehehehe cekali-cekali bolehlah layan tekak.

12 comments:

  1. tak pernah lg makan roti telur goyang ni...boleh cuba kt rumah..samalah kena jaga kolestrol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah dulu makan telur separuh masak ja... la ni ada penambah bahan...emmm sedap pulak. Kolestrol tu yang jahat tu bahaya....dia dok dendiam bila check huh mencanak tingginya

      Delete
  2. pernah jugak maka roti ni masa balik kpg hubby kat kelantan... sedap la jugak makan panas2 hehehe...

    btw, jemput singgah blog kite yer sis http://julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kelantan femes kan... terima kasih masuk rumah akak....jangan malu-malu masuklah

      Delete
  3. SS pernah makan roti titap ni masa kat kelante... Tapi harganya tak masuk akal... Roti titap ni kat penang pon ada... Buat sendiri pon lagi muai kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti kat penang tu best sebab di bakar pakai dapur arang tu yang rotinya wangi je. Hah ni buat sendiri lagi puas nak tala berapa banyak hah tala lah tapi berpada-pada lah ya. hehehe

      Delete
  4. oh bukannya selalunya roti tu dah sapu kaya ke baru letak telur? emm lain tempat lain versi kut

    ReplyDelete
  5. bekas telur separuh masak? ingat tupperware biasa jek..leh order online tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ada lah jual bekas buat telur separuh masak kat shoppe pun ada kut emm tak pasti

      Delete