Wednesday, October 3, 2018

Umrah 2017 - Cerita-ceriti di Madinah (bhg 2) Piknik di Dataran Madinah


Assalamualaikum,

Hari Kedua di Madinah  selepas solat zohor kita orang tak balik hotel. Rasa malas nak balik hotel , sambil jalan di dataran  masjid meninjau keadaan sekeliling. Aku suka sekali tenguk bila time habis solat menderu-deru jemaah keluar dari masjid. Seronok sekali bila kawasan masjid ramai orang solat bersama-sama.

  Kita orang tak balik hotel sebab rasa masa untuk solat Asar macam tak lama. Tapi sebab dah tengahari mesti lah dah lapar. Jadi kita orang lepak dulu kat Dataran Masjid. Sementara menunggu Azli belikan makanan dan minuman, bila tenguk ramai je yang lepak kat Dataran tu apa lagi lah aku, Kak jal dan  Kak Nong serta Abang Berahim pun bersila lah. Bila Azli sampai ja hah apa lagilah kita orang semua piknik beramai-ramai. Makan Nasi Arab beb. Air pulak air oren.



  Jus oren kat Madinah dan Mekah memang jempol lah.. rasa fresh sangat. Sedap dan bersari rasa buahan segarnya. Kadang ada yang rasa pekat dan likat rasa buahnya. Kalau sampai di Madinah dan Mekah  hah beli lah jus buah-buahannya. Memang terbaik. Apa juga minuman dan makanan yang ada,  yang kita tak pernah rasa cubalah beli dan rasa perbezaannya. Sekurangnya kita tahu oh kat tempat tersebut apa yang femes dan sedap. Hah lagi satu aiskrim dia pun sedap. Dalam panas-panas dapat aiskrim perggghh heaven rasa.



Seronok  pulak makan beramai-ramai macam ni. Bukan kami saja malahan ramai je orang yang piknik. Macam-macam gaya dan kumpulan berpiknik. 

Portion nasi Arab dalam bekas tu memang banyak. Kita orang share 1 bekas berdua pun tak habis. 


Kebetulan pula aku bawa serunding daging dalam beg. Ada juga sambal hitam tapi tinggal kat hotel. Selalunya sampai hotel masuk bilik dulu, ambil sambal baru turun ke tempat makan. Tapi kadang selalunya terus je pi makan baru masuk bilik jadi sambal tu banyak yang tak luak.

Bob, Anak Kak Endon dan abang Berahim memang suka kalau aku bawa turun sambal dari malaysia tapi tu lah kadang depa dah habis makan baru aku bawa turun. Maklumlah bawa tu semua takut ada makanan yang tekak tak boleh masuk. Tapi alhamdulillah makanan kat hotel, baik di Madinah dan di Mekah sedap sekali. Tukang masak dari Indonesia kata Encik Din. Tapi kalau dah biasa ada sambal hah memang seronok lah makan, lagi bertambah adalah. Cuma sambal tumis je yang susah nak cari. Tapi alhamdulillah lah makanan kat hotel sedap-sedap dan menepati selera kami. 

Apa pun kalau tidak menepati selera ke atau pun tak sedap ke jangan lah komen macam-macam. Hendaklah banyak bersabar dan makan lah rezeki yang di terima dengan rasa syukur. Rezeki tu semua kan datang dari Allah jadi jangan lah banyak komen ya. Bukan apa ...... kat dataran Madinah tu aku perhatikan ada je jemaah yang tidur dan lepak disekeliling masjid. Ramai jemaah yang aku tenguk macam daripada India atau pun Afrika. Kesian sangat. Kalau pagi subuh tu masa kita orang sampai dalam pukul 4 pagi banyak je jemaah yang tidur kat lantai.  Bila tenguk macam tu rasa kesian sangat ....yalah....kita ni at least adalah katil dan tilam empuk untuk tidur tapi mereka dengan berlantaikan simen yang sejuk berlatarbelakangkan pemandangan langit yang terbuka luas. Makan pun minta belas ehsan orang ramai. Kesian kan.  Jadi kalau kita rasa kita susah bila tenguk depa yang bermusafir lagi susah tapi dek kerana ibadah sanggup bersusah payah datang dari jauh. Syukur alhamdulillah atas kurniaan Allah selama ini.  


      Jom makan....hehehehehe nampak macam kebulur sungguh. Abaikan lah pemandangan di belakang ya. Sedap sungguh tidur atas lantai. Masa ni cuaca panas tapi dah nak masuk musim sejuk. Walaupun nampak panas sebenarnya aku rasa nyaman je di Madinah banding di Mekah.

  Masa kami sedang makan ada lah jemaah perempuan dari mana tak pasti bangsanya tapi macam orang Afrika, berdiri le belakang aku lama memerhatikan kami makan. Aku tak perasan sebab membelakangkan aku, Kak nong dan Kak Jal yang nampak tertanya-tanya. Oleh kerana dia tak reti cakap melayu dia pandang je kami lama masa kami sedang makan.

 Oleh kerana tidak selesa dengan keadaan tersebut, kami pun cepat-cepat makan. Mana yang tak habis kami satukan jadikan 1 bekas. Tapi Kak nong macam kesian kat jemaah Afrika tu. Dia bagilah 1 bekas yang belum berusik lagi. Serta air oren yang ada lebih. Tapi jemaah tu masih tak berganjak juga. Akhirnya cakap macam itik dengan ayam , Kak nong berisyarat cakap dengan jemaah Afrika tu. Rupanya 1 bekas yang di beri tu tak cukup bila di tunjuk bekas yang tak habis kami makan dia nganguk....Kak nong pun rasa serba salah maklumlah makanan kami yang tidak habis pun dia nak tapi dek kerana kesian mana baki makanan yang ada semuanya Kak Nong bagi kat jemaah tersebut. Barulah dia berlalu dengan gembira.


                                       Selesai makan kami bergambar beramai-ramai.


Walaupun rupamu tidak ku kenali tapi lubang hidung mu menjadi pujaan hatiku..hahaha abaikan lah rupa tak semengah ni.


Sambil lepak atas lantai tenguk lah kaeadaan sekeliling yang pelbagai gaya dan ragam. Kalau yang baju boria yang warna hijau tu... semua tu Jemaah dari Indonesia. Seronok tenguk pakaian mereka, yang sama ja mengikut group umrah mereka. Jadi macam-macam corak kita boleh jumpa. 


                                                                Seronok ja lepak sambil bersembang.


Berteduh di bawah payung Masjid Nabawi ni rasa sejuk ja. Walau pun masa ni panas terik. Alhamdulillah payung tersebut dapat meneduhkan para Jemaah yang berada dibawahnya. 


     Sedang asyik memerhatikan keadaan sekeliling masjid tiba-tiba kami di kejutkan dengan bunyi sesuatu. Nampak tak kenderaan diatas tu. Rupanya para petugas Masjid mula menjalankan kerja membersihkan kawasan Masjid. Laju ja depa buat kerja. Pantas semuanya bergerak ketepi memberi jalan pada kenderaan tersebut menjalankan kerja.


         Ada banyak...entah apa nama kenderaan tersebut......berderet-deret lalu....laju ja dia mop lantai        

 Jemaah yang lepak ramai bangun dan memberi laluan pada pekerja masjid membersihkan masjid.


         Ada juga yang masih santai berbual walaupun dah nampak pekerja masjid membersihkan masjid.

                        Lantai pun bersih dan bersinar-sinar setelah di mop oleh pekerja masjid.




Bila kenderaan tersebut keluar, karpet di bentang dan para jemaah mula membanjiri masjid untuk solat Asar pula.



     Sekejap je kawasan dataran masjid dibanjiri oleh para jemaah yang mula bersiap sedia untuk solat Asar. Kami pun berpisah dengan Abang Berahim dan Azli dan mula ke pintu 16 tempat solat perempuan, mencari tempat yang bagus untuk solat.


8 comments:

  1. nasi arab dimakan di negara arab..authentic....MasyaAllah, bersedekah fisabillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia punya rempah memang terasa di tekak. Lain daripada di malaysia. Kat Mekah dan madinah memang digalakkan bersedekah tapi lebih afdal bagi kat pekerja masjid yang gaji mereka kecil. Sebab kadang ada sindiket juga kat area luar kawasan masjid. Tapi asalkan niat kita sedekah biarlah.

      Delete
  2. SS kalu minum makan mende sejuk tgh panas sure lebam kepala... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kena coolkan dulu badan sebelum makan benda sejuk. Dia yang buat terkezut tu sebab drastik sangat perubahan dari panas ke sejuk, tu yang berpinau mata lepas pekena benda sejuk.

      Delete
  3. Baguskan masjid kat sini... semuanya bersistem... tempat kita pon bersistem jugak... tiba waktu... tutup terus mesjid takut orang curik duit tabung... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu orang sekarang bukannya reti takut....dalam masjid pun nak mencuri...sebab tu pihak AJK masjid terpaksa tutup masjid. Padahal zaman dulu masjid dan surau terbiar je untuk para musafir berteduh. Sekarang ni tak boleh di halaunya kita kalau nak bermusafir di masjid. huhuhu sedih sekali.

      Delete
  4. Replies
    1. Kan! Akan sentiasa merinduinya. Semuga Allah beri rezeki dan jemputan ke rumahNYA lagi.Aamiin

      Delete