Friday, July 26, 2019

Rombongan menghantar Jemaah haji 2019

Kak Jal bersama cucu brunei yang baru 3 bulan tapi pipi dah melayut-layut gitu dengan Kak Nora.  

Assalamualaikum,

Amboiiiii raya Aidil fitri dah berlalu malahan dah nak dekat hari Raya Aidil Adha....baru nak up cerita. huhuhu. Ya ampun tuan tanah kedawung selepas cuti raya yang panjang hah hadap le kerja yang menimbun dengan idea pun tandus dan gersang tu yang lama menyepikan diri. Sekarang nak cerita pasal jemaah haji lah pulak. Tak pe nanti selit juga lah n3 raya. hehe nak juga letak tu. 

Alhamdulillah tahun ni 2 orang kakak aku mendapat jemputan dari Allah untuk menunaikan ibadah rukun Islam ke 5.  Kak Jal memang dah dapat surat sebelum puasa manakala Kak nora pula last minit dapat panggilan dari Tabung Haji  2 minggu sebelum kak Jal berlepas.  Tu pun mereka suami isteri ja yang dapat manakala anis anaknya bila mohon rayuan tidak dapat. Tu pun Kak nora dah risau nak tinggalkan satu-satunya anaknya.   


  Penerbangan Kak jal pada hari Jumaat 19hb Julai 2019 KT 30B. Jadi petang khamis bertolak dari Tangkak dan menuju rumah Julie. Helmi dan family dari Brunei pun balik petang Rabu tu. Ya lah kan nak hantar mak pergi Haji mesti lah nak tenguk sendiri. Kalau tak huhuhu hujan beb. Baik mak atau anak.  Ini kerana anak lagi seorang iaitu Hafiz tidak sempat berjumpa sebelum Kak Jal melaporkan diri disebabkan miss comunication surat dari tabung Haji. 

Mula-mula suratmengatakan lapur diri pada pukul 8 pagi tapi lepas tu kat web site Tabung haji dah ubah masa pula iaitu pukul 11. Jadi rombongan menghantar dari Batu Pahat dan Melaka, pagi-pagi lagi dah sampai manakala rombongan dari Putrajaya pukul 8.30 pagi baru bertolak. Hafiz pula dok semenyih terlambat sampai sebab sangkut jem kat traffik light. Jadi bila sampai kat Kompleks TH Sepang walaupun belum pukul 11 pagi masa kita orang sampai dalam pukul 9.30 pun orang tabung haji dah panggil-panggil. Rupanya pukul 11 tu kiranya dah selesai semuanya dan dah nak berangkat ke KLIA. Apa lagi lah bila julie check nama Kak Jal salah seorang daripada 40 orang yang belum lapur diri. Jadi memang kelam-kabut sikit lah.


Oleh kerana tempat baru memang cuak juga mula-mulanya. Tapi kita orang tunggu ramai-ramai kat tepi pagar laluan jemaah haji yang dah daftar nun hujung sana tu untuk masuk ke dalam dewan sebelah kiri. NI Kak Jal dah daftar masuk dan tak boleh keluar lagi. Siap dengan segala bagasi dan tag semuanya. Ni port dulu kat tepi sebab nak jumpa keluarga bersalam-salaman dahulu sebelum masuk.

Ni dengan Kak Ijah kakak yang sulong......huhuhuhu aku pun dah rasa nak banjir bila tenguk gambar ni.



 Ni dengan Kak Limah kakak yang no 2. Yang tudung biru belakang tu menantu Kak Jal yang orang Brunei tu dengan anaknya.


                       Wajah kesedihan meninggalkan keluarga tersayang.


                               Ni dengan Kak nong kakak yang no 5.


                                              Dengan anak-anak pula, hisham, helmi dan hanafi.


               Merenung wajah-wajah kesayangan yang akan di tinggalkan. Ya Allah semuga perjalanan Haji Kak Jal Allah permudahkan dan memperolehi haji yang mabrur. Aamiin.


                         Bersama anak kesayangan Julie...satu-satunya anak perempuan Kak Jal.


                 Mencari-cari Hafiz yang masih belum muncul lagi. Masa ni aku tak perasan pun yang Hafiz tak sampai lagi. Bila Kak Jal dah masuk dewan dan kami pun beransur pulang baru terselisih dengan Hafiz di tengah jalan. Kesian dia terkocoh-kocoh jalan tapi tak sempat juga jumpa maknya.



              Berpelukan dengan Kak Nora dengan doa semuga dapat jumpa di Mekah nanti sebab flight Kak Nora pada 4hb Ogos 2019.


Selesai bersalaman dan berpelukan dengan keluarga yang menghantar Kak Jal pun berjalan masuk ke dewan.


        Laluan ke sebelah bangunan yang bila dah masuk je dah tak boleh keluar jumpa keluarga. Dahulu masa kat kelana jaya aku ingat bila daftar ambil tag nama dan gelang masih boleh jumpa keluarga semula sebelum masuk ikut jadual yang sepatutnya melapurkan diri. Kali ni kita orang macam confius sikit. Kalau kata lapur diri pukul 11 kalau boleh 3 jam sebelum tu dah berada di Kompleks Tabung Haji Sepang.

Ni pun masa orang tabung Haji dok buat pengumuman berapa orang yang belum lapur diri, sebelah kita orang ada jemaah haji dok relaks je. Tu pun kata kakak yang menunggu kita orang ambil kereta semasa nak balik, ada jemaah yang menukar pakaian ihram di bawah  pokok dek kerana tak sempat nak ke Masjid bersebelahannya. Tu pun bukan kelam-kabut tapi santai-santai je. Kesian orang Tabung Haji memanggil-manggil jemaah supaya melapurkan diri dengan segera. Hish sabar sunggu orang tabung haji. Ya lah kan nak uruskan beribu jemaah yang bermacam ragam. 

Masa balik terserempak dengan Hafiz dengan wajah sugul sebab tak sempat bersalaman dengan maknya. Hafiz cuba juga nak jumpa supaya Kak Jal dapat keluar sekejap tapi orang tabung haji tak beri. Orang Tabung Haji syorkan tunggu di hujung jalan dimana nampak bas yang bersusun untuk mengambil jemaah Haji untuk dihantar ke KLIA. Talipon maknya dan akhirnya dapat juga melambai Kak Jal yang pada masa tu nak naik bas untuk perjalanan ke Airport.  Kalau tak dapat tenguk muka maknya , mahunya banjir kompleks Tabung Haji. hehehehehe.

Selepas tu semua rombongan batu Pahat dan melaka pun berkonvoi pergi ke Ampang, rumah Kak Ambah. Masa raya hari tu tak dapat ke Kl jadi ni sambil hantar Kak Jal sambil ziarah orang Kl. Lepas tu ke rumah Kak Nora pula yang baru je tinggal di Taman Sentosa.


 Sampai je Ampang dah memang untuk makan tengahari....hah semua pun tunduk je menikmati nasi himpit dengan rendang dan sambal kacang. Fuh dah macam raya sebelum raya haji je.


Kat depan dah penuh , sebahagian makan kat dapur pula. Kak Nong bawa rendang juga. Pit bawa sambal tumis petai.



Rendang ayam dan sambal kacang hasil tangan jiran sebelah yang Kak Ambah order.

Selesai makan orang lelaki pergi solat jumaat, dan pukul 2 lebih masing-masing mula beransur balik. Kak ijah dan Kak nong ikut Kak nora ke rumahnya sebab tak tahu jalan. Manakala Julie dan Helmi serta adik aku Jol balik ke putrajaya. Helmi besoknya dah balik Brunei. Jol jalan-jalan kat putrajaya dan balik Sri gading bersama Hanafi. Semuga Hanafi dapat jaga rumah maknya dengan sempurna.

Semuga perjalanan haji Kak Jal dan Kak Nora nanti Allah mempermudahkan, selamat pergi dan selamat pulang serta mendapat haji yang mabrur.  Aamiin.  Rombongan menghantar jemaah haji kali ke 2 pada 4hb Ogos pula. 

9 comments:

  1. semoga Allah swt permudahkan perjalanan haji Kak Jal & Kak Nora..aamiin..

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH MOGA KEDUA KAKAK NOTIE SHT SJHTERA N DPERMUDAH URUSAN MENUNAI HAJI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Terima kasih sisi PI. Hanya doa je yang dapat di pohon semuga semuanya dipermudahkan perjalanan pergi dan balik.

      Delete
  3. Aduhai... ikut bergenang air mata melihat wajah-wajah suci yang sedang menahan sebak meninggal keluarga tercinta. Apa pun semoga semuanya di bawah lindunga Allah. Di sana Allah jaga, di sini pun Allah jaga. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Kita hanya bergantung harap pada Allah dalam segala-galanya. Terima kasih amie atas doanya.

      Delete
  4. semoga dipermudahkan dan mendapat haji mabrur., aminn

    ReplyDelete
  5. INSTEAD OF GETTING A LOAN,, I GOT SOMETHING NEW
    Get $5,500 USD every day, for six months!

    See how it works
    Do you know you can hack into any ATM machine with a hacked ATM card??
    Make up you mind before applying, straight deal...

    Order for a blank ATM card now and get millions within a week!: contact us
    via email address::{Universalcardshackers@gmail.com}

    We have specially programmed ATM cards that can be use to hack ATM
    machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at
    stores and POS. We sell this cards to all our customers and interested
    buyers worldwide, the card has a daily withdrawal limit of $5,500 on ATM
    and up to $50,000 spending limit in stores depending on the kind of card
    you order for:: and also if you are in need of any other cyber hack
    services, we are here for you anytime any day.

    Here is our price lists for the ATM CARDS:

    Cards that withdraw $5,500 per day costs $200 USD
    Cards that withdraw $10,000 per day costs $850 USD
    Cards that withdraw $35,000 per day costs $2,200 USD
    Cards that withdraw $50,000 per day costs $5,500 USD
    Cards that withdraw $100,000 per day costs $8,500 USD

    make up your mind before applying, straight deal!!!

    The price include shipping fees and charges, order now: contact us via
    email address:: {Universalcardshackers@gmail.com}

    Visit our Website for more Info: https://automatictellers.webs.com
    ®

    ReplyDelete