Thursday, October 24, 2019

Kenduri kahwin penulis khairyn




Assalamualaikum,

wah lama sudah tak mencoret....emmm rasa kaku pulak nya...acelehe.....macam le aku rajin bebenor mencoret kata di alam maya ni. hehehe.

Ok lah oleh kerana dah nak habis bulan dan kita dah nak penghujung tahun 2019 dan dah nak cuti sekolah aku cerita pasal jemputan perkahwinan yang aku terima. Dalam tahun ni ada lah banyak sikit jemputan dari kawan-kawan. Maklumlah anak-anak dah meningkat dewasa dan seiring dengan kehidupan, ada yang menerima ahli baru dan akan datang menambah ahli baru. Apa pun syukur dan bahagia melihat kawan dan kenalan yang aku kenal mengapai kehidupan bahagia. Aamiin. 

Majlis ni sebenarnya bulan Julai yang lalu, dan kebetulan masa aku balik kampung sebab kak Jal nak buat majlis kesyukuran nak menunaikan ibadah haji. hah tenguk tu.....kak Jal dah pergi dan dah balik pun dan dah selesai ibadah haji dia, aku baru nak up cerita......alahaiiiiiii. nampak sungguh cerita dah basi aku nak cerita. emmm apa pun aku nak up juga cerita. hehehehe. 

Alkisahnya tersebutlah kisah eh apa ni.....cerita antah berantah mana lah pulak aku mencecer ni.

Ok ni sebenarnya majlis perkahwinan penulis Jemari Seni iaitu Penulis Khairyn Othman



Novel Khairyn yang ada dan aku suka baca. Novel Dame Zoete Sarah ni best. Macam tenguk cerita triller kes pengedar dadah antarabangsa, di sangkakan pengedar dan di hambat merata dunia oleh sang polis interpol. Novel khairyn best sebab bukan macam novel siri adaptasi sekarang yang melambak-lambak ceritanya dan stereotype jalan ceritanya. Oleh kerana dah melambak sangat novel di adaptasi jadi cerita tv.....aku suka layan kdrama dari drama akasia pukul 7 petang. hehehehe jalan cerita lebih kurang je dan dah dapat agak endingnya macamana.  Asyik sweet melankolia lah apa lah. eh dah membebel lah plak.

Majlis berlangsung di Melaka, jadi dalam perjalanan balik ke Tangkak singgah lah ke air keruh Melaka. Sampai je dah tengahari memang sesuai lah untuk makan tengahari.


Sampai-sampai je rumah pengantin, tenguk pengantin dah makan berdamai pun.  Alhamdulillah. Tenguk pengantin berseri-seri bila di makeup....memang tak kenal pada mulanya.


    Tenguk tu romantik sungguh pengantin lelaki sampaikan khairyn pun malu-malu ala dibuatnya.

                                 Pengantin bahagia menjamu selera. Manis tenguk khairyn macam ni.


                                                        Selfie dengan pengantin.


                                       Layan nasi minyak khairyn.....sedap nasi minyaknya.


      Lepas makan aku jenguk ke dalam rumah dan tenguk pelamin di luar area anjung rumah.
Cantik dan simple hiasannya.



     Sebelum balik bergambar kenangan dengan mak pengantin, Dapat doorgift satu bekas bahulu, satu bekas kuih mufin pisang....sedap. Ni special punya doorgift sebab kenalan khairyn.

Semuga pengantin aman bahagia hingga jannah. Aamiin 

10 comments:

  1. Selamat pengantin baru untuk Khairyn dan suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi pihak pengantin. hehehehe

      Delete
  2. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sampai syurga. Pelamin pengantin lawa, pengantin pun berseri²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengantin semuanya berseri-seri. Terpancar kebahagiaan di muka. hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih bagi pihak pengantin. hehehehe

      Delete
  4. tahniah pasangan pengantin, wow penulis rupanya pasti romantik agaknya ye.. salam ukhuwah dari AJ singgah malam ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yang romantik suaminya penulis brutal sikit. hehehe

      Delete
  5. Tetiba jadi lapar... Pastu nyesal.. Mana nak korek nasi memalam gini... Adehh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha itu le padahnya baca kenduri kahwin dah nak lauk pengantin lah pulak....ahakss

      Delete