Assalamualaikum,
Aduhaiiiiiiii Lembah kelang pulak dah kena PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) lah pulak. Tapi seriau juga ni tenguk angka kes baru naik mencanak-canak. Ini kiranya gelombang ke 3 lah pulak. Aduhaiiiiiii kita beriya lah jaga diri tapi orang lain sonang-sonang je kesana ke sini ke sana ke sini. Aku nak pergi shopping kompleks pun takut bila tenguk orang ramai sangat. Tu pun rasanya tahun ni pi Alamanda shopping kompleks yang terdekat di Putrajaya pun 2 kali je. Tu pun sebab nak beli kasut skeechers sobab ada offer beli satu dan beli kedua harga RM 1. Lepas tu yang kedua celebrate birthday julai bersama geng bulan julai. Itu pun selepas PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang sepatutnya habis 31 Disember 2020.
Kematian di sabah juga semakin banyak. Kesian sungguh buat warga emas yang di jangkiti dan meninggal dunia. Dah le ada macam-macam penyakit bila di jangkiti virus Covid 19 je emm lagi lah parah. Aku pun risau juga dengan kakak-kakak aku warga emas semua tu. Mudahan Allah lindungi kami semua dari di jangkiti virus Covid 19. Aamiin.
Apa pun yang telah terjadi sekarang kita hanya dapat menjaga diri kita sendiri sahaja dan jangan salahkan orang lain yang membawa virus merata-rata. Virus ni bukannya kita nampak. Mungkin orang yang bawa tu pun tak tahu kalau mereka pembawa virus. Kecuali lah orang yang degil yang dah tahu positif covid 19 eh ke sana ke sini bawa virus. Geram aku dengan orang yang degil ni.
Marilah kita sama-sama berdoa semuga musibah yang melanda ni berakhir hendaknya. Semuga Virus Covid 19 ni nyah dari muka bumi Malaysia dan dunia hendaknya. Aamiin. Jaga diri semua.
amiin..suasana kt KL ni walaupun PKPB, nmpk mcm biasa je..tambah2 kt kedai makan, rileks je makan beramai2..
ReplyDeletekita jg diri kita & keluarga...
Entahlah susah mahu cakap. KIta yang risau tapi depa buat lek buat ek je....huhuhu
Deleteamiin moga Allah jauhi kita drpd jangkitan penyakit bahaya ini
ReplyDeleteAamiin. Mudahan-mudahan sis. Sis take care ok
DeleteSaya sudah 3 kali tukar tarikh tiket nak balik Selangor. Tak tahulah hujung tahun dapat balik atau tidak. Dah setahun lebih tak jumpa emak. Harap-harap cepatlah virus jahat ini berlalu.
ReplyDeleteKesian amie. Mesti rindu tak jumpa mak kan. Jom kita doa sama-sama semuga musibah ini dijauhkan lah hendaknya. Aamiin
Deletesemoga dipermudahkan urusan mereka yang affected
ReplyDeleteaamiin. Semuga kita juga dijauhkan dari di jangkiti.
DeleteEntahlah. Kadang2 jemu nak follow up. Jaga diri jelah. Ni dah 8 hari tak keluar. Salah orang lain, orang lain yang jadi mangsa. Sedih tengok apa jadi kat Sabah
ReplyDeleteTakpelah nak buat macamano yang penting sekarang kita jaga diri sendiri dan keluarga kita je lah. Depa nak kena jangkit lantakle dah kena kang hah baru tahu macamana seksanya bila dah kena penyakit tu. Ya Allah mudahan kita semua dijauhi lah hendaknya dari virus covid 19 ni. Jaga diri sal dan kalian semua.
DeleteBertabah lah ye. Semoga kita semua selamat.
ReplyDeleteKita doa je banyak-banyak semuga kita dan keluarga tersayang di lindungi Allah SWT. AAMIIN
DeleteCukup ke baju PPE?
ReplyDeleteTu lah hari tu ada terperasan minta bantuan untuk buat PPE tapi lupa daripada siapa. Mudahan semua mencukupi tapi frontliners kat sabah yang kesian sebab kes mencanak-canak naik. Mudahan mereka semua Allah mempermudahkan lah hendaknya. AAMIIN
Deleteujian untuk semua orang.. lagi2 yang x ada pendapatan tetap.
ReplyDeletesemoga Allah lindung kita semua sentiasa..
Aamiin. Kesian kan pada yang hilang punca pendapatan. Ekonomi pun terkait sama. Mudahan virus nyah dari muka bumi ini. Aamiin
Delete