Sunday, November 1, 2020

Bershellout di opis

 



Assalamualaikum semua. 

Sekejap je dah bulan November. Tinggal sebulan je lagi tahun 2020 akan di tinggalkan dengan memori yang lain dari tahun sebelum-sebelum ini. Semuga kalian semua di lindungi Allah dari wabak virus Covid 19 ini.

Putrajaya masih lagi dalam PKPB(Perintah kawalan Pergerakan bersyarat) tapi kita orang kena kerja juga. Oleh kerana tak boleh ke sana ke sini, dan hari tu gaji dah masuk tiba-tiba Dr hafiz tanya apa nak lunch ni. Sesekali makan besar jadi order makanan luar lah.  

Bincang punya bincang, wah macam le perbincangan penting. Akhirnya DD syorkan jom kita shellout nak. Wah best juga tu. Apa lagi lah suruh lah DD search online shellout yang best dan harga pun ok. 

Akhirnya DD dapat yang dari Bangi. Bila ambil kombo RM 159 untuk 5 orang makan lepas tu Dr Nafisah dan Dr Erwyn pun nak join jadi harga seorang dalam RM 23. Kira ok lah tu. Siap ada air sirap lagi dia bagi . Jadi terus je booking dan kami pun terus collect duit lah.    

 Sekali sampai je.....wah semua pun teruja. Apa lagi lah terus je siapkan meja. Dia siapkan sekali plastik alas makanan.  Dr Erwyn pun terus je tuang atas plastik yang diberikan. 



Dapat air sirap. Sodap je. 

Puan suhaya pun ada tumpang order juga. Tapi dia ada geng makan tersendiri. 


Sebelum makan posing dulu. Lepas tu apa lagi jom lunch



Tu dia masing-masing terus tunduk menikmati makanan shellout kami. Ada ketam, sotong, baby lobster. kupang, lala serta sikit sayur.  Seronok je tangan masing-masing mengagau makanan. Makan ramai-ramai macam ni seronok. 


Ada baby lobster lagi. Tapi tak banyak. 


Hah tu dia licin kau. Hahahaha nampak sangat tengah kebulur. hehehehe. Lepas tu ada lain staf yang nampak kami makan beramai-ramai tanya kenapa tak cakap kalau tahu nak join sama. Nampak gaya ada edisi ke 2 pulak nanti bagi siapa yang tiada dan nak join sama.

Alhamdulillah bershell out kita  weiiii. 








8 comments:

  1. Waalaikumussalam.
    Dah lebih sebulan kami berPKPB. Rindu sangat nak jumpa dengan rakan sekerja. Seronoknya tengok orang bershellout dengan kawan-kawan. Oh! Covid-19 cepat-cepatlah pergi jauh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama terkurung mesti rindu kan nak ke sana ke sini. Kita orang walaupun PKPB pengarah suruh datang kerja juga. Jadi siapkan lah surat khas dan pas kerja disisi apabila kena tahan polis. Semuga bumi sabah khasnya dan bumi malaysia amnya di pupuskan kuman covid 19 ni. Kesian warga emas sabah yang di jangkiti. Nyah kau kuman covid 19 dari muka bumi ini.

      Delete
  2. Rindunya kawan-kawan opis saya. Kitorang semua kena WFH. Selalu buat makan2 tapi shell out tak pernah cuba. Idea menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk ni kali ke 2 bershellout kat opis. sesekali boleh lah buat dan makan keroyok ramai-ramai macam tu. Kena cuba Sal....memang seronok tak cuba mana tahu.

      Delete
  3. Wah bestnyaaa! Meriah shellout, seronoknya tengok! Cik TK ni dah lama wfh kat rumah je. Rindu nak jumpa kengkawan, nak jalan-jalan, nak lepak2 ngan diorang.. huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali cik TK. Kita orang kena kerja tu yang datang idea jom kita shellout dalam opis. Rindu kan dengan kawan-kawan. Doa je lah semuga virus ni nyah dari mukabumi ini. Aamin

      Delete
  4. wow ini shellout skala besar ni siap sampai kat dalam opis hehe..
    terbaik.. haaa bentang besar2 atas meja makan ramai2 mesti meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha PKPB punya pasal tiba-tiba timbul idea jom shellout. Ni pun ada yang tertinggal kalau tak lagi ramai nak join. Mesti penuh meja.

      Delete